Beberapa hari yang lepas,saya dah berjaya menghabiskan membaca novel Denyut Kasih Medik. Novel ini merupakan novel islamik pertama yang saya pernah baca. setelah beberapa kali mencari novel ni di kedai buku ,akhirnya saya diberi peluang membelinya di kedai MPH Midvalley. Saya memang bersemangat mencari novel ini sehingga sanggup pergi ke mall tersebut keseorangan dan semata-mata membeli novel ini.
Novel yang berunsur fiqh perubatan,fiqh wanita dan fiqh cinta ini amat penuh dengan ilmu pengetahuan yang menyedarkan saya tentang kehidupan seorang doktor junior nanti. Timbul persoalan dalam diri saya,`mampukah aku menjalani kehidupan seperti itu? atau aku akan menjadi seperti watak Dr. Aini yang menangis selepas dimarahi oleh specialist? mampukah aku hidup tanpa tidur semalaman dan berkejar-kejar membantu patient? mampukah aku mengislamikkan karierku seperti Dr. Muslih supaya setiap rezeki yang hadir diredhai Allah?haaaa...takutnya!!!!` Tidak boleh dinafikan,saya amat mengagumi keperibadian watak utama novel ini. Hidup beliau penuh dengan nilai-nilai islam dan tidak pernah ditinggalkan walaupun hidupnya penuh dengan kesibukan. Banyak pengalaman yang dikongsi yang dapat memberi gambaran kepada saya tentang pahit getir kehidupan seorang HO. Banyak kehendak yang perlu dikorbanan demi menjalankan tugas untuk menyelamatkan nyawa insan-insan lain. Novel ini juga menekankan hukum-hukum islam yang perlu diamalkan dalam bidang perubatan yang sebelum ini mungkin dipandang remeh oleh oernag lain.
Dalam konteks lain pula,novel ini menyedarkan saya tentang keluhuran seorang wanita yang sentiasa menjaga adat pertuturan,pandangan dan tindakannya. Terasa terlalu kerdil diri saya jika hendak dibandingkan dengan Qani`ah yang penuh dengan keperibadian seorang muslimah dan orang timur. Pakaiannya amat dijaga. Begitu juga dengan pandangannya. Alangkah bahagia jika saya juga boleh melakukan perkara sama seperti beliau.
Saya berdoa agar saya boleh menjadi seorang doktor dan muslimah yang mempunyai peribadi yang elok disisi agama dan mampu menanggung cabaranMu di masa mendatang,amin....

No comments:
Post a Comment