As salam...
Sekarang ni aku tengah posting community medicine kat Juasseh,Kuala Pilah. Hmmm... kat sini best jugak sebenarnya, tp xleh nak online menyebabkan jadi boring dan tak tau nak wat pe. Cuaca kat sini amat panas, kalau mandi petang2 tu rasa macam duk dalam sauna pulak. Benda yang paling mencabar kat sini ialah kena buat research...O0O... hari isnin lepas kitaorang pergi bertapa kat Pizza Hut n KFC Bahau sebab nak online nak cari literature review,sambil menyelam minum air, kitaorang pun main la Fb sekali, semua update status Fb masing, macam setahun tak main FB, padahal baru sehari tak bukak.
Minggu ni aku balik kolej, sebenarnya aku tak tahu kenapa aku balik , ingatkan nak stay kat sana je tapi ramai yang balik, so aku pun ikut sama lah. Penat jugak travel dari Juasseh ke Serdang ni, on the way tu aku menyesal jugak lah, apa sal lah aku balik, baik aku tidur je kat sana, tapi bila sampai je kolej, terus online, bukak Fb, twitter n tengok tonton, pas tu baru aku rasa nikmatnya balik.
Satu lagi yang menarik posting ni ialah kitaorang leh pergi wat Aedes survey and fogging minggu lepas. Dapat lah peluang aku angkat mesin fogging tu, berat jugak rupanya... minggu depan lagi banyak site yang nak visit, hope best jugak!!!!!!!!!
Hmmmm... pausa tahun ni kitaorang akan puasa kat Juasseh dah, cuma hujung Ramadhan tu akan balik Serdang dan puasa sini kejap, exam sehari lepas tu balik raya kat qlate...suka suka!!!! Sebenarnya aku terharu baca satu post housemate aku ni,Fazlyanah Khusaini, dia post masa hari kitaorang nak betolak ke Juasseh tu :
"huhuhu... sedey.. when d time goes on.. everything were chge.. follow their own way dat cn't stop.. and today, my hosmate are going to pilah for 5 weeks, and yet during fasting month.. xde dah nk sahur sme2.. nk buke posa sme2.. huhuhu.. n next yr puasa is d last puasa sma2.. then we going to our hometown n start working.. moral of dstory is, gunekn mase yg ade sepenuh nya.."
Yup... inilah kehidupan,
4 tahun lepas kita berjumpa dan berkenalan,
semua dari arah berbeza,
kemudian bermesra dan menjadi rapat dari hari ke hari,
makan sama-sama,
keluar sama-sama,
gelak ketawa sama-sama,
tapi dalam perlayaran itu...kadang-kadang kita dipukul ombak,
kerjenihan kehidupan mula pudar,
kemesraan makin menghilang,
keharmonian dan ketulusan turut berlayar,
semua dengan haluan masing-masing,
bila saat perpisahan muncul,
terkenang memori kecerian dulu...
alangkah indah kehidupan jika kisah dulu boleh didelete kan,
dan kemesraan tetap bersama kita...
sekarang hanya ada setahun sahaja untuk kita bersama,
kemudian akan membawa haluan masing2...
dan kenangan kita bersama hanya akan menjadi memori...
Tq pada haousemate2 ku semua kerna menerima aku sbg sahabat mu N sory jika aku bukanlah sahabat terbaik buat kalian... moga kita dapat memanfaatkan masa yang ada ini...
Moral of the story : Kita perlu sentiasa menghargai nikmat yang dikurniakan sebelum nikmat itu ditarik.