Showing posts with label hidupku. Show all posts
Showing posts with label hidupku. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Live

Salam! Hai! Hello!

Lama giler tak menulis kat sini...  selalu rasa nak menulis tapi malas nak tulis!!! haha... means that I cant be a blogger!!!

Okey, tp hari ni rasa nak tulis gak... Pendek je...

Hidup.. 

Hmmm... tapi hope orang yang baca apa yang saya tulis ini semuanya masih hidup ek!!!!

Bersyukur dapat hidup dan rasa kenikmatan alam yang Allah kurniakan..

Dan bersyukur boleh merasai kebahagiaan hidup di dunia Allah ini...

Selama ini, banyak kali hati aku memberontak, memberontak benda yang tak perlu..

Dan bersyukur kerna Allah menyayangi aku dan tidak mengikuti pemberontakkan aku dan sentiasa mengurniakan yang terbaik untuk aku...

Dan aku sedar doa ibubapa amat munajab, walau melawan bagai nak rak pun, doa ibubapa akan termakbul, Insyallah.. Doa ibubapa yang ingin melihat kebahagiaan anak2...

Aku sering melawan, dan kini aku tahu semua yang ibubapa kehendakkan pada ku adalah yang terbaik.. aku yang kadang2 tersalah menilai...

Ya, memang benar aku sering rasa aku terkonkong, tapi itu yang terbaik untuk aku sebenarnya... walau hati selalu menangis, tapi akhirnya aku dapat kebahagian itu.

Tq Allah.. kerna membuka hati aku untuk menilai erti kehidupan sebenarnya... Bukan semua yang kita impikan akan menjadi milik kita, tapi, kebaikan dan kebahagian akan dicapai juga bila kita sabar disamping doa dan keredhaan ibubapa!!!!


Thursday, January 19, 2012

Aku dapat kes AGE

Salam...

Exam Paediatric dah abis.. Aku orang ke dua akhir yang exam hari ni. Lama menunggu sampai aku pun dah naik bosan tengok kawan-kawan yang dah merdeka. Aku dapat Acute Gastroenteritis (AGE) untuk long case. Haaahhhh... tak tahu nak gembira ke apa dapat kes ni. Memang kes ni senang tapi kes ni `killer` bagi aku, sebab kalau salah sikit pun akan beri impak yang besar. Haaahhh... lagi2 lah bila aku salah periksa `skin turgor`. Bila je aku tengok patient yang aku kena periksa tu attach kat IV drip, aku dah agak ni mesti AGE punyer, dan aku dah dalam zon bahaya sekarang!!!! Takut giler,esok dah keluar keputusan!!!!!

Ookaaayyyyy... Next time aku kena belajar betul2 kes yang aku rasa aku takut. Kalau exam Pro 2 hari tu aku tiba2 je jadi takut dengan Lymphoma yang menyebabkan aku ada rasa kena baca penyakit ni. Nasib baik baca, kalau tak tahu nak bagi `differential diagnosis` apa. Masa exam O&G pulak, aku takut `pregnancy induce hypertension (PIH)` sebab aku rasa PIH ni susah sikit, sku selalu je skip baca PIH, akhirnya aku dapat PIH untuk long case dan short case. Kalau Paediatric ni pula, aku takut kat AGE dan Epilepsy. AGE aku takut sebab penyakit ni tertalu biasa dan semua benda kena tahu pasa penyakit ni, kalau salah sikit memang maut la. So, sekarang tak tahu ler macam mana nasib aku ni!!! Takut!!!!

Ya Allah... tolong aku Ya Allah!!!!


Saturday, November 5, 2011

Salam adiliadha...

1st time tak raya kat Kelantan...
1st time tak raya dengan keluarga...
semuanya untuk exam..
Hope pengorbanan tak balik raya ni aku dapat jawab exam dengan baik N lulus..Insyallah!!!!

Selamat Hari Raya semua...
Maaf Zahir Batin!!!

Wednesday, November 2, 2011

thinking

I dont know how to think seriously....
I read but there is important things that I ignored...
And If I confused about something I will avoid it because I dont want to get headache...
And at last when there is question about it I cant answer it...
Wastiung!!!!!
How to think properly and smart??

Sunday, October 30, 2011

Inspiring Dr Har...

As salam...

Seriously saya nak bagitau kat sini saya inspire Dr Harlina Halizah Siraj atau nama glamournya Dr Har. Semalam saya berkesempatan hadir talk beliau kat fakulti sempena program Journey of Medical School. Ni kali kedua saya pergi talk beliau, yang first tu kat CUCMS beberapa tahun yang lepas pasal cinta remaja.

Hmmm... korang tau tak kenapa saya suka Dr Har??? Dulu, lepas dengar talk pertama Dr Har saya dah mula suka , lepas tu google la cari blog dia, tapi bila dengar talk kedua lagi suka rasanya.. saya suka sebab Dr Har bercakap kat depan tu macam seorang ibu dan bila saya dengar saya rasa macam saya tengah dengar ceramah daripada ummi saya... (boleh tak guna alasan tu, tapi itulah sememangnya alasan utamanya) hehehekk ...

Lepas balik dari talk tu, saya pun google la lagi pasal Dr Har, jumpa satu artikel pasal Dr Har kat Berita Harian... wow.. banyak kot anugerah yang dia dapat dari sekolah rendah hinggalah sekarang. Terbaru Dr Har dapat anugerah Saidatina Khadijah Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1432 Hijrah.

Boleh tak saya nak jadi macam Dr Har??? hmmm... tapi saya belajar bukanlah pandai sangat pun, bercakap dah lah tunggang langgang, tak pernah dapat anugerah apa2 pun... Macam mana ni????? Macam mana???
Tapi saya ingat satu kata2 Dr Har semalam...`Jadilah Dr yang mulia dan jangan sesekali jadi angkuh, dan malang bagi doktor yang angkuh tapi bijak dalam pelajaran!!!` Bak kata Mejar Adlan yang bagi talk pagi semalam sebelum talk Dr Har tu, Islam adalah semua yang baik dan semua benda yang memberi manfaat dan faedah untuk orang ramai. Doakan saya jadi doktor yang baik dan doktor yang boleh memberi manfaat dan faedah kepada orang ramai nanti ek!!!!

Friday, October 7, 2011

Me today

Dont know what to say, but I think I am the worsen person...
why i can not answer it???? Damn!!!!!!!!

Saturday, October 1, 2011

.

Aku rindu kamu!!!!

ooohhh.. O&G!!!!

As salam...

Saya pening...
badan rasa penat sangat...
rasa nak rehat secukup2nya...
rasa nak tidur 24 jam...
Masuk posting O&G, semua kena cepat, kalau masa posting medicine dan surgery dulu tak ada lah macam ni sangat, sekarang saya rasa hidup saya amat tak terurus. Sedih... bangun pagi rasa nak tidur lagi tapi tak boleh sebab banyak kerja yang tak siap, banyak yang tak cover. Case write up dah 4 kali saya buat, satu kena reject satu lagi saya reject awal2 sebab takut nanti direject kali kedua. Ohhhhh.... penat!!!
Masa dalam kelas, kena soal dengan doktor, banyak saya tak leh jawab, rasa down giler... !!!! masa tu juga saya rasa nak nangis...
Sekarang dah nak masuk minggu ke lima, ada lima minggu lagi lah saya exam...!!!!
Ya Allah... !!!!

Whatever it is, I enjoyed O&G.. seeing vaginal delivery and Cesarrean section. The true and biggest sacrifice of a mother to her children!!!! Again, I felt to cry!!! Miss my mum!!!

Saturday, July 23, 2011

Masa berlalu dan terus berlalu...


As salam...

Sekarang ni aku tengah posting community medicine kat Juasseh,Kuala Pilah. Hmmm... kat sini best jugak sebenarnya, tp xleh nak online menyebabkan jadi boring dan tak tau nak wat pe. Cuaca kat sini amat panas, kalau mandi petang2 tu rasa macam duk dalam sauna pulak. Benda yang paling mencabar kat sini ialah kena buat research...O0O... hari isnin lepas kitaorang pergi bertapa kat Pizza Hut n KFC Bahau sebab nak online nak cari literature review,sambil menyelam minum air, kitaorang pun main la Fb sekali, semua update status Fb masing, macam setahun tak main FB, padahal baru sehari tak bukak.

Minggu ni aku balik kolej, sebenarnya aku tak tahu kenapa aku balik , ingatkan nak stay kat sana je tapi ramai yang balik, so aku pun ikut sama lah. Penat jugak travel dari Juasseh ke Serdang ni, on the way tu aku menyesal jugak lah, apa sal lah aku balik, baik aku tidur je kat sana, tapi bila sampai je kolej, terus online, bukak Fb, twitter n tengok tonton, pas tu baru aku rasa nikmatnya balik.

Satu lagi yang menarik posting ni ialah kitaorang leh pergi wat Aedes survey and fogging minggu lepas. Dapat lah peluang aku angkat mesin fogging tu, berat jugak rupanya... minggu depan lagi banyak site yang nak visit, hope best jugak!!!!!!!!!

Hmmmm... pausa tahun ni kitaorang akan puasa kat Juasseh dah, cuma hujung Ramadhan tu akan balik Serdang dan puasa sini kejap, exam sehari lepas tu balik raya kat qlate...suka suka!!!! Sebenarnya aku terharu baca satu post housemate aku ni,Fazlyanah Khusaini, dia post masa hari kitaorang nak betolak ke Juasseh tu :

"huhuhu... sedey.. when d time goes on.. everything were chge.. follow their own way dat cn't stop.. and today, my hosmate are going to pilah for 5 weeks, and yet during fasting month.. xde dah nk sahur sme2.. nk buke posa sme2.. huhuhu.. n next yr puasa is d last puasa sma2.. then we going to our hometown n start working.. moral of dstory is, gunekn mase yg ade sepenuh nya.."

Yup... inilah kehidupan,
4 tahun lepas kita berjumpa dan berkenalan,
semua dari arah berbeza,
kemudian bermesra dan menjadi rapat dari hari ke hari,
makan sama-sama,
keluar sama-sama,
gelak ketawa sama-sama,
tapi dalam perlayaran itu...kadang-kadang kita dipukul ombak,
kerjenihan kehidupan mula pudar,
kemesraan makin menghilang,
keharmonian dan ketulusan turut berlayar,
semua dengan haluan masing-masing,
bila saat perpisahan muncul,
terkenang memori kecerian dulu...
alangkah indah kehidupan jika kisah dulu boleh didelete kan,
dan kemesraan tetap bersama kita...
sekarang hanya ada setahun sahaja untuk kita bersama,
kemudian akan membawa haluan masing2...
dan kenangan kita bersama hanya akan menjadi memori...


Tq pada haousemate2 ku semua kerna menerima aku sbg sahabat mu N sory jika aku bukanlah sahabat terbaik buat kalian... moga kita dapat memanfaatkan masa yang ada ini...


Moral of the story : Kita perlu sentiasa menghargai nikmat yang dikurniakan sebelum nikmat itu ditarik.

Friday, July 1, 2011

s a y a


As Salam...

Dah lama tak menulis kat sini,
tak tau kenapa rasa malas nak menulis,
tapi hari ni saya nak menulis,
sikit je tapi,
sebab saya pening kepala,
tak hilang2 dari pagi tadi lagi....

Saya nak update kat sini yang saya dah 4th year,
tapi saya rasa saya macam bukan budak 4th year,
saya banyak tak tahu,
sedey betul...
rasa nak nangis je...
bila kena tanya saya jadi bluurrrrr,
macam tak pernah belajar langsung...
dan saya rasa saya lah budak paling teruk dalam batch...
kenapa saya jadi macam ni arrrhhhh!!!!!!!!!!!!!????




sebenarnya saya benci dengan perasaan sedih!!!!
sedih menyebabkan saya jadi tak betul....
tapi kenapa sedih datang jugak sekarang ni???

boleh tak tak nak sedih2, nak nangis je....???

Haaaahhhaaaa... hari tu masa pergi hopis, Dr ada tanya satu soalan kepada setiap orang?
What is special about you????
haha... xtau nak jawab pe,
satu je yang terlintas kat kepala saya masa tu...
saya suka nangis!!!
kadang2 tahan nangis sebab malu kat orang sebab dah besar,
nangis dalam hati je lah...
kalau kat umah memang selalu menangis,
kadang2 menangis tak tau sebab apa....







Monday, May 23, 2011

aku yang bakal bergelar seorang anak angkat...

Salam...

Off ke Pagoh, Muar Johor jap lagi.. ada program fakulti kat sana,...aku akan jadi anak angkat kat sana.. mak bapak mana lah sudi menerima aku nanti ek??????? hahak...Aku tak tahu lah macam mana jadinya nanti duk rumah orang. Aduuih... dah lah aku ni jenis yang pemalas, kalau kat rumah tu suka baring depan TV je, kat rumah orang nak buat apa pulak ek?????

hahaha...yang pastinya aku harap aku dapat mak angkat yang suka masak, aku nak belajar masak makanan famous kat sana, nanti balik boleh la aku masak kat rumah pulak...hahahahakkkk!!!!!!!!!!!!!!!

Ok lah people...doakan aku dapat jadi anak yang baik, sopan, rajin buat kerja rumah, pandai layan orang tua dan tidak kekok kat sana nati ek!!!!!!!!!! Bye...

Sunday, April 3, 2011

KaMi Di TaNaH BaSaH



As salam....

Hehehe...hari ahad lepas kitaorang pergi Wetland Putrajaya,main basikal air kat situ, suka sangat-sangat!!!! Sebenarnya tak plan langsung nak pergi situ, tapi Adil yang ajak, kitaorang pun pergi je lah. Tempat tu memang best la, macam-macam boleh main kat situ, basikal air, boat, kayak dan memancing. Kat tepi tasik tu pun ada taman, ramai gak tengok orang main basikal kat situ. Sebenarnya kat situ, ada satu pulau kat tengah tengah tasik tu, kitaorang nak pergi main basikal air sampai kat situ, tapi pak cik kat situ cakap kat situ just untuk orang memancing je, so xleh la kitaorang pergi berbasikal kat kawasan tu, just kawasan tasik yang dibenarkan je boleh pergi.


~adil Yuyu Fikah Masrin Zafar~


~Nadiah dengan gigi dian yang amat menawan~


~tiba-tiba jumpa kawan sekolah dulu, Jamilah, minta tolong dia ambilkan gambar kami berenam~


~ sedang mengguna iliapsoas muscle untuk menggatih basikal~



Nanti lain kali nak pergi pulak, nak naik bot pulak, tak payah penat-penat gatih basikal....hehehe....

Saturday, February 26, 2011

Mata


As salam...


Mata.
Mata mencerita segala-galanya...
Dari mata turun ke hati...
Bila hati sudah suka, mata terus menjeling...
Menjeling menikmati keindahan alam...

Tiba-tiba tulis pasal mata kat atas tu ek..hehehe..Sebenarnya, saya sekarang ni tengah posting Oftamologi(mata), minor posting pertama saya. Walaupun pasal mata je kena belajar dalam 3 minggu ni, saya rasa macam tak sempat je, banyak kot kena faham pasal mata ni. Lagi-lagi kena berlatih buat Fundoscopy, yang sememangnya menjadi cabaran kepada saya sebab susah nak kenyit mata. Kenapalah saya tak belajar kenyit mata dari kecik lagi, kalau tak dah senang kot nak buat benda ni!!!!!! Tapi, buat fundoscopy ni interesting sebenarnya, kalau dapat je tengok salur darah dan optic disc tu, rasa gembira sangat, macam nak melompat-lompat je.

Kadang-kadang saya terfikir gak nak jadi ofthamologist, nampak best je...leh tengok benda-benda kecik kat dalam mata secara real tanpa buat dissection pun. Huuuhuu...

Satu lagi saya suka ramai lecturer Ofthamology ni..Dr Go yang kelakar dan agak relaks dengan Bahasa Melayu bakunya dan amat comei bila bercakap Qlate, Dr Dashani yang amat lantang suaranya menyebabkan saya tak da peluang langsung untuk terlelap dalam kelasnya, Dr Rafidah yang amat sempoi dan Dr Rozita yang mempunyai sifat keibuan dan amat risau kat kami sebab susah nak tengok optic disc sampaikan Dr buat extra class untuk kami...huhu..thanx Dr!!!!




Haaaa...nie lah struktur mata kita. Ada 3 lapisan - retina, choroid & ciliary body & iris , sclera & cornea. Yang bagi warna kat mata kita tu iris, biasanya orang Asian macam kita ni iris warna coklat la. Kat iris tu sebenarnya ada satu bukaan, bukaan ni kita panggil pupil. Saiz pupil biasanya akan mengecut bila cahaya terlalu terang dan mengembang bila dalam keadaan gelap.Huuhuuu... interesting pasal pupil ni, saya baru je tahu yang pupil tu adalah satu aperture present in the centre of iris, selama ni saya ingatkan pupil tu adalah satu benda yang akan mengembang dan mengecut. Oh God, nasib baik belajar Oftamology!!!!!! Retina tu pulak macam filem yang rekod imej dan imej yang kita tengok akan dibawa malalui saraf optik untuk diterjemahkan kat kita punya otak. Hmmm...konklusinya,mata ni kecik je, tapi banyak benda kat dalam tu yang mempunyai struktur dan fungsi yang amat teratur.

Hope dapat cover Ofthamology dalam masa 2 minggu ni N proceed posting ENT lak...!!!!


Friday, February 11, 2011

kami bersua ...

As salam..

Yeahhhh..akhirnya kami bersua kembali pada hari Jumaat yg sungguh indah di Pantai Melawi yang sungguh nyaman . Suka hati, girang rasanya seperti hendak melompat-lompat pada hari itu,windu benor kat diorang semua... kawan-kawan yang telah habiskan masa bersama-sama pada zaman persekolahan. Tapi, ada gak kawan-kawan yg tak dapat datang...tak pe, lain kali kita jumpa lagi ek...hehehe

Kali ni, 10 orang je yang dapat pergi, ada yang tak dapat balik n ada yang ada keje. Tapi, hari tu tetap best walaupun tak ramai sangat. Aktiviti paling penting yang kitaorang buat aritu ialah membakar. Macam2 yang kitaorang bakar; ayam, sosej, jagung n lanas...

Ari tu agak panas la, so kitaorang tak plan nak mandi pun, just celup kaki dalam air N amik gambar.

~inilah KAMI~
~ex-student SMKA Lati~
~A-D, PhaNa, NoR, ZaFaR, Ma`, IkaH, IlI, HaNiS QiLaH, FaTiN aiMie, Kem~


~kami sebelum misi membakar bermula~


~ 2 org makcik yg memang bercita2 nak jadi penjual jagung bakar kelak~


~ili yg begitu setia dgn sosej nya~


~nanas? nenas? lanas? .. yg mna 1 betul???? 1st time mkn pineapple bakar, best gak rupanya~


~BBq...dlm gmbar nie ckit je, tp banyak lagi sbenarnya....smpai so`oh kami makan,tp xbhabis2 gak~


~jagung bakar..yummy yummy!!! best tau...mkn 1 msti nak lagi~


~mkann kami yg banyak .... macam dh boleh buat jamuan clas cam nie~

dan kini...
sesi fotografi bermula....
kami memang suka kamera...
Dimana ada kamera di situlah ada kami...

~teringat dulu masa amik gambar clas...selalu je kena berdiri kat blakang.... tp kali nie aku cepat2 amik position kat depan n tengah!!!!!!!!!! ngeh ngeh...~

~bak po kat pantai banyok pokok Nyo???~
~soklan drpd adik hanis yg sugguh cute...hehe~

~muka ku xnampak...baru ku sedar yg aku ni rendah rupanya~


~student BMI 15 diangkat oleh cikgu alaf baru~
-
-
-
-
dan nie gambar yang sy paling suka...

jeng jeng jeng....

~kami terbang bersama-sama dipayungi sinar kegembiraan~

suke suke suke...thanx for all Ya asdiqo`ihi...

N syukran Jazillan jugak pada A-D n Ili coz upload kan gmbar2 nie semua kat Fb...jasamu amat dikenang!!!!!!!!!!!!

Thursday, February 10, 2011

sayo pegi bercuti kat Qlate...

As salam...

Hahaha....Poyo je tajuk kat atas tu ek!!!!! Macamlah baru sekali bercuti kat Qlate..
Sayo oghe Qlate sejati, tiap-tiap kali cuti meme lah kena b
alik bercuti kat Qlate...
So sepatutnya perkataan Sayo tu kena tukar dengan perkataan Mereka,baru betul!!!! hehehe
`Mereka pegi bercuti kat Qlate`
tapi siapakah Mereka itu???

Jeng jeng jeng....Inilah mereka...


~IB , Pipah, Chamim, Miya ,Zati ~




~ makan angin kat sawah padi ~


~ beli belah kat Sempadan Siam a.k.a Rantau Panjang ~


~zati anok izhar N zati anok ayub tengah beristirehat~

~bakar ayam kat umah zati anok ayub untuk dibuat percik~


~pasar Ct Khadijah~


~bestnya angin kat PCB~

~ make seafood jap~

yeaaahhh...abis suda 4 hari mereka di sini,hope mereka hepi walaupun xbanyak tempat yg pegi....


Duka ari ini.


Fail buat donut!!!!!

DUSH DUSH DUSH!!!!!!!!
Sebab salah bancuh yis, terus xmenjadi!!!!

Thursday, January 20, 2011

Ya Allah...tolongi aku...

Exam Pro 2 dah habis...dan aku pun dah balik rumah dah pun... patutnya aku dah boleh gembira dan bersenang lenang dah sekarang ni, tapi hati aku masih tidak tenang. Takut takut takut!!!! Apakah yang akan berlaku esok??? Harap-harap berita gembira yang akan menemani aku esok. Hope I pass it!!!

Ya Allah...tolong tunaikan permintaanku ini!!!!
Jangan biarkan airmataku menitis esok Ya Allah...

Moga Mr Gee, Mr Dass , Prof Hamidon dan Datuk Jaya dapat mengembirakan aku esok. Hatiku bertambah risau bila ada terbaca dalam FB tadi yang mengatakan Prof Hamidon dan Datuk Jaya adalah killer examiner.Oh God..tolongiku!!! Think positive Zhafarina!!!Harap-harap mood mereka yang baik semasa short case semalam mampu memberi markah yang baik buat aku. Apa-apapun..bagi aku Prof Hamidon dan Datuk Jaya amat baik semalam!!!! Mr Gee dan Mr Dass pun baik juga, walaupun banyak soalan yang mengkonfiuskan aku semalam. Tambah lagi, aku dapat kes yang tak pernah aku clerk sebelum ini..Psoas Abscess!!!! Apa-apapun, I have changed my perception to Mr Gee!!!!

Saturday, January 1, 2011

Simple Chicken Burger


Salam...

Like last week, no rice for my lunch today. Both cafes here closed. So sad!!!! So, my lunch menu today is Simple Chicken Burger . I do myself. Very sim
ple, just combination of Gardenia bread, Ramli chicken burger and chili sauce , without any accessory like salad, myonis and black paper. So easy and simple menu to feed my stomach!!!!!!

(burger ciptaanku)

This is common but abnormal condition that always happen in this college when other students from other course are in holiday and we are still here and it is common and unfair condition when the cafes are opened when we are in holiday and others students are here. I do not know why the cafes should be closed instead we are still here. We are human-being to0. Need rice!!!!!!!

Wednesday, December 29, 2010

eeehhh..dah nak exam rupanya!!!!



As salam..

Lebih kurang 48 jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2011, maknanya tinggal 16 hari lagilah saya nak exam profesional. fuuuuhhhh... cepatnya masa!!!! tup tup tup dah enam bulan rupanya saya masuk clinical year .

mmmm... sebenarnya saya keliru dengan perasaan saya sekarang ni. Kadang-kadang rasa takut macam nak mati sebab nak exam, tapi rasa excited sambil melompat- lompat nak exam pun ada sebab nak cuti sebulan, balik kampung dan enjoy!!!!!!!! Rasa nak nangis pun ada sebab
kena menghadap nota-nota yang bertimbun macam bukit tapi tak habis- habis lagi baca. Dan pada saat-saat nak exam ni lah macam-macam perasaan yang tak betul dan pelik wujud yang menganggu ketenteraman awam dan kelapangan saya. Tension dengan perasaan sebegini.

(aaahhhh...dah nak exam dah!!! )

(tapi saya tetap excited nak exam)

(ni hobi saya bila nak exam)

Minggu depan dah study week!!!! Nampaknya study study and study je lah kerjanya. So sweet!!!! Harap-harap saya dapat mengkhatamkan semua nota-nota tu.Saya perlu study bukan sahaja untuk lulus exam tapi untuk mempersiapkan diri saya menjadi safe,think and knowledgeable doctor . So...jom study Norzhafarina Hani , jangan duk main Fb je ek!!!!!


(saya nak study , saya tak nak buka Fb)

Sunday, December 26, 2010

-Penceroboh- gimik atau realiti???

as salam...

Semalam, dalam pukul 3 pagi ketika saya asyik dilamun mimpi, kedengaran paluan ketukan pintu berkali-kali di bilik saya, tapi saya buat bodoh je, sebab terasa amat malas untuk berganjak dari katil yang empuk itu, saya dan roomate saya pun teruskan tidur. Namun, paluan yang tak semerdu kompang itu terus kedengaran, nasib baik la roomate saya ni baik hati, pergi juga buka pintu dalam keadaan longlai.

Tiba-tiba saya terkejut melihat seorang wanita yang tak berapa dikenali memasuki bilik kitaorang. Dia pergi memeriksa tingkap bilik kami dan mata saya yang kuyu terus memerhatinya. Roomate saya pun bertanya pada perempuan itu, `kenapa?` Kemudian dia memberitahu yang ada penceroboh telah memasuki blok kitaorang ini tapi terlepas setelah dikejar dan mereka takut penceroboh itu memasuki rumah-rumah kat blok ini.

Tersedak saya mendengarnya, penceroboh apakah itu???
Kenapa nak menceroboh di kolej sini???
Nak mencuri kah???
Atau nak menculik kitaorang yang agak lawa ini???
Atau nak menumpang kat kolej ni sebab diaorang tak ada rumah?
Atau diaorang saja- saja nak bersiar-siar di kolej yang agak permai ini???

Atau berita ini hanya gimik di malam hari sahaja?
jeng jeng...siapa yang boleh jawab tolong angkat tangan ek!!!!

huhuhu... setelah beberapa saat memikirkan persoalan yang tak terjawab itu, saya pun mahu meneruskan tidur saya. Namun, hiruk-pikuk ketukan pintu dari rumah ke rumah dan suara orang yang kedengaran di luar rumah kitaorang menghalang saya untuk terus lena. Kemudian, saya pun menjenguk melalui tingkap, kelihatan ramai budak-budak MTM kat situ, ada antaranya sedang memeriksa rumah orang lain.

Pagi itu, setelah bangun dari tidur, barulah saya tahu cerita sebenarnya. Rupa-rupanya ada beberapa orang telah memasuki kolej kitaorang untuk mencuri tapi gagal sebab kelibat mereka itu dilihat oleh orang kat kolej ini. Mereka telah dikejar oleh pak guard, felo dan budak-budak MTM tapi terlepas juga. Ada kawan saya memberitahu yang dia mendengar penceroboh itu berlari-lari di atas bumbung blok kami.

Dan hari ini, semua orang kat kolej ni duk cakap pasal penceroboh je, tak ada tajuk lain dah. huhuhuuu...

Pesanan : Sesiapa yang rasa dia tu penceroboh kat kolej kitaorang, leh bagitau saya tak sebab saya nak jadi heroin, leh report kat pihak kolej, lepas tu mesti saya dapat gelaran Superwoman!!!!!! hahaha....nanti saya bagi upah gula-gula 2 biji ek!!!!