Sunday, April 24, 2011

AAA


As salam...

AAA atau abdominal aortic aneurysm adalah satu penyakit salur darah dimana salur darah kita kat bahagian abdomen(abdominal aorta) menjadi besar lebih daripada separuh saiz asalnya. Rupa dia macam belon dan boleh dianalogikan seperti belon, dimana bila kita tiup belon tu, dinding belon tu dah jadi nipis dan renggang menyebabkan belon tu mudah pecah. Keadaan yang sama juga akan berlaku dalam kes aneurysm. Dinding salur darah itu mula akan menjadi lemah dan senang untuk pecah bila ada trauma.

Kabanyakan orang yang menghidapi AAA adalah lelaki dan berumur lebih dari 60 tahun, tapi tetap berlaku kepada perempuan. Risiko untuk mendapat penyakit ni ialah mereka yang merokok, diabetes, tinggi tahap kolesterol dan darah tinggi. Sebenarnya, tiada symptom yang jelas untuk AAA, tapi biasanya pesakit mungkin akan rasa sakit perut dan bengkak yang berdenyut kat bahagian perut(pulsatile abdominal mass).



Ni contoh gambar aneurysm... akan jadi besar daripada yang normal


Albert Einstein? Mesti ramai yang kenal Albert Einstein kan, seorang ahli fizik terkenal dan mendapat anugerah Nobel pada tahun 1921. Korang tahu tak yang Albert Eistein meninggal sebab sakit pe???? Sebenarnya beliau menhidap AAA pada tahun 1948 dan meninggal dunia pada tahun 1955 sebab aneurysm tu pecah(Ruptured AAA), selepas survive lebih kurang 6 tahun setengah selepas menjalani major surgeri.


Albert Einstein

hmmmm....Keadaan yang sama juga berlaku pada nenek saya, dia meninggal dunia sebab ruptured AAA dan malam ni adalah malam ke 40 nenek belah ayah saya(Mek) kembali ke rahmatullah, dah lama arwah pergi tapi saya selalu terfikir yang Mek masih lagi bersama kami, mungkin disebabkan pemergiannya secara mengejut. Sebelum ni,kami hanya tahu Mek menghidap darah tinggi je dan tak ada penyakit lain dah, sebab tu bila tahu berita kematian dia pada malam 16 Mac hari tu saya amat terkejut. Beberapa hari sebelum pemergian dia, saya ada jumpa dia kat kampung, masa tu balik kampung sebab ada kenduri kahwin sepupu saya. Masa kenduri tu Mek nampak sihat je, banyak juga dia buat kerja masa tu.



my family...

Ya, ini semua ketentuan Allah, Allah boleh ambil je nyawa kita bila-bila masa, kita hanya perlu bersedia sahaja, sebab kita tak tahu bila ajal kita akan tiba. Sihat tak bermakna hayat kita masih panjang, mungkin kita yang akan bertemu Allah dulu daripada orang yang tengah bertarung nyawa.

Al-fatihah.
Wasallam.

No comments: