Wednesday, February 2, 2011

Cinta Jangan Sembunyi

As salam...

Novel again!!! hehehe...biasalah, kalau dah cuti, baca novel ler hobi saya. Kali ni saya baca novel `cinto jange nusuk` , tu tajuk dalam dialek Qlate, kalau yang sebenarnya macam tajuk kat atas tu ek . Ni novel pertama yang baca tulisan Arfa Ardiya , dan novel ni memang tak mengenecewakan saya, bahkan menyentuh perasaan saya.

Apa yang menarik perhatian saya dalam citer ni ialah tentang trauma yang dialami oleh Zuha disebabkan kekecewaan yang dia alami dalam percintaan dan persahabatan yang belaku pada yang sama. Sedih kot, hari ni dia clash dan esok kawan baik dia pula yang buat hal sampai mereka dah tak baik lagi.Kejadian ni yang menyebabkan dia hidup dalam dunia sepinya kerana bag
inya sahabat baik dan kawan lelaki memang tidak boleh dipercayai. Oleh sebab itu juga, dia dianggap sombong dan susah untuk didekati. Hatinya masih sakit walaupun kejadian itu sudah bertahun berlaku.Walaupun beribu kemaafan yang dipinta dan pujukan dari teman-teman, hatinya tetap keras, amat susah kata kemaafan hendak diucap oleh Zuha. Akhirnya, kata kemaafan itu lahir setelah dia menemui cinta yang sebenar.

mmmm....Kemaafan itu amat mulia di sisi Islam. Namun bagi saya amat susah kemaafan untuk diucapkan. Mungkin orang sekeliling yang hanya kena tempiasnya boleh melupakan kisah yang terjadi sekelip mata sahaja, tapi tidak pada orang yang menanggungnya. Perasaan juga menjadi perit bila kejadian itu bagaikan dilupakan oleh orang lain dan seperti dirinya sahaja yang menanggung seksa itu.

~ ni lah novel nya... ~


No comments: