as salam..
Posting surgeri semakin sampai ke penghujung. Peperiksaan profesional akan tiba. Bersediakah aku?
Yeahhh... begitu banyak pesakit yang aku jumpa. Bersyukur kepada Allah kerana ramai pesakit yang aku jumpa amatlah baik dan sudi bercerita tentang kisah sakit mereka. Mereka sebenarnya guru terbaik bagi pelajar perubatan kerana mereka mampu memberi ilmu secara realiti tentang apa yang berlaku. Moga jasa mereka akan diberkati Allah.
Namun, jasa pensyarah-pensyarah juga tiada bandingan juga. Walaupun mereka sangat sibuk meyelesaikan masalah pesakit, mereka tetap meluangkan cebisan masa mereka kepada kami,pelajar peubatan.
Dr Rushdan! Pensyarah kumpulan perubatan aku, kumpulan A6. Doktor yang mampu menginsafkan aku. Kalau orang dengar je nama Dr Rushdan, mesti semua orang dah tahu apa yang wajib dijawab jika disoal. Soalan yang beliau tanya mesti ada lima `differential diagnosis`, kalau tak, mata kita akan terus ditenung sehingga ada jawapan yang terkeluar berserta dengan sebabnya sekali. huuhhh...aku dah biasa kena, sebab selalu je tak dapat jawab.
Walaupun kadang-kadang aku terasa tertekan dalam kelas beliau, tapi aku amat bersyukur beliau menjadi pensyarah kumpulan aku kerana cara pengajaran beliau dapat membuat aku fokus dan terus belajar.
Aku masih ingat pada satu hari tu, aku ada kelas `bed side teaching` dengan beliau, dan aku tiba-tiba je jadi ` tachycardia`. Selepas je kelas tu, aku terus kira aku punya nadi. haaahhh... nadi aku masa tu dah lebih 100 denyutan per minit. Hohoho...`palpitaion` kot!!!
Satu lagi, aku amat suka dengan ayat-ayat yang dia guna. Ayat-ayat itu agak sinis tapi ada kebenarannya. Ini adalah antara ayat-ayat yang biasa dia gunakan :
I do not know everything,
I do not have much time to teach everything,
If i tell everything,
I am sure you do not remember everything.
Do not be a robot !!!
You better read story book !!!
If I answered the questions with the words `may be ....`
he will respond with `I can say you may be failed !!!`
Whatever he is, I like the way he treated us!!! I miss him now... I want to be in his class, but he is not teaching right now. Thank you Dr Rushdan!!! I will remember you as a teacher and also a father.
No comments:
Post a Comment