Ingin ku kembali ke alam kanak-kanak semula. Bagiku, zaman kanak-kanak ialah zaman yang paling membahagiakan. Tidak perlu fikir ini dan itu. Sungguh indah hidup bergelar seorang budak.
Semalam saya pergi melawat Rumah Nur Salam di Chowkit bersama kawan -kawan yang lain untuk persedian melakukan program Sunathon di sana pada hujung bulan ini. Hati saya amat terusik melihat keceriaan kanak-kanak comel tersebut . Kedatangan kami pada pagi itu disambut dengan salaman dari semua kanak-kanak di situ dan mereka amat senang untuk didampingi. Ramai antara mereka amat petah bercakap dan pandai berkomunikasi walaupun kami baru sahaja bertemu dengan mereka. Saya amat gembira melayan telatah mereka.
Saya berasa terharu apabila ada seorang kanak-kanak di situ menyuruh saya datang lagi ke rumah tersebut pada keesokkan harinya.Dalam keceriaan mereka, mereka sebenarnya perlukan perhatian dari kita semua. Mereka amat gembira semasa lawatan kami tersebut.
Sayang korang semua!!! Tak sabar rasanya nak jumpa kanak-kanak tersebut semasa program Sunathon nanti.
2 comments:
oo.dgr cite bebdk tu suke awk iena.ha3..
huhu...fara dgr citer dri mna nie???
sbnrnya kta yg suka diorang,diorang xtau ska kta ke x...hehehe..
best ar main ngan bdak2...
Post a Comment