Thursday, May 27, 2010

5th Malaysian Conference On Healthy Ageing



5th Malaysian Conference On Healthy Ageing ialah conference pertama yang pernah saya hadiri. Sebelum ini,makna conference pun tak tahu. Apabila saya dapat ketahui yang kitaorang wajib hadiri conference tu,rasa hati teruja juga,first time lah katakan. Masa tu,saya masih tertanya-tanya lagi apa yang ada kat conference tu,talk ke?exhibition ke?

Conference ni dianjurkan oleh UPM di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur.

Apa yang istemewa conference ni ialah adanya ucapan Keynote dari Tun Dr. Mahathir Mohamad. Inilah kali pertama juga bagi saya berjumpa dengan mantan perdana menteri keempat negara. Memang teruja!!!! Sebelum ni tak pernah pun terfikir dapat jumpa Dr Mahathir.

Keynote daripada Dr Mahathir yang bertajuk `Staying Physically Active and Mentally Sharp Through The Golden Year - My Secret Recipe` tadi memang banyak input. Ucapan beliau pun senang untuk difahami yang menyebabkan saya tidak terasa bosan untuk mendengarnya. Kalau dilihat dari mata kasar,penampilan beliau tidak seperti umurnya sekarang.

Banyak kata-kata daripada Dr Mahathir yang memikat hati saya. Antaranya ialah `We dont have to work hard! Because when we work hard, we are easy to get older.But, we have to enjoy our work so that we can do it happily without any problem and stress. So,it is difficult to get older and we will always look younger.`

`We have to smile all the time. If we dont need to smile at that time,but try thinking to smile!`
hahaha...nati lepas ni setiap masa saya akan smile je....

Selain Keynote daripada Dr Mahathir, terdapat pelabagai talk yang disampaikan oleh doktor-doktor dari pelbagai universiti tentang research yang diorang lakukan. Best juga dengar talk tu,bolehlah refreshkan sikit saya punya minda yang dah lama tak diasah ni.

Kebanyakan talk hari ini berkaitan dengan cardiovascular disease,hypertension,osteoporosis and ageing health.

No comments: