Sunday, May 23, 2010

Masjid Jamek


Alhamdullilah,akhirnya saya dapat melepaskan tension saya berada di kolej.
Semalam saya keluar ke Masjid Jamek dari pukul 12 tengah hari hinggalah pukul 10 malam.
Memang rasa hepi sangat keluar semalam,kalau tak duduk terperap kat bilik je.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menemani saya semalam;Faz,Ayu,Yat, Akmal,Izyan,Izzati dan Ada.

Plot perjalanan kami semalam penuh dengan suka duka.

Kami pergi dengan menaiki bas dari kolej ke KTM Serdang. Lama juga kami menunggu bas di depan kolej tu. Terasa bosan pun ada masa itu tapi terisi dengan bualan.

Penantian satu lagi yang perlu kami lalui ialah menunggu Komuter ke Kl Sentral. Kami berdiri menunggu Komuter dalam keadaan panas. Apabila Komuter dah sampai,kami terpaksa pula berebut untuk masuk ke coach Komuter tu. Memang ramai orang masa tu. Coach tu dah macam ikan sardin,setiap orang berhimpit-himpit. Namun,saya suka sistem baru KTM iaitu memisahkan coach lelaki dan perempuan kerana Ia mampu mengelakkan kejadian buruk kepada kaum hawa.

Semasa dalam Komuter tersebut,ada seorang budak India yang sangat petah bercakap dan cerdik. Muka dia pun cute. Rasa nak cubit-cubit je pipi dia. hehe..Mula-mula tu dia tegur salah seorang kawan saya,Yat. Dia suka key chain Dolphin kat beg Yat,lepas tu dia pun cakap-cakap dan main-main dengan Yat. tak lama lepas tu,dia pergi tarik tangan saya pula. aduuiihh...kuat betul budak ni,dia tarik tangan saya sampai dia nak terduduk kat lantai Komuter tu. Lepas tu kitorang pun cakap-cakap dengan dia. Memang comel budak ni.

Sesampai di KL Sentral,kitorang nak pergi makan tengah hari kat restoran Rasa Mas . Tapi sebelum itu,saya dan beberapa orang kawan saya yang lain pergi mengambil duit dekat ATM CIMB dulu. Semasa menunggu kawan-kawan yang lain mengambil duit,kitorang ternampak Dr Sabariah,doktor Pathology kitorang. Kitorang pun tegurlah doktor tu. Selepas sembang-sembang sekejap,Dr Sabariah ajak kitorang makan tengah hari sama-sama,dia nak belanja makan. Mula-mula tu kitorang menolak,tapi dr tetap mahu belanja kitorang makan kat Warong Kita. Langkah kanan betullah kitorang hari tu.

Selepas itu,kami menaiki LRT untuk ke Masjid Jamek.

Sesampai di sana,kami pun berjalan-jalan di depan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barang termasuklah pakaian,makanan,barang-barang hiasan dan pelbagai lagi. Putih mata saya dibuatnya,tak tahu nak beli apa. Terasa nak beli semua barang yang ada.

Lama betul kitaorang berjalan,tapi tak terasa penatpun masa tu sebab excited sangat. Kemuadian,kitorang pergi Sogo untuk solat Asar dan membeli belah di sana pula.
Dalam keriangan kami membeli-belah,tiba-tiba berlaku sesuatu yang menyedihkan apabial Faz hilang handphonenya di Surau Sogo. Kesian kat Faz,dahlah dia sayang sangat handphonenya itu.

Selepas itu,kami pergi balik kawasan-kawasan gerai yang menjual pelbagai barang itu untuk membeli makanan untuk makan malam. Banyak juga makanan yang saya beli pada masa itu dan terasa ada lagi makanan yang saya nak beli tapi takut membazir je.

Selesai sahaja membeli makanan,kami terus pulang kerana sudah lewat. Nasib baiklah,sewaktu balik komuter yang kami naiki tidak sesak seper tengah hari tadi. Kami selamat sampai ke kolej pada pukul 10 Malam.

No comments: