alhamdulillah....
Pejam celik pejam celik,sudah dua tahun saya menjadi medical student. Juga warga UPM. Terasa cepat masa berlalu. Kadang-kadang rasa bermimpi pula akan bergelar seorang doktor kelak. Macam manalah keadaan saya nanti ek????
Apabila berbicara pasal UPM ni,ramai yang pelik apabila saya mengatakan saya belajar medic di UPM. Ramai yang ingat UPM tiada medical school,huhuhu...kesian btul....Tapi tak pe lah sebab UPM memang terkenal sebagai School of Agriculture sejak dulu lagi. Sebenarnya kitorang merupakan generasi kesebelah untuk kursus perubatan di UPM.
Liku-liku hidup medical student seperti saya sentiasa bersimpang,tak sentiasa lurus. Tak seperti belajar di sekolah dan matrik dulu. mmm...memang jauh beza.
Jika dulu hanya belajar sikitpun,insyallah boleh skor exam. Tapi bukan di dunia perubatan,iaitu dunia yang perlukan usaha setinggi Gunung Everest dan kesabaran seluas Lautan Pasifik.
Perbezaan inilah menyebabkan saya terasa ingin menangis dan kadang-kadang memang dah ternangis apabila saya terasa susah untuk terima sesuatu pelajaran itu dan juga semasa target saya dalam assesment dan exam tak seperti yang diingini.
Memang tak boleh dinafikan,banyak ilmu yang saya peroleh melalui bidang ini. Tak terkira rasanya. Betapa hebatnya ilmu perubatan,ilmu fardu ain kurnian Allah yang perlu sentiasa diterokai dan dipelajari .
Melalui perubatan,saya mengenali kebesaran Allah dengan lebih jelas. Ternyata Allah amat hebat,mencipta manusia dari sekecil-kecil sel hinggalah sesempurna seorang manusia.
Jika diamati,diri manusia amat complicated dengan pelbagai sistem seperti sistem pernafasan,perkumuhan,endokrine,pembiakan,saraf,otot dan kardiovaskular. Kesemua sistem ini menjalankan fungsi yang berbeza pada masa yang sama untuk memastikan hayat manusia terus kekal. Ya Allah,amat besar kuasaMu.
Pada masa yang sama,saya turut berbangga kepada pengkaji-pengkaji dan ilmuan yang menemui semua ilmu Allah ini. Hebatnya mereka menemui jawapan kepada persoalan-persoalan kesihatan. Saya yang hanya menerima ilmu tersebut ,kadang-kadang terasa berat. Sampai pusing kepala ini ingin memahami dan mengigati semua fakta tersebut.
Dek kepayahan yang kadang-kadang ditanggung,terdetik juga di benak saya,`kenapalah aku pilih perubatan dulu? kan lebih baik pilih course lain`,huhu... Tapi apabila teringatkan balik keindahan perubatan,saya tak akan menyesal mendalami bidang ini. Saya perlu teguh dalam melayari onak durinya dan tidak akan sesekali tersungkur kerana tamparannya. Insyallah akan lahirlah DR NORZHAFARINA BINTI HANI pada tahun 2013 nanti. AMIN....

2 comments:
salam..akak..sya nk tnye psl medic upm..sye dpt msuk upm.. leh x klu cm nk tnye psl schlr kt akak?
wslm...Congrate for ur succes!!!!
boleh aje,klau akak leh jwab,insyallah akak akan jwb..awk nak tnya ape pasal schlrship???
Post a Comment