Semalam aku ke hospital untuk melakukan research. Dalam perjalanan aku singgah di mini mart di kolejku untuk membeli air mineral. Ketika aku ingin membayar di kaunter di situ,aku tertengok banyak lembaran tabloid surat khabar I LUV ISLAM. Muka depannya agak menarik dengan warna putih oren. Aku terasa hendak membeli kerana aku tidak pernah membeli tabloid itu sebelum ini tetapi ku batalkan niatku itu kerana pada hari itu ak tidak berniatpun untuk membeli akhbar dan mungkin aku kesuntukan masa untuk membacanya. Aaaahhh....nampak sangat aku seorang pemalas,surat khabar pun malas nak baca!!!!! Dalam perjalanan ke hospital aku terfikir-fikir tentang akhbar berkenaan,tiba-tiba aku teras akhbar itu sangat menarik. Pada masa yang sama aku juga ingin mengetahui tentang sepupuku yang dikatakan menjadi penulis dalam akhbar I LUV ISLAM. Setelah selesai researchku, aku singgah sumula di mini mart itu membeli tabloid berkenaan. Respon pertamaku tabloid berharga RM2 itu sedikit mahal jika dibandingkan dengan harga surat khabar METRO yang menjadi biasanya menjadi pilihanku. Kemudiannya aku berpendapat harga itu amat berpatutan tabloid itu menggunakan kertas yang tebal berbanding akhbar lain dan ditambah pula dengan isi kandungannya dilihat banyak ilmu pengetahuan yang berguna terutamanya tentang agama. Apabila aku membelek helaian pertama,aku melihat organisasi yang terlibat dalam menjayakan penghasilan akhbar tersebut . Pada bahagian editor,aku terpandang satu nama yang pernah kukenali iaitu Zidni Nuran Mohamed. Oooo...memang betul sepupu yang ku panggil Kak Jie menjadi wartawan di sini. Pada awalnya aku hanya membelek untuk melihat mana-mana tajuk yang menarik. Pada satu helaian akhbar yang memaparkan tentang zakat,terpapar gambar kecil sepupuku ditengah-tengah. Perasaanku pada masa itu terasa sangat bangga kerana melihat ahli keluarga yang dapat keluar dalam akhbar. Bagi aku bukan senang untuk kita memaparkan diri kita dalam surat khabar yang dibaca seluruh negara. Tahniah Kak Jie kerana berjaya mencapai kejayaan seperti ini. Aku juga berkeinginan untuk tampil dalam akhbar sedemikian walaupun bukan sebagai seorang editor. Insyallah....
Thursday, April 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment