Syurga.Itulah impian setiap muslim yang beriman di atas dunia ini. Dunia dijadikan medan untuk menabur segala amal untuk bekalan apabila menemui Maha Esa. Namun dengan pelbagai ujian yang mendatang,mampukah kita menghadapinya dengan hati yang tenang dan lapang untuk memperoleh keredhaanNya???
Saya tertarik dengan sebuah novel islamik yang ditulis oleh Raihan Zaffya. Tajuknya sahaja bagaikan memberi daya tarikan magnet kepada saya untuk membaca novel ini. Novel yang bertajuk Kasih Ke Syurga ini banyak menekankan soal islam dalam hidup. Walaupun watak utama novel ini,Raihana merupakan saudara baru dalam islam,namun peneguasaannya tentang islam lebih mendalam jika dibandingkan dengan remaja islam lain. Benarlah kata-kata yang mengatakan hidayah Allah tidak mengenal siapa. Walaupun kita seorang umat islam yang memang dilahirkan dalam keluarga dan kondisi islam sejak azali tetapi jika tidak mendapat hidayahNya, kita tak dapat menyelami makna islam itu sendiri. Oleh sebab itu,ramai umat islam pada masa ini hanyalah islam pada nama sahaja. Tapi,dalamannya jauh terpesong dari ajaran agama yang syumul ini.
Islam menjadi agama pilihan untuk dianuti oleh Raihana kerana hanya Islamlah agama yang mengharamkan arak,judi dan bunuh diri. Ketiga-tiga perbuatan haram ini ternyata dapat meruntuhkan akhlak seorang insan dalam masyarakat kerana mereka bukan sahaja menyusahkan diri sendiri sahaja tetapi juga keluarga dan masyarakat. Islam juga mampu menjadi arah tujuan Raihana dalam menghadapi cabaran hidup dan memberi ketenangan kepadanya yang sedang bertarung nyawa kerana mengidap penyakit barah paru-paru atau Lung Cancer. Walaupun nyawanya terasa hanya di hujung jari,tetapi dengan agama barunya ini dia terasa amat tenang dan bahagia.
Kehadiran Raihana juga adalah ibarat satu permata kepada ibu dan bapa Yusuf kerana Raihanalah yang dapat mengubah diri Yusuf daripada seorang yang mempunyai gaya hidup barat kepada seorang yang berjiwa timur dan mula kenal tikar sejadah dan erti tanggungjawab. Setelah diizinkan Allah,kedua-dua hamba ini diijab kabulkan walaupun mendapat tentangan ibu Yusuf pada peringkat awal. Semua keperitan hidup dijalani bnersama anpa rasa jemu dan terseksa sedikitpun dalam diri Yusuf. Namun, ketentuan telah menetapkan. Kita tidak tahu bila kita yang dijemput oleh menemuiNya. Dan kita perlu sentiasa bersiap sedia walaupun kita mempunyai kesihatan yang amat baik. Ajal telah tiba bagi pasangan ini pada masa yang sama. Tiada yang boleh menolak. Namun mereka tetap meninggalkan waris mereka untuk terus menerokai alam ini. Sebelum menghembus nafas terakhir, Raihana telah melahirkan anak perempuan mereka dan Yusuf pula telah terlibat dalam satu kemalangan ketika ingin ke hospital .
Hmmmm...cerita ini amat menyenruh jiwa saya kerana menyedarkan saya tetang hidup dan mati. Kadang-kadang saya lupa tentang mati kerana terlalu leka dengan keseronokan dunia. Betapa lemahnya hambaMu ini,sedangakan nyawa kita boleh melayang bila-bila masa sahaja.
No comments:
Post a Comment