Sunday, October 30, 2011

Inspiring Dr Har...

As salam...

Seriously saya nak bagitau kat sini saya inspire Dr Harlina Halizah Siraj atau nama glamournya Dr Har. Semalam saya berkesempatan hadir talk beliau kat fakulti sempena program Journey of Medical School. Ni kali kedua saya pergi talk beliau, yang first tu kat CUCMS beberapa tahun yang lepas pasal cinta remaja.

Hmmm... korang tau tak kenapa saya suka Dr Har??? Dulu, lepas dengar talk pertama Dr Har saya dah mula suka , lepas tu google la cari blog dia, tapi bila dengar talk kedua lagi suka rasanya.. saya suka sebab Dr Har bercakap kat depan tu macam seorang ibu dan bila saya dengar saya rasa macam saya tengah dengar ceramah daripada ummi saya... (boleh tak guna alasan tu, tapi itulah sememangnya alasan utamanya) hehehekk ...

Lepas balik dari talk tu, saya pun google la lagi pasal Dr Har, jumpa satu artikel pasal Dr Har kat Berita Harian... wow.. banyak kot anugerah yang dia dapat dari sekolah rendah hinggalah sekarang. Terbaru Dr Har dapat anugerah Saidatina Khadijah Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1432 Hijrah.

Boleh tak saya nak jadi macam Dr Har??? hmmm... tapi saya belajar bukanlah pandai sangat pun, bercakap dah lah tunggang langgang, tak pernah dapat anugerah apa2 pun... Macam mana ni????? Macam mana???
Tapi saya ingat satu kata2 Dr Har semalam...`Jadilah Dr yang mulia dan jangan sesekali jadi angkuh, dan malang bagi doktor yang angkuh tapi bijak dalam pelajaran!!!` Bak kata Mejar Adlan yang bagi talk pagi semalam sebelum talk Dr Har tu, Islam adalah semua yang baik dan semua benda yang memberi manfaat dan faedah untuk orang ramai. Doakan saya jadi doktor yang baik dan doktor yang boleh memberi manfaat dan faedah kepada orang ramai nanti ek!!!!

Friday, October 28, 2011

O&G


As salam semua...

Okay.... O&G posting tinggal 2 minggu je lagi, 1 minggu untuk exam and 1 minggu lagi untuk revision week for the exam..
The question is What I am doing for the last 8 weeks ek??? Sighhhh....

Zhafarina,

You always like this, always waste your time!!!! You don't appreciate the time and doing what you suppose to do!!! If you like this, how do you want to be a competent doctor like other person??? And when lecturers ask you questions, you can`t answer it completely.. and still look blurrr... what happen to you zhafarina????

6 minggu sudah saya menghabiskan masa kat Hospital Bersalin HKL, dan apa yang boleh saya luahkan kat sini ialah O&G ialah satu posting yang sangat best!!! Banyak benda menarik yang korang boleh rasa semasa posting O&G ni, salah satunya korng boleh lahirkan rasa keinsafan dalam diri korang bila korang tengok ibu-ibu tengah belsalin secara vaginal... susah kot!!! ehhh... bukan susah kot tapi susah benor-benor!!! Pertama kali saya tengok orang bersalin secara vaginal depan mata saya, saya rasa nak menangis, air mata dah keluar sikit... dan saya terus terfikir, macam ni ke aku dulu????mesti aku nak lahir dulu pun susah gak kan??? dahlah aku ni anak first..Kesian ummi!!!!

Lebih menyedihkan saya ialah bila ada kes Hyrop Fetalis yang saya tengok hari tu. Hydrop Fetalis ialah satu penyakit kat baby sebab banyak sangat air yang terkumpul dalam badan dia, dan baby ni kalau lahir tak boleh nak fight lama, paling lama pun dalam masa 15 minit je baby ni boleh hidup. Dan ada juga yang mati dalam kandungan.

~hydrop fetalis~

Dulu saya selalu fikir nak anak ramai, paling sikit pun 7 orang... hahahakkk.. Kenapakah begitu??? sebab saya risau anak saya boring nanti kat rumah kalau adik beradik sikit macam saya. Saya ada dua orang je adik beradik. Dia lah tempat saya nak bertengkar, bermakin hamun dan dia jugalah tempat saya nak bermesra. Tapi sekarang kitaorang dah jarang jumpa, sebab cuti selalu je lain,kalau ada kebetulan cuti yang sama dan hari raya je biasa jumpa.. sedihkan??? Bila saya tengok orang lain yang ada kakak, abang dan adik ramai-ramai rasa best jugak kan, boleh kumpul ramai-ramai, bergelak ketawa , kongsi itu ini dan macam-macam lagi lah... hmmmm... tapi bila tengok orang bersalin depan mata ni rasa takut pulak nak beranak, rasa nak bersalin secara C-section lak, tapi operation ni banyak lak masalahnya nanti... aaduiiihhh.. macamanakah ini????

Untuk lelaki lelaki yang bakal menjadi bapak dan ingin menjadi bapak, saya rasa korang perlu tengok macam mana isteri korang melahirkan anak korang nanti, Kemudian, barulah korang rasa betapa susahnya nak bersalin sebenarnya, dan korang jugak boleh tahu macam tu lah keadaan mak korang dulu semasa nak melahirkan korang.

hmmm.. sebenarnya banyak lagi saya nak cakap pasal O&G ni, tapi saya kena study la sekarang, minggu depan dah nak exam... HoHOHo... doakan saya lulus ek!!!!

Okay.. Zhafarina baru nak study!!!!

Monday, October 10, 2011

Adab membaca al-Quran


As salam...

Tiba2 teringat adat2 membaca Al-Quran yang saya belajar masa sekolah dulu dengan Ustaz Hasnan...
dulu belajar based on buku teks, tapi sekarang dah takda buku teks PQS tu, xleh baca huruf2 jawi dah... google kat google suda...


WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.

- Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama".

- Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan)

Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.

- Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat 109)

- Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.

- Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 98)

- Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah saja.

- Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24)

- Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)

Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim)

Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran.

Misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.

- Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.” (Surah Al-A’raaf: Ayat 204)

- Membaca dengan saling bergantian. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

- Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca “Subhaana Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

- Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-ayatnya.

Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran.


Sumber di sini ek...

Friday, October 7, 2011

Me today

Dont know what to say, but I think I am the worsen person...
why i can not answer it???? Damn!!!!!!!!

Saturday, October 1, 2011

UPM wants to turn Hospital Serdang to teaching hospital facility


 Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin with disabled student Suhazli Muhamed    at the UPM mosque yesterday. — NST picture by  Syarafiq Abd Samad

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin with disabled student Suhazli Muhamed at the UPM mosque yesterday. — NST picture by Syarafiq Abd Samad
SERDANG: A proposal to turn Serdang Hospital into Universiti Putra Malaysia's teaching hospital will be submitted to the cabinet soon.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the Higher Education Ministry had completed a working paper on the proposal and it would be discussed in a cabinet meeting in the near future.

"No doubt the matter is important for UPM, but at the moment it should be studied carefully.


"If we want to build, it will be costly and if taken over, we must consider the implication," he said told UPM staff and students during his working visit yesterday.

UPM had requested the government approve its wish to have its own hospital to help increase productivity, especially in medical research.

Its vice-chancellor Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi said he believed UPM would be capable of generating higher productivity and giving greater impact if the university has its own hospital.


The UPM medical faculty and its students are based at Serdang Hospital but they do not have complete freedom to conduct research as the hospital is under the Health Ministry.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the objective of a regular hospital differed from a teaching hospital as it concentrated only on providing medical service.

"A teaching hospital has to conduct research and development and produce specialists. We will bring this matter up to the cabinet and I hope I will get everyone's support."



Read more: UPM wants to turn Serdang Hospital into teaching facility http://www.nst.com.my/nst/articles/05pape/Article/#ixzz1ZX5aBlCk

.

Aku rindu kamu!!!!

ooohhh.. O&G!!!!

As salam...

Saya pening...
badan rasa penat sangat...
rasa nak rehat secukup2nya...
rasa nak tidur 24 jam...
Masuk posting O&G, semua kena cepat, kalau masa posting medicine dan surgery dulu tak ada lah macam ni sangat, sekarang saya rasa hidup saya amat tak terurus. Sedih... bangun pagi rasa nak tidur lagi tapi tak boleh sebab banyak kerja yang tak siap, banyak yang tak cover. Case write up dah 4 kali saya buat, satu kena reject satu lagi saya reject awal2 sebab takut nanti direject kali kedua. Ohhhhh.... penat!!!
Masa dalam kelas, kena soal dengan doktor, banyak saya tak leh jawab, rasa down giler... !!!! masa tu juga saya rasa nak nangis...
Sekarang dah nak masuk minggu ke lima, ada lima minggu lagi lah saya exam...!!!!
Ya Allah... !!!!

Whatever it is, I enjoyed O&G.. seeing vaginal delivery and Cesarrean section. The true and biggest sacrifice of a mother to her children!!!! Again, I felt to cry!!! Miss my mum!!!