Friday, September 29, 2017

Hipster cafe di Kota Kinabalu

I like hipster!!! Sebab kedai hispter biasanya unik dan cantik, boleh la amik amik gambar dan selfie.
Banyak je kedai hispter di KK, ada juga yang tak pernah pergi.

1. October Cafe

Cookies tu sangat sedap!! Setiap kali datang mesti makan cookies.

2. Print Cafe
Dia punya waffle sedap dan boleh main lego warna warni tu.


3. Woo!
                                        Saya suka dark chocolate tart dia, comel dan sedap!

4. Nook Cafe

                                            Kat sini saya suka crispy sweet potato!

Keempat empat kedai ni kat Gaya Street, lebih kurang berjiran je semua tu. Tak bestnya parking amatlah susah, kalau datang sini mesti kena tawaf dulu baru dapat parking.


5. Haus Cafe di 88 Marketplace, Austral
Kenal cafe ni melalui Instagram Hanis Zalikha, masa dia datang jalan jalan KK. 
Kek red valvet tu puas hati makan.


6. The B`Side`s di Plaza Lido
Tak ingat nama makanan ni, tapi soft crab pasta gitu. Sedap sampai nak nangis!!! I love seafood forever.


7. The 1985 Cafe di Plaza 888

Setiap kali datang cafe ni, mesti terfikir kenapa 1985? ermmm.... maybe owner dia lahir 1985. 


8. Kak Kiah Cake House



Kak Kiah dah banyak cawangan sekarang, dulu di Kingfisher je, sekarang ada di Putatan dan Papar. Yang bawah tu kek birthday beli di kafe Kak Kiah, kek comel dan birthday girl itu yang selalu bawak saya pergi makan di kedai kedai hipster.

9. Nunpat Cafe di Imago

Kafe ni ala ala Korea gitu. Saya suka Bingsu kacang merah, biasa kalau tengah stress akan datang sini dan makan bingsu sorang sorang. 
 
10. Tempurung di Gaya Street


Kedai ais krim kelapa, ala ala Sengkaya. Ais krim dia sedap, makan dalam tempurung, tapi tak da gambar ais krim sebab hari tu pergi lepas External Enquiry, kepala masih serabut dan tak ada semangat nak ambil gambar.  Kat atas tu gambar wall di kedai tu.

Kalau pasal coffee, I prefer Starbuck!!!!

Ok bye!!

Ohhh houseman!!!

Ehhhhh aku ada blog la....
Dah lama giler tak buka blog, tetiba hari ni teringat ada blog. Tapi, apa nak tulis?

Jom cerita pasal doktor pelatih!!
Alhamdulillah, hari ni dah 4 tahun 2 bulan saya jadi doktor, masih baru dan masih banyak yang perlu belajar. Dua tahun pertama saya berkerja sebagai doktor pelatih atau Houseman, di Hospital Universiti Sains Malaysia. Masa menjadi doktor pelatih,kami akan berkerja di enam jabatan dan akan bertukar setiap 4 bulan. Jabatan pertama yang saya lalui ialah Jabatan Perubatan, ilmu asas dalam perubatan, jabatan yang paling sibuk kerana pesakit sangat ramai, yang merawat penyakit seperti masalah kencing manis, jantung, buah pinggang dan banyak lagi.

Walaupun ramai yang takut untuk mulakan Housemanship di Jabatan Perubatan kerana bebanan kerja yang berat dan perlu pengetahuan yang banyak, tapi ada kebaikannya  seperti dapat belajar banyak benda benda asas dalam perubatan seperti rawatan penyakit darah tinggi & kencing manis, melakukan prosedur asas dengan banyak seperti pengambilan darah dan boleh praktik apa yang belajar di jabatan perubatan semasa merawat pesakit di jabatan lain. Kemudian, saya berpindah ke Jabatan Pembedahan, Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Jabatan Ortopedik, Jabatan Pediatrik dan Jabatan Kecemasan & Trauma.  

Di hospital lain, mungkin doktor pelatih diberi pilihan untuk berkerja di Jabatan Psikiatrik, Anestesiologi atau klinik kesihatan. Antara keenam enam jabatan yang saya lalui, saya amat suka Jabatan Pembedahan dan Jabatan Kecemasan & Trauma, sebab dua jabatan ini banyak prosedur untuk dibuat dan sesuai dengan minat saya.  Di Jabatan Kecemasan & Trauma, sistem kerja berlainan dengan jabatan lain kerana sistem syif, setiap hari akan ada 3 shif, 8am-3pm, 3pm-10pm dan 10pm-8am. Kalau di jabatan lain,kami akan berkerja secara on-call, 8am hingga 5pm kesokannya. 

Setiap kali memasuki jabatan baru, akan melalui tagging selama 2 minngu, iaitu berkerja dari jam 8am hingga 10pm atau 12am setiap hari untuk 2 minggu. Penat kan? Ermmm... Waktu ini lah waktu yang paling tak digemari, tak ada hari cuti, kerja kerja kerja!! Tapi, waktu ini lah yang paling banyak kena belajar benda benda asas di jabatan tersebut, sebab selepas waktu tagging, kami akan on-call sendirian menjaga wad, kalau ada masalah di wad barulah rujuk kepada pegawai perubatan @ medical officer.

Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan masa latihan sebagai doktor pelatih selama dua tahun tanpa extension. Errrmmmm... pahit manis jadi doktor pelatih banyak. Yang manisnya, akan belajar banyak benda baru dan boleh kaitkan dengan teori yang belajar di universiti dulu, rasa bahagia bila dapat discharge pesakit yang dah sihat, rasa sangat bahagia bila ada pesakit yang ucap terima kasih doktor kerana merawat saya dan boleh membuat kita insaf dan ingat pada Allah semasa merawat pesakit. Pahit tetap ada, penat kerja sampai rasa dah jadi kuli dan nak nangis(masa ni akan terfikir, kenapalah aku jadi doktor?), kena marah dengan pesakit atau keluarga pesakit, rasa bodoh giler kalau buat silap benda benda kecil dan tak dapat tolong pesakit betul betul. 

Ok last, pada saya masa housemanship kena manfaat betul betul sebab itu ilmu dan pengalaman yang kita akan manfaatkan balik masa menjadi medical officer, sebab tanggungjawab akan lagi besar, nanti saya cerita pengalaman sebagai medical officer pulak.
Bye!!!