Wednesday, May 5, 2010

Ismiiiii....

NORZHAFARINA BINTI HANI

Nama keramat yang dikurniakan kepadaku, seorang insan yang masih terkapai-kapai dalam pelayaran hidup.

Mengikut bahasa Arab,makna namaku ialah CAHAYA KEMENANGANKU atau The Light of Victory. Mmmm....tapi apa yang telah aku menang dalam hidupku ini???? Jeng jeng jeng.....

Pada hakikatnya namaku ini perlu disebut dengan lafaz `norzhofarina`,namun ia kedengaran agak pelik bagi sebutan bahasa Melayu. Oleh itu,aku akan memperkenalkan diriku sebagai `norzafarina`.

Semasa aku kecil-kecil cili padi dulu,aku dipanggil `efa` oleh keluargaku. Namun,ia telah bertukar kepada gelaran `na`. Aku pun tak tahu kenapa,tanpa kupinta ia terjadi,tapi aku redha je lah walaupun aku lebih menyukai gelaran `efa`.

Semasa darjah satu dulu banyak sesi pengenalan,boleh dikatakan setiap guru berlainan yang masuk akan menyuruh kita memperkenalkan diri. Jadi akupun berceritalah serba sedikit tentangku dan aku mengatakan nama gelaranku sebagai `zhafarina`. Soooo soooo panjang. Ada juga kawan aku yang komen ,`kenapa nama gelaranku panjang sangat?,susah nak sebut`. Aku pun menjawab` dah itu yang umi dan abah saya bagi`,hahaha...(maaflah kalau aku menipu).

Ketika darjah 3,aku mula dipaggil `na` oleh kawan-kawan sekolahku kerana ada seorang kawan aku ini pergi ke rumahku,dan dia mendengar aku dipanggil `na`,jadi dia pun panggil na jugak kat aku. Hukhukhuk...akupun redha buat kali kedua!!!! Ingat lagi pada masa ni,ada seorang cikgu tu panggil aku `zirafah`, sebab namaku bermula dengan huruf Z dan aku pula seorang yang tinggi. Rasa nak marah da lah jugak ngan cikgu tu,tapi sabar je lah.

Apabila aku memasuki sekolah menengah,aku masih menggelarkan diriku `zhafarina`,tapi ada beberapa orang kawan sekolah lamaku di sekolah yang sama memanggilku ku dengan nama`na`. Oleh sebab itu,ramai lah pulak kawan sekelasku yang lain memanggilku `na`.

Ada seorang guru bahasa Inggerisku memanggilku dengan nama `rina`. Dia cakap namaku panjang sangat,so dia nak panggilku `rina`. Aku OK je,sebab aku pun suka gak nam tu.

Semasa Matrikulasi pulak,aku jadi blurrr nak perkenalkan diri sebagai apa. Orang pertama yang bertanya namaku di situ ialah rakan sebilikku. Spontan aku menjawab `ina`. Hahaha...aku pun tahu kenapa aku bagi nama tu,tak pernah tercapai akalku untuk dipanggil `ina`,dah lah pada masa tu kisah Mawi dan Ina hangat diperkatakan.

Seterusnya di universiti,aku pun memperkenalkan diriku sebagai `ina` walaupun aku tak berapa berkenan dengan nama itu.

Hahaha....tapi kalau di laman sosial aku lebih gemar menggunakan gelaran zafar. Singkatan awalan namaku,pendek dan ringkas..

No comments: