Esok,tanggal 16 Mei merupakan hari yang paling bermakna kepada guru-guru. Mereka akan diraikan oleh para pelajar sempena Hari Guru.
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua cikgui saya yang telah menabur ilmu mereka kepada saya sejak dari tadika hinggalah tamat sekolah. Ilmu kalian amat bermakna pada saya. Terima Kasih kepada semua guru SMKA Lati dan SK Sri Kiambang.
Hampir empat tahun saya tak menyambut Hari Guru sebab saya dah tak bersekolah,dah berhenti sekolah pun. Baju sekolahpun dah disimpan dalam kotak. Huhuhu...
Saya berhenti sekolah bukan sebab malas ek, tapi terpaksa berhenti.
Pada kesmpatan ini juga,saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah KMPh dan UPM yang mengajar saya. Walaupun mereka tidak dipanggil guru atau cikgu,tapi saya rasa mereka juga seorang guru sebenarnya kerana mereka juga ialah seorang pendidik yang menyumbang ilmu kepada kita.

Saya suka lagu tema Hari Guru,Guru Malaysia. Setiap kali Hari Guru,semua guru akan menyanyikan lagu ni. Walaupun saya hanyalah seorang pelajar,saya turut bersemangat menyanyikan lagu ni. Lirik lagu ni pun dah ingat sikit-sikit.
Saya pun pernah jadi guru dulu,tapi dah lama pencen.hehehe...
Saya jadi guru olok-olok je.
Semasa tingkatan 3,cikgu sekolah saya ada melantik beberapa orang Guru Muda.Saya salah seorang daripada mereka. Guru Muda ni salah satu program kecemerlangan PMR pada masa tu. Kemudian kitaorang diberi satu tag nama Guru Muda. Tag tu berwarna biru dan berbentuk bintang. Memang menyerlah kalau dipakai. Mula-mula terima tag tu,rasa bangga juga,boleh jadi guru lah katakan walaupun hanya Guru Muda. Hehe...
Adalah juga pengalaman saya menjadi guru walaupun tak mengajar seperti guru-guru lain.

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
No comments:
Post a Comment