Tuesday, December 7, 2010

S a L a M M a a L H i J R a H


As salam....

Selamat Tahun Baru Islam!!!!
Hari ini kita melangkah lagi setapak, meninggalkan tahun 1431 dan tahun 1432 telahpun kita pijak.

Dalam meraikan tahun baru ini, sedarkah kita yang kita sebenarnya semakin hampir dengan hari yang telah kita janjikan untuk menjumpaiNya.
Bersediakah kita???
Sudah cukupkan bekalan kita untuk hari itu???
Layakkah kita untuk menerima ganjaran-ganjaran daripadaNya???

mmmm...Aku terdiam seketika, memikirkan detik-detik yang telah ku lalui. Amat kecil pecahan waktuku dikongsi denganNya.
Ya Allah...apakah yang telah ku lakukan selama ini?
Kenapa kadang-kadang aku jauh daripadaMu?
Kenapa kadang-kadang aku terleka daripadaMu?
Kenapa kadang-kadang aku meragui kehendakMu?

Ya Allah...sempena tahun baru ini, aku tahu umurku semakin pendek, kurniakanlah aku keperibadian yang berpandukan iman dan taqwa supaya aku dapat menghiasi sisa-sisa hidupku ini.







aku mahu jadi lebih baik..
aku mahu jadi lebih solehah..
aku mahu jadi lebih kuat..
aku mahu jadi lebih istiqamah..
aku mahu jadi lebih bijak..
aku mahu jadi lebih perihatin..
aku mahu jadi lebih berdikari..
aku mahu jadi lebih matang..
aku mahu jadi lebih ceria..
aku mahu jadi lebih tenang..
aku mahu jadi lebih peramah..
aku amhu jadi lebih rasional..
aku mahu jadi lebih memahami

aku mahu kurangkan egoistik..
aku mahu kurangkan kesedihan..
aku mahu kurankan membuang masa..
aku mahu kurangkan keresahan..
aku mahu kurangkan tangisan yang sia-sia..


Insyallah...

No comments: