Sunday, December 26, 2010

-Penceroboh- gimik atau realiti???

as salam...

Semalam, dalam pukul 3 pagi ketika saya asyik dilamun mimpi, kedengaran paluan ketukan pintu berkali-kali di bilik saya, tapi saya buat bodoh je, sebab terasa amat malas untuk berganjak dari katil yang empuk itu, saya dan roomate saya pun teruskan tidur. Namun, paluan yang tak semerdu kompang itu terus kedengaran, nasib baik la roomate saya ni baik hati, pergi juga buka pintu dalam keadaan longlai.

Tiba-tiba saya terkejut melihat seorang wanita yang tak berapa dikenali memasuki bilik kitaorang. Dia pergi memeriksa tingkap bilik kami dan mata saya yang kuyu terus memerhatinya. Roomate saya pun bertanya pada perempuan itu, `kenapa?` Kemudian dia memberitahu yang ada penceroboh telah memasuki blok kitaorang ini tapi terlepas setelah dikejar dan mereka takut penceroboh itu memasuki rumah-rumah kat blok ini.

Tersedak saya mendengarnya, penceroboh apakah itu???
Kenapa nak menceroboh di kolej sini???
Nak mencuri kah???
Atau nak menculik kitaorang yang agak lawa ini???
Atau nak menumpang kat kolej ni sebab diaorang tak ada rumah?
Atau diaorang saja- saja nak bersiar-siar di kolej yang agak permai ini???

Atau berita ini hanya gimik di malam hari sahaja?
jeng jeng...siapa yang boleh jawab tolong angkat tangan ek!!!!

huhuhu... setelah beberapa saat memikirkan persoalan yang tak terjawab itu, saya pun mahu meneruskan tidur saya. Namun, hiruk-pikuk ketukan pintu dari rumah ke rumah dan suara orang yang kedengaran di luar rumah kitaorang menghalang saya untuk terus lena. Kemudian, saya pun menjenguk melalui tingkap, kelihatan ramai budak-budak MTM kat situ, ada antaranya sedang memeriksa rumah orang lain.

Pagi itu, setelah bangun dari tidur, barulah saya tahu cerita sebenarnya. Rupa-rupanya ada beberapa orang telah memasuki kolej kitaorang untuk mencuri tapi gagal sebab kelibat mereka itu dilihat oleh orang kat kolej ini. Mereka telah dikejar oleh pak guard, felo dan budak-budak MTM tapi terlepas juga. Ada kawan saya memberitahu yang dia mendengar penceroboh itu berlari-lari di atas bumbung blok kami.

Dan hari ini, semua orang kat kolej ni duk cakap pasal penceroboh je, tak ada tajuk lain dah. huhuhuuu...

Pesanan : Sesiapa yang rasa dia tu penceroboh kat kolej kitaorang, leh bagitau saya tak sebab saya nak jadi heroin, leh report kat pihak kolej, lepas tu mesti saya dapat gelaran Superwoman!!!!!! hahaha....nanti saya bagi upah gula-gula 2 biji ek!!!!

No comments: