Saya tak suka ditipu tapi saya ditipu juga.
27 april 2010
Saya datang ke UPM untuk melakukan data collection pada 28 April.
Dalam perjalanan dari LCCT,saya singgah sebentar di MidValley untuk mencari novel Denyut Kasih Medik. Sebelum ini saya telah mencarinya di The Mines dan Kota Bharu,tapi tak menjumpainya juga. Jadi saya pun kuatkan diri untuk pergi ke MidValley keseorangan semata-mata untuk membeli buku itu. Ternyata MPH MidValley tak menghampakan saya. Hati saya pada waktu itu amat gembira.
Semasa saya hendak memasuki MidValley dari stesen Komuter,saya dan penumpang-penumpang lain telah disekat oleh beberapa penjual yang sedang mempromosikan barangan mereka. Kali ini saya bernasib baik kerana saya dapat melepaskan diri saya daripada mereka dan terus sahaja pergi MidValley.
Setelah selesai membeli novel tersebut,saya terus aje keluar dari MidValley untuk pulang. Kali ini saya sekali lagi perlu melalui lorong ke Stesen Komuter yang dipenuhi dengan penjual-penjual tadi.
Pertama saya telah disekat oleh seorang penjual lelaki yang mempromosikan kad pelajar yang boleh diguanakan oleh para pelajar untuk mendapat diskaun semasa membeli-belah. Setelah mendengar penerangan dari lelaki itu, dia meminta saya untuk mengisi borang untuk membuat kad itu. Saya berasa tawar hati untuk melakukannya kerana kuarang keyakinan dan takut ditipu. Jadi, saya pun memberitahu dia yang saya tak mahu membuat kad tersebut dan terus aje memboloskan diri saya.
Tak sampai sepuluh langkah saya berjalan,saya disekat lagi oleh dua orang pekerja syarikat telekomunikasi X yang terkenal di negara kita. Masing-masing memberi kad sim kepada saya secara percuma. Saya berasa curiga juga,mana ada benda free dalam dunia skarang ni,nak masuk tandaspun kena bayar.
Saya pun bertanyalah semula kepada mereka,`betul-betul free ke ni?`
Mereka menjawab ya.
Orang memberi kita menerima!
Jadi sayapun mangambil ajelah kad sim tu.
Apabila saya mula untuk berjalan ke stesen Komuter,lelaki itu memanggil saya untuk mengisi satu borang. Mula-mula dia cakap hanya isi nama dan IC je,tapi lepas tu hampir keseluruhan borang itu perlu diisi. No telefon lama saya pun dimintanya.Waktu tu rasa bengang sangat.
Dia pun memberi sedikit keterangan pasal kad sim tu. Rupa-rupanya line Y no telefon saya akan ditukar kepada line X apabila saya menukar sim tersebut. Dia juga memberitahu saya boleh mencuba sahaja kad sim tersebut bila-bila masa dan kalau tak suka dengan line X.saya boleh tukarkan balik kepada line Y.
Saya memang tak terasa hendak tukar pun pada masa tu kerana saya masih ada satu no. line X yang saya guna. Jadi buat apa saya menggunakan line yang sama.
Seminggu kemudian,line Y no telefon itu tiada langsung. Saya pelik juga. Takkan dah diblok. Dulu,lelaki tu cakap kalau tukar kad sim baru,barulah line X dapat diaktifkan. Pening...tapi saya hanya membiarkan sahaja dahulu. Saya tidak dapat menghantar dan menerima meseg,nak call pun tak boleh. Beberapa hari kemudian,saya dah tak tahan dengan keadaan berlaku,saya pun cuba menukar kad sim lama dengan yang baru. Ternyata line Y telah disekat. Terpaksalah saya menggunakan line X untuk no ini.
Satu benda yang menambah kebengangan saya pada line X ini apabila no ini perlu menggunakan postpaid. Sekali lagi saya ditipu.
27 Mei 2010
saya check jumlah penggunaan telefon saya. Terkejut melihat jumlahnya yang hampir RM75. Rasanya panggilan yang saya buat hampir sama dengan minggu sebelum ini,semasa menggunakan line Y. Tapi,kenapa mahal sangat????
Satu lagi yang saya sedih ialah apabila kredit saya dalam line Y hapus begitu sahaja apabila line X diaktifkan. Dah lah pada masa itu,kredit saya ialah RM50 lebih. Sedih betul,hilang begitu sahaja je.
3 Jun 2010
Saya pergi ke kedai telekomunikasi Y untuk menukarkan balik line X kepada line Y. Sebelum itu,saya menerangkan semua kejadian yang berlaku kepada diri saya kepada pekerja di situ, dia memberitahu sudah ramai yang kena tipu seperti saya ini.
Pekerja tersebut memberitahu,untuk menukarkan line,sya hanya perlu top up no tersebut sebanyak RM10 dan akan diaktifkan dalam masa 24 jam. Saya pun setuju sahajalah.
Keesokan harinya,setelah mendapat message dari Syarikat Telekomunikasi Y,saya pun menukarakan kad sim baru line Y.
Saya ditipu lagi!!!
Apabila saya check jumlah baki top up saya pada masa tu,saya terkejut kerana hanya ada 31 sen sahaja. Mana perginya sembilan ringgit enam puluh satu sen lagi???
Satu lagi masalah yang tinggal ialah saya masih tidak membayar bill line X yang dulu. Banyak tu RM75!!!!!!!!!!!!!!!
Kenapa manusia sekarang sanggup menipu untuk mencari rezki?
Tak sedarkah nafkah yang mereka cari tak akan diberkati dengan cara menipu.
Makanan yang mereka makan dari nafkah yang tidak berkat akan membinasakan diri mereka juga suatu hari nanti.
1 comment:
mmm...
sya dah dpt topup rm10 dri syrikat y tu hari sbtu lpas..
thanx lah kerna bagi juga topup tu wlaupun lmbat...
Post a Comment