as salam...
Sekarang ni Sogo
tengah sale sempena christmas dan dah dua hari berturut-turut aku pegi Sogo, hari
Khamis dan Jumaat lepas, tak tahu ler tarikan magnet apa yang menarik aku ke situ sebenarnya. Mungkin
Sogo dan HKL tu dekat sangat kot yang menyebabkan aku ringan kaki je nak melawat penjual-penjual kat Sogo tu. Tapi, yang hari Khamis tu aku pergi sebab nak jumpa kawan matrik aku yang amat dirindu setelah 3 tahun tak menjumpainya,Wani, yang keesokannya pula sebab nak beli baju yang aku berkenan kat situ, tapi tak sempat nak beli hari Khamis. Malangnya, bila aku cuba baju tu, badan aku melebihi saiz baju tu pula, tak jadi lah aku nak beli baju tu. Sedih...semangat aku datang dari HKL ke Sogo, tak boleh beli pula dah. Baik aku pergi beramah mesra dengan pesakit kalau macam tu ek!!!! hahaha
hehehe...sebenarnya aku ni memang suka berjalan-jalan,berilah masa lapang sikit, mesti aku nak keluar punya. Tapi kadang-kadang tu malas gak, sebab malas nak tunggu basa dan komuter yang selalu memungkiri janji. Penat aku menunggu bas dari berjalan, kalaulah aku ada kereta , mesti best kan. hakhak.
Bercerita pasal Sogo ni, aku ada satu cerita yang agak kelakar lah juga bagi aku yang menyebabkan aku sakit perut duk ketawa dan bergelak riang. Hari Jumaat tu, aku pergi Sogo dengan 7 orang kawan aku yang dengan berbaju kurung dan berbeg besar yang lengkap dengan `sthetoscope` dan ` white coat`. kalau nak buat `physical examination` kat situ pun boleh juga kot. selepas keriangan membeli belah , kami pun berkumpul ler untuk balik ke HKL , tapi salah seorang kawan kitaorang ni tak ada rupanya. Puas kami menelefon dia, semua panggilan tak angkat dan kredit aku masa tu dah tinggal secimput dah, Haaiiih...macam mana ni??? tak kan nak tinggal dia seorang-sorang kot!!! Risau kami dibuatnya. Dah ler dia tu kecil je, nampak macam budak-budak la. Kalau aku jalan dengan dia mesti orang ingat anak dengan mak kot. Huuuhuu...tua rupanya aku ni ek!!!!!
Dalam kepeningan, kepenatan dan kemalasan menunggu, kitaorang pun ambil satu cara yang agak memalukan tapi itu sahaja yang kami mampu buat selain betul-betul tinggalkan dia keseorangan di situ. Kami pergi kat Customer service centre dan membuat pemgumuman kat situ siap sebut nama dia dan UPM sekali. Haaahhhh... betul2 malu la. Kalua ler ada pensyarah tau pekerja UPM kat situ, tak tahu la apa yang diorang akan cakap. Kitaorang yang nak pergi buat pengumuman pun malu sebenarnya. Biasanya, orang yang hilang kat pusat beli belah ni ialah kanak-kanak hingusan yang mudah terlepas dari tangan mak ayah dia, tapi yang hilang sekarang ni ialah budak 21 tahun yang dah boleh jadi mak orang kot. Yang peliknya,kalau orang lain akan mula sedih dan menangis kot kalau ada budak hilang, tapi kami lain pula, rasa kerisauan sudah mula menghilang, rasa nak gelak pula yang menggunung mengenangkan tindakkan yang kami ambil itu. Haaahhh... aku tak pernah sangka yang aku akan pergi buat pengumuman di khalayak ramai sebab kawan hilang. Lebih kurang 15 minit kemudian, orang yang ditunggu telahpun muncul. Senyuman yang amat manis didermakan olehnya kepada kami dan dibalas dengan senyuman semanis madu juga. Alhamdulillah, jumpa juga budak ni, kalau tak apa lah yang kami nak jawab dengan mak bapak dia.
Rupa-rupanya, satu telefon dia tu dah tak da bateri dan yang satu lagi tu dia buat silent pulak. Patutlah tak nak jawab panggilan kami yang beribu tu.
Korang ingat tak, kisah budak hilang kat Sogo dulu, tahun 2007. Nama budak tu ialah Muhammad Nazrin atau nama glamourny,Yin,berumur 5 tahun, yang menggemparkan tanah air kita. Lama juga la budak tu hilang, lebih kurang 15 hari la, sedih mak bapak dia. Rupa-rupanya, Yin telah dijaga oleh seorang wanita Myanmar dan telah dikembalikan apabila ternampak poster pencariannya.
Nilai murni :
1.Berpimpin tangan semasa pergi membeli belah. Buat romantika sikit...hehe, (perempuan dengan perempuan je la, tapi jangan lebih-lebih lak, nanti orang fikir lain pula)
2.Pastikan telefon anda menpunyai bateri dan credit yang mencukupi.
3.Jangan `silent`kan telefon anda. Kalau boleh, buat `volume ringtone` yang paling tinggi semasa pergi membeli belah kerana tempat sebegini biasanya bising.
4. Selalu `alert` dengan telefon anda. Buat-buat macam cek meseg walaupun sebenarnya tak ada orang hantar meseg pun kat kita, manalah tahu kawan kita meseg tadi tapi kita tak dengar.