Sunday, February 27, 2011

duniaku


as salam...

Kadang-kadang saya terfikir nak hidup dalam dunia sendiri...
tak da orang ganggu...
dan saya pun tak ganggu orang lain gak...
boleh buat je apa yang suka...
tak usah fikir pasal orang lain...
tak da orang sakit hati dan saya pun tak sakit hati....
saya tak perlu memahami orang lain...
dan orang lain pun tak perlu memahami saya...


Kalau saya leh duk kat umah atas bukit ni, sorang2..leh wat pe2 je yang saya nak dan ikut suka hati saya je...!!!!

Tapi best ke cam nie????


oooohhhhh dunia...
apa lah yang aku mengarut ni...????
mengarut benda yang amat mustahil...
hidup mesti saling bergantung..bermuafakat...berkerjasama...
barulah ada warna kehidupan....!!!!!!
dunia ni bukan untuk ko sorang....
ko kena kongsi!!!!!!!




Saturday, February 26, 2011

Mata


As salam...


Mata.
Mata mencerita segala-galanya...
Dari mata turun ke hati...
Bila hati sudah suka, mata terus menjeling...
Menjeling menikmati keindahan alam...

Tiba-tiba tulis pasal mata kat atas tu ek..hehehe..Sebenarnya, saya sekarang ni tengah posting Oftamologi(mata), minor posting pertama saya. Walaupun pasal mata je kena belajar dalam 3 minggu ni, saya rasa macam tak sempat je, banyak kot kena faham pasal mata ni. Lagi-lagi kena berlatih buat Fundoscopy, yang sememangnya menjadi cabaran kepada saya sebab susah nak kenyit mata. Kenapalah saya tak belajar kenyit mata dari kecik lagi, kalau tak dah senang kot nak buat benda ni!!!!!! Tapi, buat fundoscopy ni interesting sebenarnya, kalau dapat je tengok salur darah dan optic disc tu, rasa gembira sangat, macam nak melompat-lompat je.

Kadang-kadang saya terfikir gak nak jadi ofthamologist, nampak best je...leh tengok benda-benda kecik kat dalam mata secara real tanpa buat dissection pun. Huuuhuu...

Satu lagi saya suka ramai lecturer Ofthamology ni..Dr Go yang kelakar dan agak relaks dengan Bahasa Melayu bakunya dan amat comei bila bercakap Qlate, Dr Dashani yang amat lantang suaranya menyebabkan saya tak da peluang langsung untuk terlelap dalam kelasnya, Dr Rafidah yang amat sempoi dan Dr Rozita yang mempunyai sifat keibuan dan amat risau kat kami sebab susah nak tengok optic disc sampaikan Dr buat extra class untuk kami...huhu..thanx Dr!!!!




Haaaa...nie lah struktur mata kita. Ada 3 lapisan - retina, choroid & ciliary body & iris , sclera & cornea. Yang bagi warna kat mata kita tu iris, biasanya orang Asian macam kita ni iris warna coklat la. Kat iris tu sebenarnya ada satu bukaan, bukaan ni kita panggil pupil. Saiz pupil biasanya akan mengecut bila cahaya terlalu terang dan mengembang bila dalam keadaan gelap.Huuhuuu... interesting pasal pupil ni, saya baru je tahu yang pupil tu adalah satu aperture present in the centre of iris, selama ni saya ingatkan pupil tu adalah satu benda yang akan mengembang dan mengecut. Oh God, nasib baik belajar Oftamology!!!!!! Retina tu pulak macam filem yang rekod imej dan imej yang kita tengok akan dibawa malalui saraf optik untuk diterjemahkan kat kita punya otak. Hmmm...konklusinya,mata ni kecik je, tapi banyak benda kat dalam tu yang mempunyai struktur dan fungsi yang amat teratur.

Hope dapat cover Ofthamology dalam masa 2 minggu ni N proceed posting ENT lak...!!!!


Friday, February 18, 2011

Ustaz Amirul


I can't imagine if I`m in the place of Adawiyah ...!!!!!
Rasa nak nangis je...........

Monday, February 14, 2011

hari ini..


As salam...

Hey people!!!!
Hari ni hari Isnin,14 feb. Rasanya semua orang tau kot yang hari ni merupakan Valentine`s day, dan esok Maulidul Rasul, tapi tak semua orang tahu yang menyambut Valentine`s day itu adalah HARAM di sisi Islam. Masih ramai yang menyambutnya, may be diorang ni buat-buat tak tau atau memang betul-betul tak tau. So, sape-sape yang tak tau yang amalan menyambut hari kekasih ini bercanggah dengan syariat Islam , boleh lah tengok video kat bawah ni ek. Pada yang memang dah tau, tak usahlah mengada-ngada nak sambut n tambah dosa, lebih baik kita sambut Maulidul Rasul esok, boleh jugak tambah saham untuk ke akhirat, Insyallah.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”



Thanx... ta ta ti ti tu tu!!!!!

Friday, February 11, 2011

kami bersua ...

As salam..

Yeahhhh..akhirnya kami bersua kembali pada hari Jumaat yg sungguh indah di Pantai Melawi yang sungguh nyaman . Suka hati, girang rasanya seperti hendak melompat-lompat pada hari itu,windu benor kat diorang semua... kawan-kawan yang telah habiskan masa bersama-sama pada zaman persekolahan. Tapi, ada gak kawan-kawan yg tak dapat datang...tak pe, lain kali kita jumpa lagi ek...hehehe

Kali ni, 10 orang je yang dapat pergi, ada yang tak dapat balik n ada yang ada keje. Tapi, hari tu tetap best walaupun tak ramai sangat. Aktiviti paling penting yang kitaorang buat aritu ialah membakar. Macam2 yang kitaorang bakar; ayam, sosej, jagung n lanas...

Ari tu agak panas la, so kitaorang tak plan nak mandi pun, just celup kaki dalam air N amik gambar.

~inilah KAMI~
~ex-student SMKA Lati~
~A-D, PhaNa, NoR, ZaFaR, Ma`, IkaH, IlI, HaNiS QiLaH, FaTiN aiMie, Kem~


~kami sebelum misi membakar bermula~


~ 2 org makcik yg memang bercita2 nak jadi penjual jagung bakar kelak~


~ili yg begitu setia dgn sosej nya~


~nanas? nenas? lanas? .. yg mna 1 betul???? 1st time mkn pineapple bakar, best gak rupanya~


~BBq...dlm gmbar nie ckit je, tp banyak lagi sbenarnya....smpai so`oh kami makan,tp xbhabis2 gak~


~jagung bakar..yummy yummy!!! best tau...mkn 1 msti nak lagi~


~mkann kami yg banyak .... macam dh boleh buat jamuan clas cam nie~

dan kini...
sesi fotografi bermula....
kami memang suka kamera...
Dimana ada kamera di situlah ada kami...

~teringat dulu masa amik gambar clas...selalu je kena berdiri kat blakang.... tp kali nie aku cepat2 amik position kat depan n tengah!!!!!!!!!! ngeh ngeh...~

~bak po kat pantai banyok pokok Nyo???~
~soklan drpd adik hanis yg sugguh cute...hehe~

~muka ku xnampak...baru ku sedar yg aku ni rendah rupanya~


~student BMI 15 diangkat oleh cikgu alaf baru~
-
-
-
-
dan nie gambar yang sy paling suka...

jeng jeng jeng....

~kami terbang bersama-sama dipayungi sinar kegembiraan~

suke suke suke...thanx for all Ya asdiqo`ihi...

N syukran Jazillan jugak pada A-D n Ili coz upload kan gmbar2 nie semua kat Fb...jasamu amat dikenang!!!!!!!!!!!!

Thursday, February 10, 2011

sayo pegi bercuti kat Qlate...

As salam...

Hahaha....Poyo je tajuk kat atas tu ek!!!!! Macamlah baru sekali bercuti kat Qlate..
Sayo oghe Qlate sejati, tiap-tiap kali cuti meme lah kena b
alik bercuti kat Qlate...
So sepatutnya perkataan Sayo tu kena tukar dengan perkataan Mereka,baru betul!!!! hehehe
`Mereka pegi bercuti kat Qlate`
tapi siapakah Mereka itu???

Jeng jeng jeng....Inilah mereka...


~IB , Pipah, Chamim, Miya ,Zati ~




~ makan angin kat sawah padi ~


~ beli belah kat Sempadan Siam a.k.a Rantau Panjang ~


~zati anok izhar N zati anok ayub tengah beristirehat~

~bakar ayam kat umah zati anok ayub untuk dibuat percik~


~pasar Ct Khadijah~


~bestnya angin kat PCB~

~ make seafood jap~

yeaaahhh...abis suda 4 hari mereka di sini,hope mereka hepi walaupun xbanyak tempat yg pegi....


Duka ari ini.


Fail buat donut!!!!!

DUSH DUSH DUSH!!!!!!!!
Sebab salah bancuh yis, terus xmenjadi!!!!

Wednesday, February 2, 2011

Cinta Jangan Sembunyi

As salam...

Novel again!!! hehehe...biasalah, kalau dah cuti, baca novel ler hobi saya. Kali ni saya baca novel `cinto jange nusuk` , tu tajuk dalam dialek Qlate, kalau yang sebenarnya macam tajuk kat atas tu ek . Ni novel pertama yang baca tulisan Arfa Ardiya , dan novel ni memang tak mengenecewakan saya, bahkan menyentuh perasaan saya.

Apa yang menarik perhatian saya dalam citer ni ialah tentang trauma yang dialami oleh Zuha disebabkan kekecewaan yang dia alami dalam percintaan dan persahabatan yang belaku pada yang sama. Sedih kot, hari ni dia clash dan esok kawan baik dia pula yang buat hal sampai mereka dah tak baik lagi.Kejadian ni yang menyebabkan dia hidup dalam dunia sepinya kerana bag
inya sahabat baik dan kawan lelaki memang tidak boleh dipercayai. Oleh sebab itu juga, dia dianggap sombong dan susah untuk didekati. Hatinya masih sakit walaupun kejadian itu sudah bertahun berlaku.Walaupun beribu kemaafan yang dipinta dan pujukan dari teman-teman, hatinya tetap keras, amat susah kata kemaafan hendak diucap oleh Zuha. Akhirnya, kata kemaafan itu lahir setelah dia menemui cinta yang sebenar.

mmmm....Kemaafan itu amat mulia di sisi Islam. Namun bagi saya amat susah kemaafan untuk diucapkan. Mungkin orang sekeliling yang hanya kena tempiasnya boleh melupakan kisah yang terjadi sekelip mata sahaja, tapi tidak pada orang yang menanggungnya. Perasaan juga menjadi perit bila kejadian itu bagaikan dilupakan oleh orang lain dan seperti dirinya sahaja yang menanggung seksa itu.

~ ni lah novel nya... ~