Sunday, June 13, 2010

Sedekah

Semalam,saya dan housemate saya,Faz keluar berjalan-jalan di sekitar Sogo dan Masjid India. Kami mengambil peluang ini untuk untuk menghilangkan tension membuat report research yang kadang-kadang memeningkan kepala saya.

Setelah sampai di stesen komuter Bank Negara,kami berjalan menuju ke Sogo. Seperti biasa,Sogo sentiasa penuh dengan orang ramai untuk membeli belah. Namun, dalam jutaan orang,bukan semuanya pergi untuk membeli belah dan bersukaria,ada juga yang terpaksa meminta belas kasihan orang ramai supaya memberi sedekah. Sedih saya melihat uasana sedemikian.


Sepanjang perjalanan saya pada hari itu,banyak saya temui orang-orang yang sedang meminta sedekah di kaki lima. Namun saya agak konfius sedikit melihat situasi ini. Ada antara mereka yang sedang meminta sedekah itu kelihatan seperti seorang yang sempurna dan mampu untuk melakukan kerja. Keadaan sebegini menyebabkan saya susah untuk menilai yang mana satu antara mereka yang betul-betul memerlukan bantuan. Hal ini kerana,saya sudah banyak mendengar kisah-kisah sindiket yang menggunakan orang suruhannya supaya meminta sedekah. Kemudian hasil derma itu diambil oleh sindiket tersebut.


Pelbagai situasi yang saya lihat semalam,antaranya ialah seorang ibu muda yang mempunyai seorang anak sedang bersila di kaki lima dan meminta sedekah. Kesian saya melihat anaknya.

Saya juga menjumpai seorang lelaki OKU yang ditemani seorang wanita separuh umur. Mungkin wanita tersebut ibunya.

Ramai juga kanak-kanak kecil yang berada di situ untuk meminta sedekah. Mereka merupakan anak-anak yatim yang meminta sedekah untuk tabung rumah ank-anak yatim mereka.

Saya paling sedih melihat seorang pakcik ini,dia kelihatan sudah tua dan duduk berlunjur di tepi tangga Stesen LRT. Kaki dia kelihatan terkena infection menyebabkan dia tidak mampu untuk bersila.

Jika kita merasa diri kita susah,ramai lagi rupanya mereka di luar sana yang susah dan perlukan bantuan. Kadang-kadang kita terlepas pandang orang sekeliling kita yang berada dalam kesempitan menyebabkan bantuan yang sepatutnya diberikan kepada orang yang betul-betul memerlukan tidak dapat dihulurkan.


وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ(10)


"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. "(1)


Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Perkara paling penting untuk memberi sedekah ialah keikhlasan. Kita seharusnya ikhlas memberi sedekah tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Sedekah boleh diberi dalam pelbagai bentuk.Ia bukan sahaja melibatkan wang ringgit dan bahan material. Cara paling senang untuk memberi sedekah ialah dengan hanya memberi senyuman sesama kita.

Setiap orang digalakkan untuk besedekah mengikut kemampuan diri sendiri sehingga tidak membebankan diribya sendiri.

Keutamaan memberi sedekah adalah kepada orang yang paling hampir dengan kita. Hadis Rasullulah SAW ada menjelaskan keutamaan bersedekah kepada diri sendiri dahulu,kemudian isteri,anak,orang gaji dan orang-orang yang memerlukan.


Sedekah wajib - zakat harta,zakat fitrah
Sedekah sunat - derma

10 kepujian sedekah yang patut kita kejar untuk kebahagiaan di dunia dan bekalan di akhirat :

5 Kepujian di Dunia
  • Membersihkan hartanya
  • Membersihkan badannya
  • Menolak bala dan penyakit
  • Mengembirakan orang miskin dan moarng mukmin adalah semulia-mulia amal
  • Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya.

5 Kepujian di Akhirat
  • Dinaungkan Allah orang bersedekah pada hari kiamat ketika sangat panas
  • Ringan hisabnya
  • Berat timbangan ( amalan ) di akhirat
  • Mudah melalui titisan Siratol Mustaqim
  • Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya.

No comments: