Wednesday, May 12, 2010

RoKoK



Apa nikmat merkok?

Soalan yang selalu timbul di benak fikiran saya apabila saya melihat orang merokok. Saya pelik kenapa manusia sanggup menghabiskan duit setiap hari untuk membeli rokok. Sedap sangat ke merokok sampai tak boleh nak tinggal sehari pun?

Jujur saya kata saya memang tak boleh duduk sebelah orang merokok. Saya akan jadi pening. Sampai nak muntah pun ada.

Kalau saya terjumpa perokok secara tiba-tiba,saya akan menutup mulut dan hidung saya secara tiba-tiba juga. Saya memang tak boleh tahan dengan asap dan bau rokok.

Kalau saya tahu orang tu akan merokok,awal-awal lagi saya akan larikan diri.

Saya pernah duduk sebelah perokok dalam bas yang ada penghawa dingin ketika balik kampung. Memang saya tak boleh tahan. Dia menghisap rokok semasa bas berhenti rehat. Apabila dia naik bas balik,saya dapat bau rokok .Memang kuat baunya. Saya mula dah rasa pening masa tu. Dahlah perjalanan saya tu jauh,sampai rasa nak muntah pun ada. Tapi tahan je lah dulu. Lepas tu ,saya tak tahan lagi,terpaksalah saya cari plastik sebab nak muntah.

Saya pelik melihat senario merokok zaman sekarang sebenarnya.
Pada hakikatnya,merokok amat sinonim dengan lelaki. Tapi,sejak akhir-akhir ini,sudah ramai perokok perempuan yang muncul.

Saya dah banyak kali melihat perempuan merokok di khalayak ramai. Tanpa sedikitpun segan silu. Pelik.
Mereka tak malu ke orang ramai tengok mereka merokok?
Mereka tak malu ke pada lelaki yang tak merokok?
Kalau ada lelaki merokok sebab nak nampak macho,kalau perempuan merokok sebab apa pulak? Takkan perempuanpun nak macho juga?

Kes pertama : Seorang wanita sedang merokok di sebuah lapangan terbang. Tempat yang sudah tentu penuh dengan ramai orang dari pelbagai negara. Pada masa itu hanya dia seorang je yang merokok kat kawasan tu.

Kes kedua : Seorang wanita yang dipaksa oleh seorang lelaki supaya merokok. Pada mulanya,lelaki itu sedang menunggu wanita tu pergi membeli barang di sebuah kedai sambil merokok. Selepas wanita tu keluar dari kedai,lelaki tu memberi wanita tu batang rokok yang dia hisap. Mula-mula wanita itu meolak,tapi dimarahi oleh lelaki itu. Lepas tu lelaki tu meletakkan batang rokok itu kat mulut wanita tu. Wanita tu pun terpaksalah menghisap rokok tu. Kesian betul saya lihat.

Kes ketiga : Wanita warga emas menghisap rokok. Dah banyak kali dah saya lihat wanita warga emas macam ni menghisap rokok. Ada seorang warga emas itu ialah penjual kuih. Sambil dia menjual kuih,dia menghisap rokok tanpa memikirkan keadan kuih dihadapan dia tu. Sudah tentu kuih tu dah terkena asap rokok dia tu. Seorang lagi ni pula sedang membeli barang di sebuah kedai. Pada masa tu juga dia sedang merokok. Ramai juga orang kat situ. Tapi yang saya lihat hanya dia sahaja yang merokok,lelaki-lelaki lain pun tak merokok pada waktu.

Apabila melihat perokok warga emas macam ni,saya mula berfikir macam manalah keadaan keluarganya.
Adakah semuanya ahli keluarganya perokok?
Macam mana mereka boleh terjebak untuk merokok di usia tua macam ni?
Adakah dari muda lagi?
Kalau dari muda macam manalah keadaan anak-anak yang dia kandung?

Walaupun ramai orang tahu tentang keburukan merokok terhadap kesihatan,namun gajala merokok masih juga berlaku. Usaha juga telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti mempamerkan gambar-gambar penyakit yang boleh mereka hadapi disebabkan oleh merokok. Namun,usaha ini bagaikan memberi hiasan pada kotak rokok sahaja apabila tidak diendahkan oleh orang ramai. Masih tiada kesedaran pada perokok.

Sebab utama gejala ini terus berlaku ialah kerana ketagihan. Perokok sudah ketagih dengan kandungan nikotin dalam rokok. Nikotin dikatakan dapat memberi tahap ketragihan yang lebih berbanding arak dan dadah kokain. Maka tidak hairanlah jika penggunaan rokok meningkat saban tahun. Dalam satu kajian yang dijalankan,70% bekas perokok yang berhenti merokok mengalami ketagihan rokok semula selepas tiga bulan.

Nikotin ialah sejenis bahan kimia yang akan bertindak pada tisu-tisu saraf,otot dan kelenjar yang mampu menyebabkan bahan-bahan kimia semula jadi lain bebas dan mempengaruhi sistem otak dan merencat reseptor badan. Kesannya mereka akan berasa khayal dan `ringan` pada permulaan ransangan otak dan seterusnya menyebabkan tolerans terhadap muntah,pening dan mual berlaku. Tolerans inilah yang mendororng mereka kepada ketagihan rokok dan nikotin.

Selain Nikotin, Rokok dikatakan boleh mengeluarkan lebih 4000 bahan beracun yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Contoh bahan-bahan tersebut ialah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati. Bahan-bahan ini akan menyebabkan pelabagai kerosakan pada organ badan manusia di sepanjang laluannya seperti hidung,tekak,paru-paru,jantung,organ pembiakan dan juga pundi kencing.




Satu berita hangat yang keluar baru-baru ini pula ialah tentang filter rokok yang dibuat dari darah babi. Pendedahan ini dilakukan oleh seorang profesor Austaralia,Profesor Simon Chapman yang mengatakan seorang peniliti Belanda ada mengungkap `185 produsen rokok di negara itu menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan pembuat filter rokok`. Bahan itu digunakan untuk menghalang bahan kimia dari memasuki paru-paru perokok. Jadi, apa akan jadi dengan hukum merokok??


Kementerian Kesihatan juga pernah menjalankan Kempen Tak Nak Merokok! Namun,kempen ini juga kurang mendapat sambutan. Banyak poster yang ditampal di merata-rata tempat tapi gejala merokok tetap berlaku juga.

Saya pernah mendengar komen dari seseorang yang mengatakan :
`macam manalah kempen tu nak berjaya,cuba tengok gambar kat poster Tak Nak! tu.`
`Itu kempen tak nak rokok bengkok.`
`Memang lah orang tak nak hisap rokok bengkok.`

Aduiih...nak tergelak juga saya mendengarnya.
Tapi apa-apapun ,ini ialah kempen Tak Nak Merokok! yang patut kita sokong untuk mengurangkan gejala merokok di negara kita.



Beberapa hari yang lepas,saya ada membaca satu berita tentang seorang adik sanggup menikam abangnya apabila abangnya meminta sebatang rokok daripada adiknya. Sungguh sedih saya membaca berita ini,hanya kerana sebatang rokok, manusia boleh menjadi seorang pembunuh dan menyebabkan satu nyawa melayang.

Akhir sekali,saya berharap semua perokok berusaha untuk berhenti merokok kerana kesan rokok banyak memberi keburukan kepada kita daripada kebaikan. Sayangilah diri kita dan orang di sekeliling kita.

Amalkan gaya hidup sihat!!!!!!

No comments: