Research dah habis!!!!!!!!!!!
Semalam merupakan hari presentation research kitaorang. Kumpulan saya merupakan kumpulan terakhir yang akan membentangkan hasil kerja kitaorang. Cuak juga rasanya,lama menunggu turn. Kitaorang present pukul 3.50 ptg, waktu yang amat genting. Ada lah juga beberapa orang yang dah tertidur dalam dewan masa tu. Jeles jugak tengok kumpulan yang dah present, boleh bergembira dah. Saya pula asyik duk berdebar je. Bermacam-macam persoalan yang timbul di benak kitaorang tentang soalan yang bakal ditanya oleh judges. Huuuh...memang takut!!!!! Tapi,ada satu advantage present lambat,kitaorang boleh tambah sikit-sikit slide presentation yang tak lengkap berdasarkan komen-komen judges kepada kumpulan-kumpulan yang dah present.
Judges kitaorang ialah Dr Faezah dan Dr Nasir. Dua-dua baik,cuma ada lah sikit-sikit komen tentang report kitaorang tu. Selepas aje habis presentation tu,saya dah rasa lega,seperti baru bebas dari peperangan.
Petang tu,saya dan kawan-kawan yang lain turun beriadhah di court kolej. Amat jarang kami berkumpul bersama-sama begini. Terasa macam baru habis exam je semalam. Macam-macam kitaorang main. Mula-mula tu main badminton ,lepas tu main galah panjang,pepsi cola dan susun selipar. Memang happening hari tu. Penuh dengan gelak tawa... memang release tension buat research.
Langit tak akan selalu cerah,kadang-kadang akan mendung juga. Report kena hantar hari Rabu ni. Pada malam tu,saya dah mula mebuat correction report kitaorang. Niat di hati nak siapkan malam tu juga sebab esoknya nak balik. Tapi,asyik duk online je menyebabkan masih ada sisa-sisa correction yang masih berbaki. Saya pun menyambung melakukannya di pagi hari. Haha...Alhamdulillah,siap juga akhirnya. Gembira hati. Namun,disaat-saat saya hendak berkemas untuk balik,saya mengetahui pula muka surat yang saya tanda kat report tu salah,terpaksalah saya betulkan balik. Format report pun ada yang kena betulkan. Huuh..lama jugak buat benda ni,sampai sakit mata saya. Saya siap membuat pembetulan part saya pada pukul 5.30ptg.
huuhhh...Saya dah jadi konfius. Sempat ke tak nak pergi rumah makcik saya ni sebab saya akan menaiki bas kat Greenwood,berdekatan dengan rumah makcik saya. Saya pun memberanikan diri untuk pergi juga pada waktu senja itu. Kemudian,saya menelefon makcik saya . Apabila saya memberitahu yang saya hendak pergi rumahnya pada waktu itu,dia berasa agak bimbang,menyebabkan saya terpaksa membatalkan hasrat saya untuk balik ke Kelantan pada hari esoknya. Sedih juga rasanya pada waktu itu.
Aduiiih,,oleh sebab nak betulkan balik page dan ubah format report sikit je menyebabkan saya tak boleh nak balik kampung seperti yang dirancang. Rasa nak nangis ,tapi memang dah nangis dah masa tu. hahah...macam budak-budak betul!!!
No comments:
Post a Comment