Alhamdullilah,semalam kumpulan saya memulakan kembali pengumpulan data untuk research kami di Klinik Oftamologyi,Hospital Serdang.
Kami perlu mengumpulkan lebih kurang 60 pesakit Allergy Conjunctivitis untuk melakukan Skin Prick Test.
Ternyata tiada kerja senang di dunia ini. Amat susah untuk kami mendapatkan pesakit Allergy Conjuntivitis semalam. Apabila bertanya kepada doktor-doktor di situ,kebanyakan mereka menjawab mereka jarang mendapat kes Allergy Conjunctivitis dan setakat pagi semalam mereka belum menerima peaskit itu lagi. Kami keluar dari bilik-bilik doktor tersebut dengan perasaan hampa.
Dalam kehampaan mencari pesakit Allergy Conjunctivitis,ada juga doktor yang sanggup membantu. Dr. Mohammad berjanji dengan kami untuk memberi nama-nama pesakit Allergy Conjunctivitis yang lepas.
Pada pukul dua petang semalam,kami berjumpa kembali dengan Dr. Mohammad di Pejabat Oftamologi untuk mengambil nama-nama pesakit tersebut. Beliau memberi nama dan ID pesakit-pesakit berkenaan. Walaupun kami hanya mendapat 18 peaskit daripada Dr. Mohammad,itu sudah mampu membuatkan kami tersenyum apabila keluar dari pejabat tersebut berbanding pulang dengan tangan kosong.
Hari ini pula,kami perlu ke hospital seawal lapan pagi untuk berjumpa C0-Supervisor kami,Dr. Dhashani untuk mendapatkan nombor telefon peaskit-pesakit tersebut. Kami mencari nombor-nombor telefon itu sendiri di dekstop dr. Dhashani kerana beliau ada kerja pada masa itu. Malangnya,kami hanya mampu mendapat 7 nombor telefon dari pesakit-pesakit berkenaan,nombor telefon pesakit-pesakit lain tidak dicatatkan.
Kami meneruskan usaha mencari pesakit Allergy Conjunctivitis di klinik-klinik tersebut. Kami berpecah dan setiap orang akan pergi ke satu klinik untuk menunggu pesakit Allergy Conjunctivitis. Dari pukul 9.30 pagi hingga 1 tengah hari,kami yang mendapat seorang pesakit di bilik 41. Sungguh sedih menegenangkan keadaan ini.
Apabila difikirkan secara positif,banyak ilmu yang kami dapat semasa berada di klinik-klinik oftamologi tadi. Mungkin ilmu itu tidak penting untuk kajian kami,namu ia amat penting untuk klinikal kami nanti.
Memang saya teruja melihat doktor-doktor di situ memeriksa peaskit-pesakit mereka.
Namapk macam menarik je. Tak sabar pula nak jadi doktor. hehehe...
Kebanyakan kes yang saya temui hari ini ialah Viral Conjunctivitis. Ada juga pesakit yang mempunyai Katarak . Ada seorang pesakit tu,saya sanagat kesian melihatnya. Dia terlibat kemalangan di tempat kerja dan dihempap sesuatu menyebabkan salur darah dekat matanya pecah. Doktor memberitahu banyak fibrin di matanya.
Walaupun penat menunggu pesakit,namun saya rasakan hari ini amat bermanfaat bagi saya kerana saya dapat belajar serba sedikit di klinik-klinik tersebut.Syukur...

No comments:
Post a Comment