Thursday, December 2, 2010

U r da best

as salam..

Posting surgeri semakin sampai ke penghujung. Peperiksaan profesional akan tiba. Bersediakah aku?

Yeahhh... begitu banyak pesakit yang aku jumpa. Bersyukur kepada Allah kerana ramai pesakit yang aku jumpa amatlah baik dan sudi bercerita tentang kisah sakit mereka. Mereka sebenarnya guru terbaik bagi pelajar perubatan kerana mereka mampu memberi ilmu secara realiti tentang apa yang berlaku. Moga jasa mereka akan diberkati Allah.

Namun, jasa pensyarah-pensyarah juga tiada bandingan juga. Walaupun mereka sangat sibuk meyelesaikan masalah pesakit, mereka tetap meluangkan cebisan masa mereka kepada kami,pelajar peubatan.

Dr Rushdan! Pensyarah kumpulan perubatan aku, kumpulan A6. Doktor yang mampu menginsafkan aku. Kalau orang dengar je nama Dr Rushdan, mesti semua orang dah tahu apa yang wajib dijawab jika disoal. Soalan yang beliau tanya mesti ada lima `differential diagnosis`, kalau tak, mata kita akan terus ditenung sehingga ada jawapan yang terkeluar berserta dengan sebabnya sekali. huuhhh...aku dah biasa kena, sebab selalu je tak dapat jawab.
Walaupun kadang-kadang aku terasa tertekan dalam kelas beliau, tapi aku amat bersyukur beliau menjadi pensyarah kumpulan aku kerana cara pengajaran beliau dapat membuat aku fokus dan terus belajar.
Aku masih ingat pada satu hari tu, aku ada kelas `bed side teaching` dengan beliau, dan aku tiba-tiba je jadi ` tachycardia`. Selepas je kelas tu, aku terus kira aku punya nadi. haaahhh... nadi aku masa tu dah lebih 100 denyutan per minit. Hohoho...`palpitaion` kot!!!
Satu lagi, aku amat suka dengan ayat-ayat yang dia guna. Ayat-ayat itu agak sinis tapi ada kebenarannya. Ini adalah antara ayat-ayat yang biasa dia gunakan :

I do not know everything,
I do not have much time to teach everything,
If i tell everything,
I am sure you do not remember everything.

Do not be a robot !!!

You better read story book !!!

If I answered the questions with the words `may be ....`
he will respond with `I can say you may be failed !!!`

Whatever he is, I like the way he treated us!!! I miss him now... I want to be in his class, but he is not teaching right now. Thank you Dr Rushdan!!! I will remember you as a teacher and also a father.


Wednesday, December 1, 2010

aku mahu ketenangan

YA ALLAH...

aku perlukan ketenangan...
tolongi aku...
bebaskan aku dari segala fikiran kusut...
jauhi aku daripada sifat buruk...
kurniakanlah kesabaran dalam diriku...
sejukkanlah jiwaku...
kuatkan semangatku....

aku mahu fokus... fokus... fokus!!!!!!!!!!!

aku cuba


aku cuba untuk melupakan...
tapi setiap kali aku mencuba ,
perasaan benci itu datang...
masihku ingat tragedi itu...
aku tak sanggup melihat dirimu...
hatiku bagaikan tercarik bila mendengar suaramu...
perasaanku tak keruan bila melihat kau makin dekat dengan orang yang dekat denganku...
inginku menjerit untuk melunturkan segala keresahan jiwa ini...
aku terseksa...

tapi aku rindu...
aku rindukan kemesraan dulu...
aku rindukan kebahagiaan dulu...
aku rindukankan gelak ketawa dulu...
sampai bilakah harus begini...???
sampai bilakah hatiku akan lapang dari cerita itu...???

Wednesday, November 24, 2010

masa genting ku..

salam..

Sekarang ni saya dah posting surgeri kat HKL, bukan kat HS lagi. Masa yang amat memenatkan sebab kena pergi HKL pukul 6.30 pagi. Kalau kat HS, paling awal pun pergi hospital pukul 8 pagi.

Sebulan lagi dah nak exam profesional,rasanya masa amat cepat berlalu. Masih banyak nota anatomi, fisiologi, patologi dan farmakologi yang saya tak baca. Nota yang dah baca pun dah banyak yang saya dah lupa. mmmm...sedih!!!!!

Saya nak lulus pro II dan cuti sebulan. Saya tak nak reseat exam!!!!!!!!! Please!!!!!!!!!!

Ya Allah, tolonglah bagi aku kekuatan dalam masa yang genting ini untuk aku belajar dengan hati yang tenang dan disinari barakahMu supaya aku dapat menghayati dan memanfaatkan ilmu yang aku belajar ini untuk selama-lamanya dan lulus exam pro II dengan izinMu .




Thursday, November 11, 2010

Hari ini dan Esok...


Hari ini orang suka kita...
Hari ini kita bergelak ketawa..
Hari ini kita makan bersama...
Hari ini kita bersiar-siar bersama...
Hari ini kita berjalan menuju ke arah yang sama..
Hari ini engkau memberi sinar kepadaku..
Hari ini hanya engkau dan aku...
Hari ini aku amat bersyukur kerana engkau disisi ku..

Esok mungkin tiada lagi kebahagiaan di hati..
Esok mungkin kita memilih jalan yang berlainan...
Esok mungkin aku sudah tiada di hatimu..
Esok mungkin aku orang asing bagimu...
Esok mungkin aku keseorangan..
Esok mungkin aku sedang mengenangkan kebahagiaan kita semalam...

Hari ini esok dan esok akan menjadi kenangan ...