Dua hari lagi Bulan Ramadhan akan menjelma.
Terasa masa berlalu amat cepat.
Ramadhan tahun lepas masih terasa baru ku lalui.
Ramadhan bulan penuh barakah dan nikmat yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat Rasullulah SAW.
Bulan ini memberi seribu kemanisan kepada umat yang sentiasa menagih dan dahagakan kenikmatan ALLAh.
Pohonku agar aku salah seorang yang mampu menggapai bintang-bintang ramadhan.
Ramadhanlah bulan yang akan mengajar manusia erti makna sabar dengan menguatkan diri untuk berpuasa dari makanan dan segala perkara yang memudharatkan manusia.
Di bulan ini manusia bukan sahaja berpuasa dengan mengosongkan perut tetapi juga berpuasa daripada rokok yang membinasakan manusia dan sikap jelik seperti mengumpat dan membinasakan orang lain.
Sempena Ramadhan ini,aku berharap aku mampu untuk menyucikan hatiku dari segala titik hitam yang menjauhkan aku dariNYA.
Ramadhan yang penuh cahaya ini diserikan lagi dengan malam lailatul qadar.
Malam yang sentiasa dicari dan dinanti oleh hambaNya.
Moga ku dapat mengejar dan menyelami kemanisan malam ini.
No comments:
Post a Comment