Tuesday, May 11, 2010

GooGleKu tera Uzbekistan

Sejak cuti hampir sebulan ni, saya amat jarang buka laptop saya. Asyik guna laptop orang lain je sebab lembap semacam .

Tapi malam ni,saya cuba nak guna laptop kesayangan saya tu. Rindu gak nak guna laptop tu walaupun ia tak sihat.

Mula-mula nak bukak tu tak da masalah pun. Masa nak buka Mozilla pun OK je. Lepas tu,saya pun cari lah maklumat yang saya nak kat Google. Carian keluar dengan senangnya. Saya pun baca lah kat skrin tu nak cari carian yang saya nak,tapi satu pun tak faham. Tak tahu bahasa apa yang keluar. Bahasa Inggeris bukan! Bahasa Melayu pun bukan! Bahasa Arab lagi la bukan!

Aduiihhh...bahasa apa ni???
Lepas tu saya pun ada nampak kaa situ ada tulis `in uzbekisztan`.
Bahasa Uzbekistan ke???
Sejak bila la saya pandai cakap Bahasa Uzbekistan ni????
Rasanya tak pernah pun saya tukar setting Google sebelum ni.
Pelik bin Ajaib!!!!!
Laptop ni dah kena penyakit Alzheimer ke???
atau penyakit Parkinson?
Sampai bahasa sendiri pun boleh lupa....


Apa-apapun saya sayang laptop tu. Maklumlah,itulah laptop pertama saya. Susah weih nak dapatkan laptop tu dulu.

No comments: