Friday, May 14, 2010

Aku budak berumur enam tahun..


Hari ini genap umurku 20 tahun 4 bulan 25 hari,tapi aku rasa umurku seperti budak tadika yang sentiasa dihantar dan diambil pulang oleh ibubapanya ke sekolah.

Itulah aku.

Aku sentiasa di bawah pengawasan bapaku.
Setiap tindak tanduk aku sentiasa dibimbanginya.
Semua benda yang aku buat perlu bersamanya atau ibuku.
Kenapa?????

Adakah perangaiku masih seperti budak sekolah rendah??
Adakah aku masih belum matang???
Adakah aku tidak mampu berdikari sendiri???
Adakah kerana Abah terlalu sayangkan anaknya ini???
Adakah kerana aku seorang sahaja puteri dalam keluarga ini??
Adakah kerana anak Abah hanya dua orang sahaja???

Kenapa tiada kepercayaan Abah kepada aku???

Aku bukan seperti kawan-kawanku yang lain.
Aku sentiasa dikawal.
Kalau aku pulang lambat sedikit,mesti dah bising kat rumah.

Dari sekolah rendah lagi,aku memang susah untuk mendapat keizinan Abah untuk menyertai program lawatan sekolah. Terutamanya program yang melibatkan penginapan untuk beberapa hari.

Selepas UPSR dulu,sekolahku ada menganjurkan lawatan ke KL,tapi aku dan beberapa orang sahaja yang tak mengikuti kerana Abah aku tak mengizinkan. Beberapa orang kawanku yang tak menyertai lawatan itu bukan kerana tidak mendapat keizinan ibubapa mereka tetapi kerana sebab-sebab lain. Sedih juga masa tu,tapi nak aku tak boleh nak buat apa.

Memang aku pernah keluar dengan kawan-kawanku,tapi sebelum keluar tu memang kena banyak soal. Lepas tu,paling lewat aku kena balik ialah pukul 5. Kalu lebih dari waktu itu mesti telingaku akan letih bila tiba kat rumah nanti.

Sejak aku memasuki Matrik,barulah aku mendapat sedikit kebebasan. Itupun,kalau aku nak keluar aku hanya akan minta izin dengan ummi je,kalau aku minta dengan Abah aku mesti aku takkan dibenarkan keluar.

Sejak aku belajar kat UPM,hanya sekali je aku keluar dengan meminta izin Abah. Itupun kerana terlepas cakap. Sebenarnya aku telefon ummi untuk minta izin untuk keluar,tapi Abah aku yang angkat telefon tu, Jadi terpaksalah aku cakap. Sudah pasti jawapan yang aku terima menghampakan hati aku. Tapi pada masa itu aku keluar juga sebab aku dah berjanji dengan housemateku. Semasa keluar hari itu,aku memang berasa kurang tenang sedikit,tapi nasib baiklah tak ada apa-apa yang berlaku.

Selain keluar pada hari itu,aku hanya mendapat keizinan Ummi je,Abah aku tak pernah tahupun aku keluar. Minta maaf Abah,bukannya nak ingkar tapi anak Abah yang seorang ni memang kaki jalan.

Satu lagi ialah pasal drive kereta. Aku dah dua tahun lebih dapat lesen kereta,lesen P pun dah tamat tapi tak pernah sekalipun dapat memandu seorang diri. Tak macam orang lain,lepas dah dapat lesen boleh je nak pergi mana-mana tanpa meminta pertolongan orang lain.
Setiap kali memandu mesti ada Abah aku di sebelah. Dah beberapa kali aku minta untuk keluar memandu keseorangan,tapi dia lebih rela menghantar aku dari membiarkan aku pergi sendiri.
Macam budak-budakkan aku ni...hmmmmm...



Itulah aku.
Aku tak boleh menjadi seperti orang lain.

Namun,aku tahu Abah melakukan ini semua ada sebabya. Untuk kebaiakna aku juga. Cuma aku kadang-kadang terasa berat untuk mengikutinya.

Aku ingat lagi,semasa aku nak masuk Matrik dulu Abah demam. Nenek cakap Abah demam bukan sebab sakit tapi kerana nak berpisah dengan anak dia kerana inilah kali pertama Abah berpisah dengan aku. Aku berasa terharu sangat masa tu. Abah menghantar aku ke KMPh dalam keadaan demam. Abah memandu dari Kelantan ke Pahang dengan demam. Sedih juga aku pada waktu itu.

Aku tahu,Abah lakukan semua ini kerana dia sayangkan aku. Tapi aku minta maaf jika aku tidak mampu mengikut beberapa kehendaknya...

Akupun sayang Abah juga...



No comments: