Sunday, April 24, 2011

AAA


As salam...

AAA atau abdominal aortic aneurysm adalah satu penyakit salur darah dimana salur darah kita kat bahagian abdomen(abdominal aorta) menjadi besar lebih daripada separuh saiz asalnya. Rupa dia macam belon dan boleh dianalogikan seperti belon, dimana bila kita tiup belon tu, dinding belon tu dah jadi nipis dan renggang menyebabkan belon tu mudah pecah. Keadaan yang sama juga akan berlaku dalam kes aneurysm. Dinding salur darah itu mula akan menjadi lemah dan senang untuk pecah bila ada trauma.

Kabanyakan orang yang menghidapi AAA adalah lelaki dan berumur lebih dari 60 tahun, tapi tetap berlaku kepada perempuan. Risiko untuk mendapat penyakit ni ialah mereka yang merokok, diabetes, tinggi tahap kolesterol dan darah tinggi. Sebenarnya, tiada symptom yang jelas untuk AAA, tapi biasanya pesakit mungkin akan rasa sakit perut dan bengkak yang berdenyut kat bahagian perut(pulsatile abdominal mass).



Ni contoh gambar aneurysm... akan jadi besar daripada yang normal


Albert Einstein? Mesti ramai yang kenal Albert Einstein kan, seorang ahli fizik terkenal dan mendapat anugerah Nobel pada tahun 1921. Korang tahu tak yang Albert Eistein meninggal sebab sakit pe???? Sebenarnya beliau menhidap AAA pada tahun 1948 dan meninggal dunia pada tahun 1955 sebab aneurysm tu pecah(Ruptured AAA), selepas survive lebih kurang 6 tahun setengah selepas menjalani major surgeri.


Albert Einstein

hmmmm....Keadaan yang sama juga berlaku pada nenek saya, dia meninggal dunia sebab ruptured AAA dan malam ni adalah malam ke 40 nenek belah ayah saya(Mek) kembali ke rahmatullah, dah lama arwah pergi tapi saya selalu terfikir yang Mek masih lagi bersama kami, mungkin disebabkan pemergiannya secara mengejut. Sebelum ni,kami hanya tahu Mek menghidap darah tinggi je dan tak ada penyakit lain dah, sebab tu bila tahu berita kematian dia pada malam 16 Mac hari tu saya amat terkejut. Beberapa hari sebelum pemergian dia, saya ada jumpa dia kat kampung, masa tu balik kampung sebab ada kenduri kahwin sepupu saya. Masa kenduri tu Mek nampak sihat je, banyak juga dia buat kerja masa tu.



my family...

Ya, ini semua ketentuan Allah, Allah boleh ambil je nyawa kita bila-bila masa, kita hanya perlu bersedia sahaja, sebab kita tak tahu bila ajal kita akan tiba. Sihat tak bermakna hayat kita masih panjang, mungkin kita yang akan bertemu Allah dulu daripada orang yang tengah bertarung nyawa.

Al-fatihah.
Wasallam.

saya suka sebenarnya....

As salam...

Radiology posting seminggu sudah pun habis, nanti esok aku akan start posting Geriatrik pulak untuk 3 minggu dan lepas tu exam final. Huhuhu...cepatnya masa berlalu.

Hmmmm.... hari pertama posting Radiology hari tu, aku rasa memang tak suka posting ni, sooooo boring, pergi tengok procedure dan ambil tandatangan buku log, tapi tak tahu apa-apapun pasal procedure yang buat tu. haaaahhhhhh...hari tu aku memang tension betul, rasa malas dan fikir baik duduk kat bilik je macam ni!!!!!!

Tapi, hari kedua posting tu aku dah mula suka dengan posting ni, selepas ada kelas dengan Dr Sharifah Aishah sebab aku dah tahu apa yang perlu tahu untuk Radiology ni. Untuk student macam kitaorang ni, just tahu patient preparation sebelum procedure serta indication dan contraindication procedure. Saat paling aku suka masa kelas Dr Aishah ni ialah bila Dr ajar kitaorang macam mana nak interprete X-ray,Ct scan dan MRI. Fuuuhhhh...masa tu rasa suka sangat, sebab dah tahu sikit-sikit cara nak interprete result Ct Scan dan MRI, tapi tak tera lagi pun, banyak lagi kena belajar. Kalau dulu, pergi clerk patient kat wad selalu je jumpa benda ni, tapi tak tahu nak interprete apa pun, so tengok je lah apa-apa yang obvious. Selepas tu, Dr ada lah juga soal sikit-sikit pasal procedure tu semua, tapi banyak yang tak boleh jawab, so Dr suruh kitaoarang present pasal benda tu. Saya dan Nazirah present pasal Angioram.

Esok nya pulak, Dr soal sorang-sorang interprete result X-ray dan Ct Scan. hahahah...biasalah, kalau dah kena soal, tergagak lah jadi nya masa nak menjawab tu, tapi banyak input yang kitaorang dapat. Semua yang Dr soal tu, kes yang common yang selalu kitaorang jumpa kat wad. Hope aku akan ingat benda tu sampai bila-bila.

Bagi aku, radiologist ni amat besar tanggungjawabnya, sebab mereka yang akan interprete semua result procedure tu, so management patient tu akan bergantung pada interpretation yang mereka buat tu, bila berlaku kesilapan yang kecil masa interpretation tu mungkin akan memberi impak yang besar kepada patient tu.

Okay...I like U Radiology anyway, Bye bye!!!!!!!!!
And tommorow, seeing nenek-nenek and datuk-datuk, so sweet!!!!!!!!!!!!!!

wahai remaja

As salam....

Tengah duk facebooking tadi,saya terbaca post dari Moonz Fiversx , best jugak pantun ni, pasal remaja..nanti korang leh lah baca kat bawah ni....


wahai remaja yang menghisap dadah...
berhentilah sebelum kau menerima padah...
lebih baik kau jd pakar bedah...
tidak pom jd menteri besar kedah..

wahai remaja yng suka mencuri...
berhentilah sebelum kena gari...
lebih baik jadi perdana menteri..
tidak pom jd pengedar kereta ferari.

wahai remaja yang otai...
berhentilah sebelum kena bantai...
lebih baik engkau jual petal...
tidak pom jd peronda pantai..

wahai remaja yang merokok...
berhentilah sebelum bongkok....
lebih baik engkau jual songkok...
tidak pom blajar menanam pokok...

wahai remaja y suka melepak...
berhentilah sebelum kena sepak..
lebih baik kau tolong mak bapak...
tidak pom kau buat lah kerja y gempak..

Kepada Moonz Fiversx, sory copy n paste pantun ni...hehehe

Monday, April 4, 2011

Sport medicine posting



As salam....

Hari ni, kumpulan saya dah mula posting Sport Medicine kat Institut Sukan Negara, Bukit Jalil untuk seminggu. Kenapalah posting ni sekejap je ek????? Kalaulah UPM wat posting ni lama sikit kan best, leh pergi gym selalu...hehehe!!!!!!

First time datang sini, teruja tengok gambar-gambar atlet kat dinding, setiap tempat ada kot gambar diorang . Huhuhu....


Tapi, nasib kitaorang agak malang sikit hari ni sebab ISN tiba-tiba blackout pagi tadi. Semua aktiviti dalam jadual tak leh nak buat, kitaorang pun tak tahu nak buat apa dah, semua tempat kat situ gelap, gym pun tak boleh nak guna. Kitaorang pun jalan-jalan kat situ dan jumpa lah satu bilik physiotherapy, cerah, so kitaorang pun gunalah semua alat senaman yang ada kat situ walaupun tak tahu nak guna sebenarnya. Klinik tadi pun habis awal sebab doktor ada mesyuarat.Hari ni klinik dengan Dr Jas, senior kitaorang yang dah jadi MO kat situ, dulu dia pun belajar kat UPM gak. Sepatutnya kelas petang ni pasal physiotherapy, tapi doktor buat Physical Conditioning. Macam-macam muscle straining kitaorang belajar dan buat tadi dan setiap muscle mempunyai stretching yang berbeza.

~ni untuk stretching rectus abdominis- guna split ball~

Hari ni juga, saya baru tahu yang kita bukan je kena buat exercise untuk muscle stretching dan fat lysis je, tapi juga untuk joint stability yang orang selalu abaikan. Sebenarnya, joint stability exercise ni amat penting untung stretch kan smaal muscle dan ligament kat joint tu.


~joint stability exercise~

Need know much about anatomy....but I enjoy the class!!!!!!!!!!

Sunday, April 3, 2011

KaMi Di TaNaH BaSaH



As salam....

Hehehe...hari ahad lepas kitaorang pergi Wetland Putrajaya,main basikal air kat situ, suka sangat-sangat!!!! Sebenarnya tak plan langsung nak pergi situ, tapi Adil yang ajak, kitaorang pun pergi je lah. Tempat tu memang best la, macam-macam boleh main kat situ, basikal air, boat, kayak dan memancing. Kat tepi tasik tu pun ada taman, ramai gak tengok orang main basikal kat situ. Sebenarnya kat situ, ada satu pulau kat tengah tengah tasik tu, kitaorang nak pergi main basikal air sampai kat situ, tapi pak cik kat situ cakap kat situ just untuk orang memancing je, so xleh la kitaorang pergi berbasikal kat kawasan tu, just kawasan tasik yang dibenarkan je boleh pergi.


~adil Yuyu Fikah Masrin Zafar~


~Nadiah dengan gigi dian yang amat menawan~


~tiba-tiba jumpa kawan sekolah dulu, Jamilah, minta tolong dia ambilkan gambar kami berenam~


~ sedang mengguna iliapsoas muscle untuk menggatih basikal~



Nanti lain kali nak pergi pulak, nak naik bot pulak, tak payah penat-penat gatih basikal....hehehe....

Saturday, April 2, 2011

easy not tension...



As salam...

Habis sudah posting Easy Not Tension aka Ear Nose Throat aka ENT. Sekejap je 3 minggu ni tapi, belajar ENT pun tak sempat nak habis tapi, niat di hati nak qada` baca ENT weekend ni, banyak pulak keluar pegi jalan tapi, dan kena baca untuk sport medicine jugak tapi, jadi macam manakah keadaan sekarang ni tapi????

hohoho......
Saya suka semua lecturer ENT, semua baik-baik.- Miss Subha, Mr Yap, Mr K, Mr Vicent, Miss Saraiza, Miss Narizan, plus Dr Fang dan Dr Azmi. Bagi saya semua doktor ENT ni cool, tapi yang tak coolnya ialah banyak sangat benda yang nak kena cover dalam ENT dalam masa 3 minggu ni ; ear, nose, throat, head and neck. Aduuuiihhh..dah la final nanti tak ada study week, tak tahu lah macam mana saya nanti!!!!! SOB!!!!!!! Tapi, saya tak nafikan best gak belajar ENT ni, belajar benda yang kecil-kecil semuanya, dan kena banyak berimaginasi terutamanya masa tengok scope.

Hopefully saya dapat mencelah untuk mambaca ENT dan Oftamology dalam masa minor minor posting ni!!!! Insyallah!!!!!!!!!!

Mr Vicent!!!!!!

Mr K!!!!!!!