Seriously saya nak bagitau kat sini saya inspire Dr Harlina Halizah Siraj atau nama glamournya Dr Har. Semalam saya berkesempatan hadir talk beliau kat fakulti sempena program Journey of Medical School. Ni kali kedua saya pergi talk beliau, yang first tu kat CUCMS beberapa tahun yang lepas pasal cinta remaja.
Hmmm... korang tau tak kenapa saya suka Dr Har??? Dulu, lepas dengar talk pertama Dr Har saya dah mula suka , lepas tu google la cari blog dia, tapi bila dengar talk kedua lagi suka rasanya.. saya suka sebab Dr Har bercakap kat depan tu macam seorang ibu dan bila saya dengar saya rasa macam saya tengah dengar ceramah daripada ummi saya... (boleh tak guna alasan tu, tapi itulah sememangnya alasan utamanya) hehehekk ...
Lepas balik dari talk tu, saya pun google la lagi pasal Dr Har, jumpa satu artikel pasal Dr Har kat Berita Harian... wow.. banyak kot anugerah yang dia dapat dari sekolah rendah hinggalah sekarang. Terbaru Dr Har dapat anugerah Saidatina Khadijah Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1432 Hijrah.
Boleh tak saya nak jadi macam Dr Har??? hmmm... tapi saya belajar bukanlah pandai sangat pun, bercakap dah lah tunggang langgang, tak pernah dapat anugerah apa2 pun... Macam mana ni????? Macam mana???
Tapi saya ingat satu kata2 Dr Har semalam...`Jadilah Dr yang mulia dan jangan sesekali jadi angkuh, dan malang bagi doktor yang angkuh tapi bijak dalam pelajaran!!!` Bak kata Mejar Adlan yang bagi talk pagi semalam sebelum talk Dr Har tu, Islam adalah semua yang baik dan semua benda yang memberi manfaat dan faedah untuk orang ramai. Doakan saya jadi doktor yang baik dan doktor yang boleh memberi manfaat dan faedah kepada orang ramai nanti ek!!!!
No comments:
Post a Comment