Suka suka suka!!!!
Saya suka suki riang ria apabila mendapat ucapan selamat hari jadi,hati lagi berbunga kalau dapat hadiah dan kaki melompat girang kalau disambut bagai puan puteri nan satu.
Tapi,tahun ni sape la nak bagi hadiah kat saya ek????? nak hadiah, pensel sebatang pun jadi ler!!!!! ngeh ngeh ngeh
Kalau zaman muda dulu, orang bagi ucapan selamat hari jadi menggunakan kad ucapan, dan saya pun kumpullah kad-kad itu sebagai kenangan walaupun bilangan kad itu kurang dari bilangan jari-jariku. Kemudian, negara makin maju, dapatlah ucapan melalui meseg, ucapan hari jadipun makin bertambah,dan saya pun simpan lah meseg tu kat draft sebab inbox dah penuh.
Sekarang negara kita dah jadi negara IT, ucapan hari lahir boleh diberi melalui Fb je,bila tibanya hari kelahiran yang amat diingati, wall akan penuh dengan ucapan selamat hari lahir dari kawan-kawan, saudara mara dan kadang-kadang orangyang tak kenal pun akan bagi ucapan juga. Terharunya!!!!! Nasib baik ada notification kat Fb yang akan mengingatkan tarikh penghijrahan aku ke dunia, ada juga lah ucapan-ucapan hari jadi yang dapat menceriakn hidupku. Thanx Fb!!!!!
Tapi saya terfikir, berapa orangkah yang betul-betul mengingati tarikh hari jadiku dan mengingati aku sebenarnya????? dan apa akan jadi bila saya hilangkan notification tersebut??? mmmm...Wallahuallam!!!! Terima kasih kepada insan-insan yang sentiasa mengingatiku!!!! Sayang rindu kamu semua... muah muah muah
Apa-apapun, saya amat menghargai semua ucapan yang saya terima dari semua orang yang kenali mahupun orang yang saya tak sempat nak kenali, sebab saya pun tak ingat semua tarikh hari jadi kawan-kawan saya... tapi saya cuba untuk mengingatinya kerana saya tahu macam mana sukanya hati seseorang yang mendapat ucapan hari jadi.
2112
Happy birthday to me!!!! (walaupun ucapan ini agak poyo)
21 years old already!!!! ( agak bermakna tahun ni sebab umur aku 21 tahun dan tarikh lahir aku pun 21 hb).
Hope i will be more mature than before,get better life, success always and enjoy the life with Allah`s way .
Thanx God!!!!
No comments:
Post a Comment