Hari Jumaat lepas,saya ,fa dan faz pergi berjogging di Bukit Eksp0. Selepas tu kitaorang pun plan lah nak pergi beli makanan kat kafe depan PKU. Saja-saja nak ubah selera makan makanan kat situ. Setelah menunggu lebih kurang setengah jam,makanan yang ditempah tadi pun dah masak,kitaorang pun bergerak untuk pulang ke kolej. Tapi, jam pada waktu itu sudah menunjukkan pukul 7 petang. Macam mana nak masuk kolej ni??Pintu pagar belakang tutup pukul 7 petang, dan nak sampai kolej dari kafe tu mengambil masa lebih kurang 20 minit??? Buntu kami dibuatnya. Takkan nak panjat pagar lagi....??? ( dulu pernah je panjat pagar coz lambat masuk kolej) haha..
Akhirnya,kami mengambil keputusan untuk pulang melalui jalan jauh dan masuk kolej melalui pintu pagar hadapan. Berjalanlah tiga orang dara(vs 3 Bujang Lapok) melalui `the Road had Not Taken` by other people. Kami terpaksa melalui jalan sunyi yang penuh dengan hutan dan taman. Apabila aje sampai di simpang lebuh raya,hati terasa gembira kerana terasa sudah hendak sampai,namun perjalanan melalui jalan raya itu tetap jauh juga. Dah lah jalan kat situ berbukit-bukit yang memanjangkan lagi sesaran perjalanan pulang kami.
Namun, dalam keletihan perjalanan itu,sempat kami mengambil gambar sebagai kenangan terindah yang pernah kami lakukan di UPM...hahaha. Rasanya tak ada orang sanggup mencipta sejarah seperti ini...
Alhamdullilah...ada juga manusia yang berhati mulia yang sanggup membantu kami pada petang itu. Pak Cik bas yang memandu bas dari Main Campus ke kolej kami memberhentikan basnya dan menyuruh kami naik bas itu. Rasa terlepas diri dari bebanan perjalanan pada hari itu. Thanx Pak Cik!!!! Jasamu akan dikenang!!!!
Apabila naik bas tu,ramai orang atas bas tu yang tengok2 dan gelak2 kat kitaorang. Mungkin dalam fikiran diorang,ke manalah budak2 ni pergi gelap2 macam ni????!!!!! hahaha... Walauapapun,experience yang sangat menarik sebab dapat round-round UPM dengan berjalan kaki sambil gelak2 seperti tiada hala tujuan...
makanan penuh di tangan...
penghalang jalan yang perlu dilompat...
Kolej 17 dari jalan raya...
Pintu masuk MARDI...
No comments:
Post a Comment