Sunday, April 24, 2011

saya suka sebenarnya....

As salam...

Radiology posting seminggu sudah pun habis, nanti esok aku akan start posting Geriatrik pulak untuk 3 minggu dan lepas tu exam final. Huhuhu...cepatnya masa berlalu.

Hmmmm.... hari pertama posting Radiology hari tu, aku rasa memang tak suka posting ni, sooooo boring, pergi tengok procedure dan ambil tandatangan buku log, tapi tak tahu apa-apapun pasal procedure yang buat tu. haaaahhhhhh...hari tu aku memang tension betul, rasa malas dan fikir baik duduk kat bilik je macam ni!!!!!!

Tapi, hari kedua posting tu aku dah mula suka dengan posting ni, selepas ada kelas dengan Dr Sharifah Aishah sebab aku dah tahu apa yang perlu tahu untuk Radiology ni. Untuk student macam kitaorang ni, just tahu patient preparation sebelum procedure serta indication dan contraindication procedure. Saat paling aku suka masa kelas Dr Aishah ni ialah bila Dr ajar kitaorang macam mana nak interprete X-ray,Ct scan dan MRI. Fuuuhhhh...masa tu rasa suka sangat, sebab dah tahu sikit-sikit cara nak interprete result Ct Scan dan MRI, tapi tak tera lagi pun, banyak lagi kena belajar. Kalau dulu, pergi clerk patient kat wad selalu je jumpa benda ni, tapi tak tahu nak interprete apa pun, so tengok je lah apa-apa yang obvious. Selepas tu, Dr ada lah juga soal sikit-sikit pasal procedure tu semua, tapi banyak yang tak boleh jawab, so Dr suruh kitaoarang present pasal benda tu. Saya dan Nazirah present pasal Angioram.

Esok nya pulak, Dr soal sorang-sorang interprete result X-ray dan Ct Scan. hahahah...biasalah, kalau dah kena soal, tergagak lah jadi nya masa nak menjawab tu, tapi banyak input yang kitaorang dapat. Semua yang Dr soal tu, kes yang common yang selalu kitaorang jumpa kat wad. Hope aku akan ingat benda tu sampai bila-bila.

Bagi aku, radiologist ni amat besar tanggungjawabnya, sebab mereka yang akan interprete semua result procedure tu, so management patient tu akan bergantung pada interpretation yang mereka buat tu, bila berlaku kesilapan yang kecil masa interpretation tu mungkin akan memberi impak yang besar kepada patient tu.

Okay...I like U Radiology anyway, Bye bye!!!!!!!!!
And tommorow, seeing nenek-nenek and datuk-datuk, so sweet!!!!!!!!!!!!!!

No comments: