Showing posts with label medic. Show all posts
Showing posts with label medic. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Pead pada aku..



Salam...


Alhamdulillah... akhirnya saya lulus gak Pead!!!! suka bebonar hati... hehekkkk....
Tapi aku punyer long case n short case rendah je, nasib baik dapat cover kat MEQ dan MCQ sikit...
Thanx pada doktor2 dan kawan2 yang banyak mengajar saya...

Peadiatric...


posting kanak2...

Dulu aku pernah berangan2 nak jadi peadiatrician, kalau orang tanya aku, nanti nak specialise dalam apa? Aku terus jawab peadiatric kot... Tapi bila aku masuk peadiatric posting ni dah rasa lain pulak, betul ke aku nak jadi peadiatrician ni???~ nape banyak sangat ni? CNS, CVS, RS, AS +++ DA? boleh ke aku cope dengan peadiatric ni???~ haaaahhhh... tiba2 aku punyer target kat peadiatric dah mula kurang. Tapi bila dah lama belajar dan mula faham sikit2 aku rasa best lak poeadiatric ni.

Menarik tentang peadiatric ni ialah boleh main2 dengan budak2, pastu rapport pun agak baik kalau nak banding dengan pesakit2 lain. Aku suka sangat kat sorang budak ni, dia masuk hospital hari tu sebab ada jangkitan kuman kat paru-paru. Budak ni comel sangat. Tapiiii... dia tak nak layan aku sangat, Sabooor je la...


~ nama budak comel ni Mohammad Fathul Jarullah ~
~Jarullah tu bermakna Jiran Allah~



~Hanny Mellisa Aryana~
Budak yang paling cool... buat la apa2 kat dia tak nangis langsung, senyum je..Comei!!!!


~Ashafian~
Bijak berkata2, cakap macam orang besar sudah.


~Marissa~
Favourite child Jay Jay.

Sorang lagi kanak2 yang berjaya mencuit hati saya ialah Muiz, kelakar betul budak ni. Selalu je sebut `ayam ayam ayam` dan suka sangat dengan Angry Bird, tapi tak sempat nak ambil gambar dengan dia .

Other wonderful experience in Paediatric posting was I had an opportunity to see 2 conjoint twins, Muhaimin and Muhaiman and Qaisara with her twin(I forgot the name). They are very unique, before this I only saw conjoint twin in TV.

hmmm.... lastly nak ucap TQ kat group E especially Shushu, Jayjay N Yog sebab berjaya buat study group malam2, learn a lot from our discussion. TQ for those who always taught me like Pipah N Tya, and also to all lecturers especially my Mentor, Dr Johan.

Lepas ni ajar saya Ortho N Psychiatric lak ek!!! hehe

Tata people!!!!

Thursday, January 19, 2012

Aku dapat kes AGE

Salam...

Exam Paediatric dah abis.. Aku orang ke dua akhir yang exam hari ni. Lama menunggu sampai aku pun dah naik bosan tengok kawan-kawan yang dah merdeka. Aku dapat Acute Gastroenteritis (AGE) untuk long case. Haaahhhh... tak tahu nak gembira ke apa dapat kes ni. Memang kes ni senang tapi kes ni `killer` bagi aku, sebab kalau salah sikit pun akan beri impak yang besar. Haaahhh... lagi2 lah bila aku salah periksa `skin turgor`. Bila je aku tengok patient yang aku kena periksa tu attach kat IV drip, aku dah agak ni mesti AGE punyer, dan aku dah dalam zon bahaya sekarang!!!! Takut giler,esok dah keluar keputusan!!!!!

Ookaaayyyyy... Next time aku kena belajar betul2 kes yang aku rasa aku takut. Kalau exam Pro 2 hari tu aku tiba2 je jadi takut dengan Lymphoma yang menyebabkan aku ada rasa kena baca penyakit ni. Nasib baik baca, kalau tak tahu nak bagi `differential diagnosis` apa. Masa exam O&G pulak, aku takut `pregnancy induce hypertension (PIH)` sebab aku rasa PIH ni susah sikit, sku selalu je skip baca PIH, akhirnya aku dapat PIH untuk long case dan short case. Kalau Paediatric ni pula, aku takut kat AGE dan Epilepsy. AGE aku takut sebab penyakit ni tertalu biasa dan semua benda kena tahu pasa penyakit ni, kalau salah sikit memang maut la. So, sekarang tak tahu ler macam mana nasib aku ni!!! Takut!!!!

Ya Allah... tolong aku Ya Allah!!!!


Sunday, October 30, 2011

Inspiring Dr Har...

As salam...

Seriously saya nak bagitau kat sini saya inspire Dr Harlina Halizah Siraj atau nama glamournya Dr Har. Semalam saya berkesempatan hadir talk beliau kat fakulti sempena program Journey of Medical School. Ni kali kedua saya pergi talk beliau, yang first tu kat CUCMS beberapa tahun yang lepas pasal cinta remaja.

Hmmm... korang tau tak kenapa saya suka Dr Har??? Dulu, lepas dengar talk pertama Dr Har saya dah mula suka , lepas tu google la cari blog dia, tapi bila dengar talk kedua lagi suka rasanya.. saya suka sebab Dr Har bercakap kat depan tu macam seorang ibu dan bila saya dengar saya rasa macam saya tengah dengar ceramah daripada ummi saya... (boleh tak guna alasan tu, tapi itulah sememangnya alasan utamanya) hehehekk ...

Lepas balik dari talk tu, saya pun google la lagi pasal Dr Har, jumpa satu artikel pasal Dr Har kat Berita Harian... wow.. banyak kot anugerah yang dia dapat dari sekolah rendah hinggalah sekarang. Terbaru Dr Har dapat anugerah Saidatina Khadijah Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1432 Hijrah.

Boleh tak saya nak jadi macam Dr Har??? hmmm... tapi saya belajar bukanlah pandai sangat pun, bercakap dah lah tunggang langgang, tak pernah dapat anugerah apa2 pun... Macam mana ni????? Macam mana???
Tapi saya ingat satu kata2 Dr Har semalam...`Jadilah Dr yang mulia dan jangan sesekali jadi angkuh, dan malang bagi doktor yang angkuh tapi bijak dalam pelajaran!!!` Bak kata Mejar Adlan yang bagi talk pagi semalam sebelum talk Dr Har tu, Islam adalah semua yang baik dan semua benda yang memberi manfaat dan faedah untuk orang ramai. Doakan saya jadi doktor yang baik dan doktor yang boleh memberi manfaat dan faedah kepada orang ramai nanti ek!!!!

Friday, October 28, 2011

O&G


As salam semua...

Okay.... O&G posting tinggal 2 minggu je lagi, 1 minggu untuk exam and 1 minggu lagi untuk revision week for the exam..
The question is What I am doing for the last 8 weeks ek??? Sighhhh....

Zhafarina,

You always like this, always waste your time!!!! You don't appreciate the time and doing what you suppose to do!!! If you like this, how do you want to be a competent doctor like other person??? And when lecturers ask you questions, you can`t answer it completely.. and still look blurrr... what happen to you zhafarina????

6 minggu sudah saya menghabiskan masa kat Hospital Bersalin HKL, dan apa yang boleh saya luahkan kat sini ialah O&G ialah satu posting yang sangat best!!! Banyak benda menarik yang korang boleh rasa semasa posting O&G ni, salah satunya korng boleh lahirkan rasa keinsafan dalam diri korang bila korang tengok ibu-ibu tengah belsalin secara vaginal... susah kot!!! ehhh... bukan susah kot tapi susah benor-benor!!! Pertama kali saya tengok orang bersalin secara vaginal depan mata saya, saya rasa nak menangis, air mata dah keluar sikit... dan saya terus terfikir, macam ni ke aku dulu????mesti aku nak lahir dulu pun susah gak kan??? dahlah aku ni anak first..Kesian ummi!!!!

Lebih menyedihkan saya ialah bila ada kes Hyrop Fetalis yang saya tengok hari tu. Hydrop Fetalis ialah satu penyakit kat baby sebab banyak sangat air yang terkumpul dalam badan dia, dan baby ni kalau lahir tak boleh nak fight lama, paling lama pun dalam masa 15 minit je baby ni boleh hidup. Dan ada juga yang mati dalam kandungan.

~hydrop fetalis~

Dulu saya selalu fikir nak anak ramai, paling sikit pun 7 orang... hahahakkk.. Kenapakah begitu??? sebab saya risau anak saya boring nanti kat rumah kalau adik beradik sikit macam saya. Saya ada dua orang je adik beradik. Dia lah tempat saya nak bertengkar, bermakin hamun dan dia jugalah tempat saya nak bermesra. Tapi sekarang kitaorang dah jarang jumpa, sebab cuti selalu je lain,kalau ada kebetulan cuti yang sama dan hari raya je biasa jumpa.. sedihkan??? Bila saya tengok orang lain yang ada kakak, abang dan adik ramai-ramai rasa best jugak kan, boleh kumpul ramai-ramai, bergelak ketawa , kongsi itu ini dan macam-macam lagi lah... hmmmm... tapi bila tengok orang bersalin depan mata ni rasa takut pulak nak beranak, rasa nak bersalin secara C-section lak, tapi operation ni banyak lak masalahnya nanti... aaduiiihhh.. macamanakah ini????

Untuk lelaki lelaki yang bakal menjadi bapak dan ingin menjadi bapak, saya rasa korang perlu tengok macam mana isteri korang melahirkan anak korang nanti, Kemudian, barulah korang rasa betapa susahnya nak bersalin sebenarnya, dan korang jugak boleh tahu macam tu lah keadaan mak korang dulu semasa nak melahirkan korang.

hmmm.. sebenarnya banyak lagi saya nak cakap pasal O&G ni, tapi saya kena study la sekarang, minggu depan dah nak exam... HoHOHo... doakan saya lulus ek!!!!

Okay.. Zhafarina baru nak study!!!!

Saturday, October 1, 2011

UPM wants to turn Hospital Serdang to teaching hospital facility


 Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin with disabled student Suhazli Muhamed    at the UPM mosque yesterday. — NST picture by  Syarafiq Abd Samad

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin with disabled student Suhazli Muhamed at the UPM mosque yesterday. — NST picture by Syarafiq Abd Samad
SERDANG: A proposal to turn Serdang Hospital into Universiti Putra Malaysia's teaching hospital will be submitted to the cabinet soon.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the Higher Education Ministry had completed a working paper on the proposal and it would be discussed in a cabinet meeting in the near future.

"No doubt the matter is important for UPM, but at the moment it should be studied carefully.


"If we want to build, it will be costly and if taken over, we must consider the implication," he said told UPM staff and students during his working visit yesterday.

UPM had requested the government approve its wish to have its own hospital to help increase productivity, especially in medical research.

Its vice-chancellor Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi said he believed UPM would be capable of generating higher productivity and giving greater impact if the university has its own hospital.


The UPM medical faculty and its students are based at Serdang Hospital but they do not have complete freedom to conduct research as the hospital is under the Health Ministry.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the objective of a regular hospital differed from a teaching hospital as it concentrated only on providing medical service.

"A teaching hospital has to conduct research and development and produce specialists. We will bring this matter up to the cabinet and I hope I will get everyone's support."



Read more: UPM wants to turn Serdang Hospital into teaching facility http://www.nst.com.my/nst/articles/05pape/Article/#ixzz1ZX5aBlCk

Saturday, July 23, 2011

Masa berlalu dan terus berlalu...


As salam...

Sekarang ni aku tengah posting community medicine kat Juasseh,Kuala Pilah. Hmmm... kat sini best jugak sebenarnya, tp xleh nak online menyebabkan jadi boring dan tak tau nak wat pe. Cuaca kat sini amat panas, kalau mandi petang2 tu rasa macam duk dalam sauna pulak. Benda yang paling mencabar kat sini ialah kena buat research...O0O... hari isnin lepas kitaorang pergi bertapa kat Pizza Hut n KFC Bahau sebab nak online nak cari literature review,sambil menyelam minum air, kitaorang pun main la Fb sekali, semua update status Fb masing, macam setahun tak main FB, padahal baru sehari tak bukak.

Minggu ni aku balik kolej, sebenarnya aku tak tahu kenapa aku balik , ingatkan nak stay kat sana je tapi ramai yang balik, so aku pun ikut sama lah. Penat jugak travel dari Juasseh ke Serdang ni, on the way tu aku menyesal jugak lah, apa sal lah aku balik, baik aku tidur je kat sana, tapi bila sampai je kolej, terus online, bukak Fb, twitter n tengok tonton, pas tu baru aku rasa nikmatnya balik.

Satu lagi yang menarik posting ni ialah kitaorang leh pergi wat Aedes survey and fogging minggu lepas. Dapat lah peluang aku angkat mesin fogging tu, berat jugak rupanya... minggu depan lagi banyak site yang nak visit, hope best jugak!!!!!!!!!

Hmmmm... pausa tahun ni kitaorang akan puasa kat Juasseh dah, cuma hujung Ramadhan tu akan balik Serdang dan puasa sini kejap, exam sehari lepas tu balik raya kat qlate...suka suka!!!! Sebenarnya aku terharu baca satu post housemate aku ni,Fazlyanah Khusaini, dia post masa hari kitaorang nak betolak ke Juasseh tu :

"huhuhu... sedey.. when d time goes on.. everything were chge.. follow their own way dat cn't stop.. and today, my hosmate are going to pilah for 5 weeks, and yet during fasting month.. xde dah nk sahur sme2.. nk buke posa sme2.. huhuhu.. n next yr puasa is d last puasa sma2.. then we going to our hometown n start working.. moral of dstory is, gunekn mase yg ade sepenuh nya.."

Yup... inilah kehidupan,
4 tahun lepas kita berjumpa dan berkenalan,
semua dari arah berbeza,
kemudian bermesra dan menjadi rapat dari hari ke hari,
makan sama-sama,
keluar sama-sama,
gelak ketawa sama-sama,
tapi dalam perlayaran itu...kadang-kadang kita dipukul ombak,
kerjenihan kehidupan mula pudar,
kemesraan makin menghilang,
keharmonian dan ketulusan turut berlayar,
semua dengan haluan masing-masing,
bila saat perpisahan muncul,
terkenang memori kecerian dulu...
alangkah indah kehidupan jika kisah dulu boleh didelete kan,
dan kemesraan tetap bersama kita...
sekarang hanya ada setahun sahaja untuk kita bersama,
kemudian akan membawa haluan masing2...
dan kenangan kita bersama hanya akan menjadi memori...


Tq pada haousemate2 ku semua kerna menerima aku sbg sahabat mu N sory jika aku bukanlah sahabat terbaik buat kalian... moga kita dapat memanfaatkan masa yang ada ini...


Moral of the story : Kita perlu sentiasa menghargai nikmat yang dikurniakan sebelum nikmat itu ditarik.

Sunday, April 24, 2011

saya suka sebenarnya....

As salam...

Radiology posting seminggu sudah pun habis, nanti esok aku akan start posting Geriatrik pulak untuk 3 minggu dan lepas tu exam final. Huhuhu...cepatnya masa berlalu.

Hmmmm.... hari pertama posting Radiology hari tu, aku rasa memang tak suka posting ni, sooooo boring, pergi tengok procedure dan ambil tandatangan buku log, tapi tak tahu apa-apapun pasal procedure yang buat tu. haaaahhhhhh...hari tu aku memang tension betul, rasa malas dan fikir baik duduk kat bilik je macam ni!!!!!!

Tapi, hari kedua posting tu aku dah mula suka dengan posting ni, selepas ada kelas dengan Dr Sharifah Aishah sebab aku dah tahu apa yang perlu tahu untuk Radiology ni. Untuk student macam kitaorang ni, just tahu patient preparation sebelum procedure serta indication dan contraindication procedure. Saat paling aku suka masa kelas Dr Aishah ni ialah bila Dr ajar kitaorang macam mana nak interprete X-ray,Ct scan dan MRI. Fuuuhhhh...masa tu rasa suka sangat, sebab dah tahu sikit-sikit cara nak interprete result Ct Scan dan MRI, tapi tak tera lagi pun, banyak lagi kena belajar. Kalau dulu, pergi clerk patient kat wad selalu je jumpa benda ni, tapi tak tahu nak interprete apa pun, so tengok je lah apa-apa yang obvious. Selepas tu, Dr ada lah juga soal sikit-sikit pasal procedure tu semua, tapi banyak yang tak boleh jawab, so Dr suruh kitaoarang present pasal benda tu. Saya dan Nazirah present pasal Angioram.

Esok nya pulak, Dr soal sorang-sorang interprete result X-ray dan Ct Scan. hahahah...biasalah, kalau dah kena soal, tergagak lah jadi nya masa nak menjawab tu, tapi banyak input yang kitaorang dapat. Semua yang Dr soal tu, kes yang common yang selalu kitaorang jumpa kat wad. Hope aku akan ingat benda tu sampai bila-bila.

Bagi aku, radiologist ni amat besar tanggungjawabnya, sebab mereka yang akan interprete semua result procedure tu, so management patient tu akan bergantung pada interpretation yang mereka buat tu, bila berlaku kesilapan yang kecil masa interpretation tu mungkin akan memberi impak yang besar kepada patient tu.

Okay...I like U Radiology anyway, Bye bye!!!!!!!!!
And tommorow, seeing nenek-nenek and datuk-datuk, so sweet!!!!!!!!!!!!!!

Monday, April 4, 2011

Sport medicine posting



As salam....

Hari ni, kumpulan saya dah mula posting Sport Medicine kat Institut Sukan Negara, Bukit Jalil untuk seminggu. Kenapalah posting ni sekejap je ek????? Kalaulah UPM wat posting ni lama sikit kan best, leh pergi gym selalu...hehehe!!!!!!

First time datang sini, teruja tengok gambar-gambar atlet kat dinding, setiap tempat ada kot gambar diorang . Huhuhu....


Tapi, nasib kitaorang agak malang sikit hari ni sebab ISN tiba-tiba blackout pagi tadi. Semua aktiviti dalam jadual tak leh nak buat, kitaorang pun tak tahu nak buat apa dah, semua tempat kat situ gelap, gym pun tak boleh nak guna. Kitaorang pun jalan-jalan kat situ dan jumpa lah satu bilik physiotherapy, cerah, so kitaorang pun gunalah semua alat senaman yang ada kat situ walaupun tak tahu nak guna sebenarnya. Klinik tadi pun habis awal sebab doktor ada mesyuarat.Hari ni klinik dengan Dr Jas, senior kitaorang yang dah jadi MO kat situ, dulu dia pun belajar kat UPM gak. Sepatutnya kelas petang ni pasal physiotherapy, tapi doktor buat Physical Conditioning. Macam-macam muscle straining kitaorang belajar dan buat tadi dan setiap muscle mempunyai stretching yang berbeza.

~ni untuk stretching rectus abdominis- guna split ball~

Hari ni juga, saya baru tahu yang kita bukan je kena buat exercise untuk muscle stretching dan fat lysis je, tapi juga untuk joint stability yang orang selalu abaikan. Sebenarnya, joint stability exercise ni amat penting untung stretch kan smaal muscle dan ligament kat joint tu.


~joint stability exercise~

Need know much about anatomy....but I enjoy the class!!!!!!!!!!

Saturday, April 2, 2011

easy not tension...



As salam...

Habis sudah posting Easy Not Tension aka Ear Nose Throat aka ENT. Sekejap je 3 minggu ni tapi, belajar ENT pun tak sempat nak habis tapi, niat di hati nak qada` baca ENT weekend ni, banyak pulak keluar pegi jalan tapi, dan kena baca untuk sport medicine jugak tapi, jadi macam manakah keadaan sekarang ni tapi????

hohoho......
Saya suka semua lecturer ENT, semua baik-baik.- Miss Subha, Mr Yap, Mr K, Mr Vicent, Miss Saraiza, Miss Narizan, plus Dr Fang dan Dr Azmi. Bagi saya semua doktor ENT ni cool, tapi yang tak coolnya ialah banyak sangat benda yang nak kena cover dalam ENT dalam masa 3 minggu ni ; ear, nose, throat, head and neck. Aduuuiihhh..dah la final nanti tak ada study week, tak tahu lah macam mana saya nanti!!!!! SOB!!!!!!! Tapi, saya tak nafikan best gak belajar ENT ni, belajar benda yang kecil-kecil semuanya, dan kena banyak berimaginasi terutamanya masa tengok scope.

Hopefully saya dapat mencelah untuk mambaca ENT dan Oftamology dalam masa minor minor posting ni!!!! Insyallah!!!!!!!!!!

Mr Vicent!!!!!!

Mr K!!!!!!!

Saturday, February 26, 2011

Mata


As salam...


Mata.
Mata mencerita segala-galanya...
Dari mata turun ke hati...
Bila hati sudah suka, mata terus menjeling...
Menjeling menikmati keindahan alam...

Tiba-tiba tulis pasal mata kat atas tu ek..hehehe..Sebenarnya, saya sekarang ni tengah posting Oftamologi(mata), minor posting pertama saya. Walaupun pasal mata je kena belajar dalam 3 minggu ni, saya rasa macam tak sempat je, banyak kot kena faham pasal mata ni. Lagi-lagi kena berlatih buat Fundoscopy, yang sememangnya menjadi cabaran kepada saya sebab susah nak kenyit mata. Kenapalah saya tak belajar kenyit mata dari kecik lagi, kalau tak dah senang kot nak buat benda ni!!!!!! Tapi, buat fundoscopy ni interesting sebenarnya, kalau dapat je tengok salur darah dan optic disc tu, rasa gembira sangat, macam nak melompat-lompat je.

Kadang-kadang saya terfikir gak nak jadi ofthamologist, nampak best je...leh tengok benda-benda kecik kat dalam mata secara real tanpa buat dissection pun. Huuuhuu...

Satu lagi saya suka ramai lecturer Ofthamology ni..Dr Go yang kelakar dan agak relaks dengan Bahasa Melayu bakunya dan amat comei bila bercakap Qlate, Dr Dashani yang amat lantang suaranya menyebabkan saya tak da peluang langsung untuk terlelap dalam kelasnya, Dr Rafidah yang amat sempoi dan Dr Rozita yang mempunyai sifat keibuan dan amat risau kat kami sebab susah nak tengok optic disc sampaikan Dr buat extra class untuk kami...huhu..thanx Dr!!!!




Haaaa...nie lah struktur mata kita. Ada 3 lapisan - retina, choroid & ciliary body & iris , sclera & cornea. Yang bagi warna kat mata kita tu iris, biasanya orang Asian macam kita ni iris warna coklat la. Kat iris tu sebenarnya ada satu bukaan, bukaan ni kita panggil pupil. Saiz pupil biasanya akan mengecut bila cahaya terlalu terang dan mengembang bila dalam keadaan gelap.Huuhuuu... interesting pasal pupil ni, saya baru je tahu yang pupil tu adalah satu aperture present in the centre of iris, selama ni saya ingatkan pupil tu adalah satu benda yang akan mengembang dan mengecut. Oh God, nasib baik belajar Oftamology!!!!!! Retina tu pulak macam filem yang rekod imej dan imej yang kita tengok akan dibawa malalui saraf optik untuk diterjemahkan kat kita punya otak. Hmmm...konklusinya,mata ni kecik je, tapi banyak benda kat dalam tu yang mempunyai struktur dan fungsi yang amat teratur.

Hope dapat cover Ofthamology dalam masa 2 minggu ni N proceed posting ENT lak...!!!!


Wednesday, December 29, 2010

eeehhh..dah nak exam rupanya!!!!



As salam..

Lebih kurang 48 jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2011, maknanya tinggal 16 hari lagilah saya nak exam profesional. fuuuuhhhh... cepatnya masa!!!! tup tup tup dah enam bulan rupanya saya masuk clinical year .

mmmm... sebenarnya saya keliru dengan perasaan saya sekarang ni. Kadang-kadang rasa takut macam nak mati sebab nak exam, tapi rasa excited sambil melompat- lompat nak exam pun ada sebab nak cuti sebulan, balik kampung dan enjoy!!!!!!!! Rasa nak nangis pun ada sebab
kena menghadap nota-nota yang bertimbun macam bukit tapi tak habis- habis lagi baca. Dan pada saat-saat nak exam ni lah macam-macam perasaan yang tak betul dan pelik wujud yang menganggu ketenteraman awam dan kelapangan saya. Tension dengan perasaan sebegini.

(aaahhhh...dah nak exam dah!!! )

(tapi saya tetap excited nak exam)

(ni hobi saya bila nak exam)

Minggu depan dah study week!!!! Nampaknya study study and study je lah kerjanya. So sweet!!!! Harap-harap saya dapat mengkhatamkan semua nota-nota tu.Saya perlu study bukan sahaja untuk lulus exam tapi untuk mempersiapkan diri saya menjadi safe,think and knowledgeable doctor . So...jom study Norzhafarina Hani , jangan duk main Fb je ek!!!!!


(saya nak study , saya tak nak buka Fb)

Thursday, December 2, 2010

U r da best

as salam..

Posting surgeri semakin sampai ke penghujung. Peperiksaan profesional akan tiba. Bersediakah aku?

Yeahhh... begitu banyak pesakit yang aku jumpa. Bersyukur kepada Allah kerana ramai pesakit yang aku jumpa amatlah baik dan sudi bercerita tentang kisah sakit mereka. Mereka sebenarnya guru terbaik bagi pelajar perubatan kerana mereka mampu memberi ilmu secara realiti tentang apa yang berlaku. Moga jasa mereka akan diberkati Allah.

Namun, jasa pensyarah-pensyarah juga tiada bandingan juga. Walaupun mereka sangat sibuk meyelesaikan masalah pesakit, mereka tetap meluangkan cebisan masa mereka kepada kami,pelajar peubatan.

Dr Rushdan! Pensyarah kumpulan perubatan aku, kumpulan A6. Doktor yang mampu menginsafkan aku. Kalau orang dengar je nama Dr Rushdan, mesti semua orang dah tahu apa yang wajib dijawab jika disoal. Soalan yang beliau tanya mesti ada lima `differential diagnosis`, kalau tak, mata kita akan terus ditenung sehingga ada jawapan yang terkeluar berserta dengan sebabnya sekali. huuhhh...aku dah biasa kena, sebab selalu je tak dapat jawab.
Walaupun kadang-kadang aku terasa tertekan dalam kelas beliau, tapi aku amat bersyukur beliau menjadi pensyarah kumpulan aku kerana cara pengajaran beliau dapat membuat aku fokus dan terus belajar.
Aku masih ingat pada satu hari tu, aku ada kelas `bed side teaching` dengan beliau, dan aku tiba-tiba je jadi ` tachycardia`. Selepas je kelas tu, aku terus kira aku punya nadi. haaahhh... nadi aku masa tu dah lebih 100 denyutan per minit. Hohoho...`palpitaion` kot!!!
Satu lagi, aku amat suka dengan ayat-ayat yang dia guna. Ayat-ayat itu agak sinis tapi ada kebenarannya. Ini adalah antara ayat-ayat yang biasa dia gunakan :

I do not know everything,
I do not have much time to teach everything,
If i tell everything,
I am sure you do not remember everything.

Do not be a robot !!!

You better read story book !!!

If I answered the questions with the words `may be ....`
he will respond with `I can say you may be failed !!!`

Whatever he is, I like the way he treated us!!! I miss him now... I want to be in his class, but he is not teaching right now. Thank you Dr Rushdan!!! I will remember you as a teacher and also a father.


Sunday, July 18, 2010

clinical year...


Salam evryone....

Rasanya dah lama tak mencoret bukan-bukan kat blog nie..
Bukan kerana sibuk tapi sebab tak dapat online kat kolej. Kadang-k
adang rasa tension gak tak boleh buka fb dan blog.

Hari ni saya nak citer pasal clinical year,dunia baru bagi NORZHAFARINA BINTI HANI. huuuh...memang mencabar!!!!!

Dah dua minggu masuk clinical year. Sekarang ni masa banyak dihabiskan di hospital. Kalau dulu setiap hari akan pergi lecture hall, dengar lecture dan balik rumah baca nota. Tapi,sekarang ni, setiap hari akan pergi hospital dan clerk patients. Apabila balik rumah je dah rasa letih dan selepas tu tidur. Perbezaan paling ketara yang saya nampak pada diri saya sekarang ni ialah saya banyak sangat tidur. Tak tahu kenapa, tapi selalu je rasa penat s
elepas balik dari hospital. Sedih betul...!!!!!

Apabila dah masuk clinical year ni, kena lah belajar baca buku banyak-banyak coz dah tak ada nota lagi. Dulu, baca nota lecture je..hahaha. Tapi,kadang-kadang saya tak tahu nak baca apa dan apa yang perlu ditekankan coz rasanya semua sistem kena baca kot. Tolong lah saya...!!!!!!!


Buku yang perlu dibaca untuk clinical year...
bagilah kerajinan dan kesempatan masa untukku...
supaya aku boleh mengkhatamkan dan memahami isi kandungannya...
AMIN...