Friday, November 5, 2010

K i S M i S


Salam...



Siapa suka makan kismis angkat tangan????

Tiba-tiba hati terasa hendak berbicara tentang kismis pula,mentang-mentang lah saya beli kismis semalam kat Mines. hehehe...

Semasa sekolah dulu, ummi saya selalu je belikan kismis Imam untuk kami adik beradik. Dalam kotak kismis tu juga disertakan satu kertas kecil yang mengandungi hadis-hadis. Makan kismis pun ada caranya sebenarnya. Ummi selalu ajar kitaorang, sebelum makan kismis kena baca selawat dulu dan makan 7 biji ataupun 21 biji. Tapi, sejak akhir-akhir ni, saya dah tak mengamalkan memakan kismis ni,maklumlah dulu ummi saya je yang selalu membeli kismis ni kat kitaorang.


Namun, semalam terbuka hati saya untuk membeli kismis,mengenangkan kata-kata Miss Aina, yang menyuruh kitaorang makan kismis untuk menguatkan lagi ingatan kitaorang,maklumalah banyak soalan yang Miss aina soal kitaorang tak dapat jawab. Sori Miss Aina!!!!!!

Nikmatnya Kismis

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


Khasiat Kismis:

  • Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.
  • Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Melindungi hati.
  • Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

Kandungan Kismis (bagi setiap 100g):
  • Potassium 746 mg
  • Phosphorus 115 mg
  • Calcium 52 mg
  • Magnesium 33 mg
  • Sodium 12 mg
  • Iron 1.7 mg
  • Vitamin B 11 mg
  • Vitamin C 1.3 mg

No comments: