Sunday, July 25, 2010

hidup...


Kadang-kadang aku tak faham dengan kehidupan…

Kenapa kita mesti menjaga hati orang lain…?

Sedangkan hati kita terluka…

Kenapa kita mesti memuaskan hati orang lain…?

Sedangkan hati kita penuh dengan titik-titik penyeksaan…

Kenapa kita mesti memikirkan kesenangan orang lain…?

Sedangkan diri kita masih terumbang-ambing…

Kenapa diri kita sentiasa menjadi sasaran…?

Sedangkan bukan itu yang kita pinta…

Kenapa manusia tidak memikirkan diri kita…?

Sedangkan kita juga manusia biasa…

Manusia yang bisa hidup dengan kehidupan penuh dengan keadilan…

Tapi manusia mengubah nikmat keadilan yang dikurniakan…

Keadilan tidak mampu lagi digenggam...

Natijahnya ada hati yang terluka...

Ada air mata yang menitis...


Sunday, July 18, 2010

makanan punya pasal...


Hari Jumaat lepas,saya ,fa dan faz pergi berjogging di Bukit Eksp0. Selepas tu kitaorang pun plan lah nak pergi beli makanan kat kafe depan PKU. Saja-saja nak ubah selera makan makanan kat situ. Setelah menunggu lebih kurang setengah jam,makanan yang ditempah tadi pun dah masak,kitaorang pun bergerak untuk pulang ke kolej. Tapi, jam pada waktu itu sudah menunjukkan pukul 7 petang. Macam mana nak masuk kolej ni??Pintu pagar belakang tutup pukul 7 petang, dan nak sampai kolej dari kafe tu mengambil masa lebih kurang 20 minit??? Buntu kami dibuatnya. Takkan nak panjat pagar lagi....??? ( dulu pernah je panjat pagar coz lambat masuk kolej) haha..

Akhirnya,kami mengambil keputusan untuk pulang melalui jalan jauh dan masuk kolej melalui pintu pagar hadapan. Berjalanlah tiga orang dara(vs 3 Bujang Lapok) melalui `the Road had Not Taken` by other people. Kami terpaksa melalui jalan sunyi yang penuh dengan hutan dan taman. Apabila aje sampai di simpang lebuh raya,hati terasa gembira kerana terasa sudah hendak sampai,namun perjalanan melalui jalan raya itu tetap jauh juga. Dah lah jalan kat situ berbukit-bukit yang memanjangkan lagi sesaran perjalanan pulang kami.

Namun, dalam keletihan perjalanan itu,sempat kami mengambil gambar sebagai kenangan terindah yang pernah kami lakukan di UPM...hahaha. Rasanya tak ada orang sanggup mencipta sejarah seperti ini...

Alhamdullilah...ada juga manusia yang berhati mulia yang sanggup membantu kami pada petang itu. Pak Cik bas yang memandu bas dari Main Campus ke kolej kami memberhentikan basnya dan menyuruh kami naik bas itu. Rasa terlepas diri dari bebanan perjalanan pada hari itu. Thanx Pak Cik!!!! Jasamu akan dikenang!!!!
Apabila naik bas tu,ramai orang atas bas tu yang tengok2 dan gelak2 kat kitaorang. Mungkin dalam fikiran diorang,ke manalah budak2 ni pergi gelap2 macam ni????!!!!! hahaha... Walauapapun,experience yang sangat menarik sebab dapat round-round UPM dengan berjalan kaki sambil gelak2 seperti tiada hala tujuan...

makanan penuh di tangan...




penghalang jalan yang perlu dilompat...





Kolej 17 dari jalan raya...


Pintu masuk MARDI...



main masak-masak...


Semasa balik rumah baru-baru ni,saya sempat mencuba beberapa masakan baru. Memang best memasak ni,terutamaya memasak masakan yang kita tak pernah cuba lagi.
hehe...walaupun ada masakan yang tak berapa menjadi,saya redha je lah. Nanti kena cuba lagi!!!! hahaha





kek tiramisu...best!!!
thanx nadiah coz bagi resipi...
walaupun baru 2 kali makan,tapi dah jadi favourite kot.

Agar-agar yang aku hentam je...
asal masak sudah.... n boleh makan!!!!!!
hahaha

Kek batek...
Ni pun kek kegemaran gak..
kalau buat mesti habis!!!!!


Mee Sanggul...
1st time cuba masak mee sanggul...
nasib baik ler menjadi...
kenyang juga perut aku hari tu...


Spaghetti....sempat gak masak semasa balik hari tu,tapi lupa nak amik gambar. Apabila nak habis makan baru teringat nak amik gambar..hahahha

Nanti balik nak cuba masak benda lain lak... i luv cooking !!!!!! hakhak

clinical year...


Salam evryone....

Rasanya dah lama tak mencoret bukan-bukan kat blog nie..
Bukan kerana sibuk tapi sebab tak dapat online kat kolej. Kadang-k
adang rasa tension gak tak boleh buka fb dan blog.

Hari ni saya nak citer pasal clinical year,dunia baru bagi NORZHAFARINA BINTI HANI. huuuh...memang mencabar!!!!!

Dah dua minggu masuk clinical year. Sekarang ni masa banyak dihabiskan di hospital. Kalau dulu setiap hari akan pergi lecture hall, dengar lecture dan balik rumah baca nota. Tapi,sekarang ni, setiap hari akan pergi hospital dan clerk patients. Apabila balik rumah je dah rasa letih dan selepas tu tidur. Perbezaan paling ketara yang saya nampak pada diri saya sekarang ni ialah saya banyak sangat tidur. Tak tahu kenapa, tapi selalu je rasa penat s
elepas balik dari hospital. Sedih betul...!!!!!

Apabila dah masuk clinical year ni, kena lah belajar baca buku banyak-banyak coz dah tak ada nota lagi. Dulu, baca nota lecture je..hahaha. Tapi,kadang-kadang saya tak tahu nak baca apa dan apa yang perlu ditekankan coz rasanya semua sistem kena baca kot. Tolong lah saya...!!!!!!!


Buku yang perlu dibaca untuk clinical year...
bagilah kerajinan dan kesempatan masa untukku...
supaya aku boleh mengkhatamkan dan memahami isi kandungannya...
AMIN...