Wednesday, June 9, 2010

Research oh Research


Dah beberapa hari rasanya saya tidak mencoret di blog ini.
Bukanya sibuk tapi tak ada kesempatan untuk meconteng di sini.
Kali ini saya hendak menceritakan sedikit tentang research yang saya sedang buat.

Kumpulan untuk research ini telah ditetapkan oleh doktor statistik kami,Dr Salmiah secara random sampling. Saya merupakan ahli kumpulan 31 bersama Thanusha dan Ah Seng. Jadi kumpulan kami ni boleh dipanggil kumpulan 1 Malaysia lah kerana terdiri daripada tiga etnik.
Supervisor kitaorang pula ialah Dr Yap,dr ENT bersama-sama Dr Dashani.

Tak boleh dinafikan ,pada mula-mula untuk membuat research,saya amat teruja kerana inilah pengalaman pertama saya. Saya berazam ntuk melakukan research ni dengan baik supaya tiada sebarang masalah nanti.

Tajuk research kami telah diberi oleh supervisor iaitu Sensitivity Allergen Profile for Allergic Rhinitis and Allergic Conjunctivitis. Mendengar tajuk ini sahaja saya menjadi terkejut.
Kenapa susah sangat tajuk ni???
Tak boleh ke buat yang senang sikit???
Banyak term yang saya tak faham,saya pun mencari lah makna semua tu dan journal yang berkaitan.

Apabila membaca sedikit pasa dua disease ni,minda saya terasa terbuka sedikit untuk melakukan research ini.

Namun,tiada kerja mudah di dunia ini.
Saya masih ingat kata-kata Dr Rosliza dalam satu lecturenya ` Membuat research bagaikan menaiki Roller Coaster`.
Kata-kata beliau amat tepat,memang banyak masalah yang kami hadapi. Sejak membuat proposal lagi kami menghadapi masalah seninggakan kami terpaksa menghantar proposal tersebut di saat-saat akhir setelah banyak kali membuat pembetulan.

Semasa presentation proposal tu,saya rasa sangat berdebar. Takut dengan soalan yang diluar jangkaan yang akan diajukan oleh Judges.
Alhamdulillah,Judges suka dengan tajuk kami kerana di Malaysia amat kurang research seperti ini dijalankan,tapi dr juga berpesan kepada kami yang kami perlu bekerja keras untuk mendapat hasil yang baik.

Data collection hanya dilakukan pada hari Rabu kerana kami perlu membuat Skin Prick Test yang hanya boleh dilakukan oleh Doktor terlatih. Hal ini kerana patient yang melakukan SPT boleh mendapat Anaphylactic Shock.

Pada waktu data collection ni,sudah banyak kali saya berulang-alik ke UPM. Banyak kos yang telah dihabiskan untuk berulang-alik sahaja. Pernah sekali tu,saya terus sahaja tinggal di kolej selama seminggu,masa tu takda orangpun di rumah saya. Terpaksalah saya tinggal di sini berseorangan selama seminggu. Hanya laptop dan broadband sahaja yang menjadi peneman saya seharian di sini.

Namun,saya rasa terhibur semasa melakukan data collection kerana saya boleh mengenal ramai orang semasa melakukan temuramah untuk questionaire. Paling saya suka ialah apabila menemuramah budak-budak kecil. Banyak ragam kanak-kanak tersebut tapi comel.




No comments: