Setiap orang mesti ada warna yang disukainya.
Dulu saya suka warna biru,tapi sejak belajar kat KMPh saya dah mula menyukai warna pink kerana terpengaruh dengan roomate saya.
Sekarang ni,kalau nak beli barang saya akan utamakan warna pink dulu,tapi barang-barang saya yang berwarna lain pun ada juga.
Bagi saya warna pink ialah warna lembut sebab tu amat sesuai untuk perempuan,namun ramai juga perempuan yang tak suka warna pink,malah ada yang elergic kat warna pink.
Warna???
Seingat saya semasa belajar fizik dulu,warna ialah sifat cahaya. Warna berbeza pula ditentukan oleh wave length yang berbeza.
Dulu,semasa darjah enam selalu je hafal warna-warna pelangi guna key word....
Mak Jah Ke pasar Hendak Beli Ikan Udang = Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu
Cikgu cakap benda ni penting,kena ingat,takut masuk exam.
huhu...alhamdullilah,sampai sekarang saya masih ingat...
thanx cikgu Wan Nor Azman n Cikgu Maliki.
Warna sebenarnya mempunyai sifat-sifat berbeza yang mampu mempengaruhi kehidupan dan personaliti manusia. Oleh itu pemilihan warna amat penting untuk seseorang.
Pink @ Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.
Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.
Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.
Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.
Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.
Untuk pengetahuan lebih mendalam tentang warna,bolehlah buka link ini: http://linncomel.com/index.php/2007/04/08/warna-aura-dan-personaliti/comment-page-1/
3 comments:
ouh,ina suke pink gk ke?xtawu plak.bley2 jd geng nih.hehe.ptut r blog pon kaler pink~
ouh,ina suke pink gk ke?xtawu plak.bley2 jd geng nih.hehe.ptut r blog pon kaler pink~
haha..
bru tau ke..???
kta dh lma dah suka pink...
Post a Comment