Saturday, April 3, 2010

Thanx GOD

Aku bersyukur!!!!Dengan izinNya aku boleh bermaharajalela buat seketika.Selepas beberapa minngu memulas minda dengan pelbagai jenis fakta yang perlu diingat dari sekecil kuman hinggalah sebesar planet musytari.Pelbagai perasaan yang berbelah bahagi ku alami sepanjang perjalanan dalam minggu pembelajaran.Aku menjadi konfius,sedih,tak puas hati,sebak dan tak tenterm.Mindaku menjadi kusut apabila memikirkan mampukah aku lulus dalam ujian ini.Hatiku menjadi semakin runsing apabila nota yang dibaca tak kuingati pada keesokan harinya.Apabila ku banding diriku dengan kawanku yang lain yang mampu mengingati fakta-fakta tersebut,aku menjadi semakin takut.Aku bertanya sendirian,"Apa yang aku baca selama ini?Apakah aku selama ini hanya membuang masa?Mampukah aku menempuh ujian ini seperti orang lain?".Aku pening.Ternyata aku mempunyai `Short term memory`.Haaah...Apa yang perlu aku buat lagi?????Satu fakta tentang aku yang tak boleh dinafikan,aku selalu mengambil mudah tentang sesuatu kerja.Pada awalnya,aku tidak menumpukan sepenuh masaku untuk belajar dan menyebabkan aku belajar sambil lewa.Apabila hati tidak tenang dan runsing,aku mula meninggikan halaju ku dalam pembelajaran.Ironinya,ada nota yang aku ketepikan dan ada fakta yang aku baca sekali imbas sahaja.Haaaahhhh...padahnya telah ku terima apabila tajuk yang aku tak tekankan langsung yang diuji.'G6PD Deficiency'.Aku sedar,kelulusan aku dalam peperiksaan profesional baru-baru ini hanyalah cukup makan sahaja.Tapi aku tetap bersyukur kepadaNya.

No comments: