Thursday, May 13, 2010

Adamaya


Adam.Maya.Amani.

Suka sangat kat Amani. Anak sapo tu????
Comel betul lah Amani . Dah lah bijak,petah bercakap pulak tu. Kalau leh jumpa Amani,rasa nak cubit-cubit je pipi dia...hehehe




Hari ni Slot Adamaya dah habis. Penuh dengan tangisan je episod hari ni. Sampai saya pun terasa nak menangis juga. haha...

Cerita tu memang best. Penuh dengan pengajaran.

Kesetian.
Kasih sayang.
Tanggungjawab.
Hakikat.
Ketaatan.
Sabar.
Pengorbanan.
Kuat mengahadapi cabaran.

Terfikir pula,ada ke lelaki macam Adam di dunia ni???
hehehe...kalau ada saya nak!!! gurau je,kalau betul pun tak pa gak...huahua
Kalau betul-betul ada,bertuahnya isteri dia. Dapat suami begitu setia walaupun tahu isterinya seorang yang curang. Tambah pula,begit
u sabar setiap kali menghadapi saat-saat genting. Contohnya,ketika Maya ditangkap basah oleh pegawai agama,boleh Adam tenang je membawa balik Maya tanpa memarahi Maya pun. Aduiih...baiknya Adam...

Perkara paling saya suka dalam cerita ni ialah kesetiaan seorang suami kepada isteri dia walaupun cintanya tak berbalas pada awal-awal tu. Kesetian ini lah yang mampu menyatukan mereka semula. Kalaulah Adam t
ak setia,tentu dah lama mereka berceraikan?

Hakikat. Setiap benda yang berlaku dalam hidup ini ada hikmahnya. Pada saya Dani perlulah terima hakikat hidup yang Maya tu dah jadi isteri orang. Jadi tak boleh lah nak kacau-kacau Maya lagi.

Tanggungjawab pada anak. Anak ialah anu
gerah Allah. Kesian kat anak-anak Dani. Kenapalah dia tak boleh sayangkan anak-anak dia seperti Adam sayangkan Amani?

Terimalah apa yang kita ada sebelum semuanya hilang. Akhir cerita tu kesian pula tengok kat Dani. Semua dia hilang. Maya hila
ng. Anak-anak hilang. Isteri dah tak da. Kawanpun dah lari. Akhirnya airmata je yang dia ada. jadi,bersyukurlah apa yang kita ada,kerana itu adalah yang terbaik untuk kita.


Lagi satu,watak yang suka ialah Mika. Kelakar dan Macho! Walaupun tahu Sarah nak kahwin dengan orang lain,boleh dia buat lawak
lagi dengan Sarah.

Kembara Mencari Cinta
Nak cari novel ni. Nak baca jugak! Mesti best kan????
Tapi kat mana nak beli? sebelum ni tak ada jumpa pun...

Kesimpulannya,cerita ni memang best...




Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam Hidupku

Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu Hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama Cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan Bahagia
Hingga aku terasa Indah

Maaf jika ku tidak Sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

No comments: