Monday, May 31, 2010
Berdebar data analysis
Thursday, May 27, 2010
weekend ni...
Esok sampai hari ahad,cafe kolej akan ditutup.
Aku tak tahu nak cari makan kat mana tiga hari ni.
Takkan nak diet kot???
Takkan kena kuar tiap-tiap hari kot???
Malasnya nak tunggu bas nak kuar!!!
Aku benci pada penantian!!!!
Nak Balik!!!!!!!!!!!
5th Malaysian Conference On Healthy Ageing
Conference ni dianjurkan oleh UPM di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur.
Apa yang istemewa conference ni ialah adanya ucapan Keynote dari Tun Dr. Mahathir Mohamad. Inilah kali pertama juga bagi saya berjumpa dengan mantan perdana menteri keempat negara. Memang teruja!!!! Sebelum ni tak pernah pun terfikir dapat jumpa Dr Mahathir.
Keynote daripada Dr Mahathir yang bertajuk `Staying Physically Active and Mentally Sharp Through The Golden Year - My Secret Recipe` tadi memang banyak input. Ucapan beliau pun senang untuk difahami yang menyebabkan saya tidak terasa bosan untuk mendengarnya. Kalau dilihat dari mata kasar,penampilan beliau tidak seperti umurnya sekarang.
Banyak kata-kata daripada Dr Mahathir yang memikat hati saya. Antaranya ialah `We dont have to work hard! Because when we work hard, we are easy to get older.But, we have to enjoy our work so that we can do it happily without any problem and stress. So,it is difficult to get older and we will always look younger.`
`We have to smile all the time. If we dont need to smile at that time,but try thinking to smile!`
hahaha...nati lepas ni setiap masa saya akan smile je....
Selain Keynote daripada Dr Mahathir, terdapat pelabagai talk yang disampaikan oleh doktor-doktor dari pelbagai universiti tentang research yang diorang lakukan. Best juga dengar talk tu,bolehlah refreshkan sikit saya punya minda yang dah lama tak diasah ni.
Kebanyakan talk hari ini berkaitan dengan cardiovascular disease,hypertension,osteoporosis and ageing health.
Sunday, May 23, 2010
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Kebahagiaan.. dalam perpisahan..
Masjid Jamek
Semalam saya keluar ke Masjid Jamek dari pukul 12 tengah hari hinggalah pukul 10 malam.
Memang rasa hepi sangat keluar semalam,kalau tak duduk terperap kat bilik je.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menemani saya semalam;Faz,Ayu,Yat, Akmal,Izyan,Izzati dan Ada.
Plot perjalanan kami semalam penuh dengan suka duka.
Kami pergi dengan menaiki bas dari kolej ke KTM Serdang. Lama juga kami menunggu bas di depan kolej tu. Terasa bosan pun ada masa itu tapi terisi dengan bualan.
Penantian satu lagi yang perlu kami lalui ialah menunggu Komuter ke Kl Sentral. Kami berdiri menunggu Komuter dalam keadaan panas. Apabila Komuter dah sampai,kami terpaksa pula berebut untuk masuk ke coach Komuter tu. Memang ramai orang masa tu. Coach tu dah macam ikan sardin,setiap orang berhimpit-himpit. Namun,saya suka sistem baru KTM iaitu memisahkan coach lelaki dan perempuan kerana Ia mampu mengelakkan kejadian buruk kepada kaum hawa.
Semasa dalam Komuter tersebut,ada seorang budak India yang sangat petah bercakap dan cerdik. Muka dia pun cute. Rasa nak cubit-cubit je pipi dia. hehe..Mula-mula tu dia tegur salah seorang kawan saya,Yat. Dia suka key chain Dolphin kat beg Yat,lepas tu dia pun cakap-cakap dan main-main dengan Yat. tak lama lepas tu,dia pergi tarik tangan saya pula. aduuiihh...kuat betul budak ni,dia tarik tangan saya sampai dia nak terduduk kat lantai Komuter tu. Lepas tu kitorang pun cakap-cakap dengan dia. Memang comel budak ni.
Sesampai di KL Sentral,kitorang nak pergi makan tengah hari kat restoran Rasa Mas . Tapi sebelum itu,saya dan beberapa orang kawan saya yang lain pergi mengambil duit dekat ATM CIMB dulu. Semasa menunggu kawan-kawan yang lain mengambil duit,kitorang ternampak Dr Sabariah,doktor Pathology kitorang. Kitorang pun tegurlah doktor tu. Selepas sembang-sembang sekejap,Dr Sabariah ajak kitorang makan tengah hari sama-sama,dia nak belanja makan. Mula-mula tu kitorang menolak,tapi dr tetap mahu belanja kitorang makan kat Warong Kita. Langkah kanan betullah kitorang hari tu.
Selepas itu,kami menaiki LRT untuk ke Masjid Jamek.
Sesampai di sana,kami pun berjalan-jalan di depan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barang termasuklah pakaian,makanan,barang-barang hiasan dan pelbagai lagi. Putih mata saya dibuatnya,tak tahu nak beli apa. Terasa nak beli semua barang yang ada.
Lama betul kitaorang berjalan,tapi tak terasa penatpun masa tu sebab excited sangat. Kemuadian,kitorang pergi Sogo untuk solat Asar dan membeli belah di sana pula.
Dalam keriangan kami membeli-belah,tiba-tiba berlaku sesuatu yang menyedihkan apabial Faz hilang handphonenya di Surau Sogo. Kesian kat Faz,dahlah dia sayang sangat handphonenya itu.
Selepas itu,kami pergi balik kawasan-kawasan gerai yang menjual pelbagai barang itu untuk membeli makanan untuk makan malam. Banyak juga makanan yang saya beli pada masa itu dan terasa ada lagi makanan yang saya nak beli tapi takut membazir je.
Selesai sahaja membeli makanan,kami terus pulang kerana sudah lewat. Nasib baiklah,sewaktu balik komuter yang kami naiki tidak sesak seper tengah hari tadi. Kami selamat sampai ke kolej pada pukul 10 Malam.
Friday, May 21, 2010
Oh cafe ku!!!!!!!
Rindu nak makan makanan kat rumah.
Kat sini makanannya memang menyedihkan dan mencekik darah.
Kalau ada bahan nak masak dan cooker,rasa nak masak sendiri je daripada beli kat cafe.
Dah lah selalu tak ada lauk,lepas tu jual mahal pula.
Sakit hati betullah.
Pernah sekali tu,saya nak beli makanan tengah hari,tapi tak ada lauk,jadi saya pun tempahlah nasi ayam.
Malangnya,nasi ayam tu tak ada sup. Akak cafe tu cakap sup tak sampai lagi.
Kelakar betullah cafe kat sini!!!!
Masalahnya,dah banyak aduan yang dilakukan,tapi,makin banyak aduan dilakukan makin teruk jadinya.
Kalau kat rumah,bolehlah saya masak sendiri.
Masak apa yang terasa nak makan.(tapi makanan yang saya pandai masak je lah,,,hehehe...)
Tepung untuk buat dadih dah beli hari tu,tapi tak sempat nak buat kat rumah baru ni.
Coklat untuk buat kek batik pun ada lagi.huhuhu...tak tahu lah nak buat bila pula tu.
Sekarang saya terasa nak makan Puding Karemel je,kalau lah saya boleh buat kat sini,mesti saya dah buat.
Hahaha...sebab itu setiap kali balik rumah,berat badan saya akan naik.Makan banyak sangat kat rumah.
Tanda-tanda kiamat
Hidup seorang insan yang bernama manusia tiada yang kekal abadi.Semakin lama kita merasai kebahagian dunia,semakin dekat tempoh kita untuk merasai alam yang nyata. Pada hari ini,makin banyak tanda-tanda hari kiamat yang boleh kita lihat.
TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT
Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya : | |
1. | Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly |
2. | Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding. |
3. | Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba' |
4. | Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi. |
5. | Cukai ditinggikan. |
6. | Banyak berlaku homoseks dan lesbian. |
7. | Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain. |
8. | Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat perancang keluarga. |
9. | Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam. |
10. | Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam. |
11. | Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi. |
12. | Banyak berlaku gempa bumi. |
13. | Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi. |
14. | Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain. |
15. | Banyak berlaku rasuah. |
16. | Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam. |
17. | Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. |
18. | Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya ) |
19. | Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia) |
20. | Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja. |
Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu: | |
1. | Sembahyang ditinggalkan. |
2. | Banyak bangunan tinggi mencakar langit. |
3. | Orang jahat jadi pemimpin. |
4. | Tidak amanah dan zalim. |
5. | Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup. |
6. | Perkara haram dihalalkan. |
7. | Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah. |
8. | Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia. |
9. | Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan. |
10. | Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam. |
11. | Arak jadi minuman seharian (rasmi). |
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
- 1.Asap
2.Dajjal
3.Binatang
4.Terbit matahari dari tempat tenggelamnya
5.Turunya Isa Bin Mariam As
6.Yakjuj dan Makjuj
7.Tiga kali gempa bumi,sekali di Timur
8.Sekali di Barat
9.ketiga di Semenanjung Arab
10.Api keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar
Link :http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/01/18/sepuluh-tanda-tanda- kiamat-yang-besar/
:http://permai1.tripod.com/tanda.htmlTuesday, May 18, 2010
Penantian Satu Penyeksaan
Aku terus menanti,
Bilakah waktunya akan tiba,
Setiap hari kulalui,
Dengan seribu harapan.
Dalam hatiku berkobar-kobar,
Dalam jiwaku berdebar-debar,
Perasaanku tak terucap,
Penuh dengan persoalan.
Kadang-kadang aku mengeluh,
Sabarku sudah melampaui batas,
Jemu dengan masa,
Penat dengan kelambatan.
Penantian menyakitkan hatiku,
Penantian mendera diriku,
Penantian menangacau jiwaku,
Penantian satu penyeksaan.
Eye clinic
Kami perlu mengumpulkan lebih kurang 60 pesakit Allergy Conjunctivitis untuk melakukan Skin Prick Test.
Ternyata tiada kerja senang di dunia ini. Amat susah untuk kami mendapatkan pesakit Allergy Conjuntivitis semalam. Apabila bertanya kepada doktor-doktor di situ,kebanyakan mereka menjawab mereka jarang mendapat kes Allergy Conjunctivitis dan setakat pagi semalam mereka belum menerima peaskit itu lagi. Kami keluar dari bilik-bilik doktor tersebut dengan perasaan hampa.
Dalam kehampaan mencari pesakit Allergy Conjunctivitis,ada juga doktor yang sanggup membantu. Dr. Mohammad berjanji dengan kami untuk memberi nama-nama pesakit Allergy Conjunctivitis yang lepas.
Pada pukul dua petang semalam,kami berjumpa kembali dengan Dr. Mohammad di Pejabat Oftamologi untuk mengambil nama-nama pesakit tersebut. Beliau memberi nama dan ID pesakit-pesakit berkenaan. Walaupun kami hanya mendapat 18 peaskit daripada Dr. Mohammad,itu sudah mampu membuatkan kami tersenyum apabila keluar dari pejabat tersebut berbanding pulang dengan tangan kosong.
Hari ini pula,kami perlu ke hospital seawal lapan pagi untuk berjumpa C0-Supervisor kami,Dr. Dhashani untuk mendapatkan nombor telefon peaskit-pesakit tersebut. Kami mencari nombor-nombor telefon itu sendiri di dekstop dr. Dhashani kerana beliau ada kerja pada masa itu. Malangnya,kami hanya mampu mendapat 7 nombor telefon dari pesakit-pesakit berkenaan,nombor telefon pesakit-pesakit lain tidak dicatatkan.
Kami meneruskan usaha mencari pesakit Allergy Conjunctivitis di klinik-klinik tersebut. Kami berpecah dan setiap orang akan pergi ke satu klinik untuk menunggu pesakit Allergy Conjunctivitis. Dari pukul 9.30 pagi hingga 1 tengah hari,kami yang mendapat seorang pesakit di bilik 41. Sungguh sedih menegenangkan keadaan ini.
Apabila difikirkan secara positif,banyak ilmu yang kami dapat semasa berada di klinik-klinik oftamologi tadi. Mungkin ilmu itu tidak penting untuk kajian kami,namu ia amat penting untuk klinikal kami nanti.
Memang saya teruja melihat doktor-doktor di situ memeriksa peaskit-pesakit mereka.
Namapk macam menarik je. Tak sabar pula nak jadi doktor. hehehe...
Kebanyakan kes yang saya temui hari ini ialah Viral Conjunctivitis. Ada juga pesakit yang mempunyai Katarak . Ada seorang pesakit tu,saya sanagat kesian melihatnya. Dia terlibat kemalangan di tempat kerja dan dihempap sesuatu menyebabkan salur darah dekat matanya pecah. Doktor memberitahu banyak fibrin di matanya.
Walaupun penat menunggu pesakit,namun saya rasakan hari ini amat bermanfaat bagi saya kerana saya dapat belajar serba sedikit di klinik-klinik tersebut.Syukur...
Teman Sejati
Hari ini dia adalah seorang sahabat,
Hari ini dia di sisi kita,
Hari ini dia memberi gelak tawa kepada kita,
Hari ini dia mampu memberi senyuman kepada kita,
Hari ini dia membahagiakan kita.
Tapi,Hari ini bukan seperti esok.
Esok mungkin dia seorang yang asing bagi kita,
Esok mungkin dia menyakitkan kita,
Esok mungkin dia memberi kesedihan kepada kita,
Esok mungkin sudah tiada ikatan mesra,
Esok mungkin dia seorang musuh.
Teman datang dan pergi,
Tiada yang kekal abadi selain Teman Sejati.
Sunday, May 16, 2010
Kenapa aku menangis pagi ini????
Pada pagi yang permai ini,air mataku jatuh lagi.
Aku betul- betul kecewa.
Tiada sebarang kepercayaan kepadaku.
Tapi ada pada orang lain.
Sedangkan orang lain lebih mentah daripadaku.
Aku memang tersentuh.
Saturday, May 15, 2010
Esok
Esok : Aku balik ke UPM
huhuhu...Rasa sedih dan berat hati.
Itulah perasaanku setiap kali hendak meninggalkan kampung halaman.
Aku tak tahu bila pula aku boleh balik ke kampungku lagi.
Mungkin aku akan balik hujung bulan Jun.
Mungkin juga aku tak balik dan akan teruskan untuk semester baru,Sem 5,Tahun 3.
haha...aku dah dapat rasa macam manalah keadaanku di UPM nanti. Mesti rasa nak nangis sebab nak balik je ek...hahaha,,,macam budak-budak betulah zhafarina!!!!!!!!
Tapi,itulah hakikatnya.
Demi tanggungjawab terhadap researchku yang tak siap lagi,aku terpaksa kuatkan diri.
Aku mesti bersemangat untuk siapkan research ini supaya tiada sebarang masalah lagi.
Tata Kelantan!!!!
\nanti kita jumpa lagi ek...hehehe
Selamat Hari Guru
Saya berhenti sekolah bukan sebab malas ek, tapi terpaksa berhenti.
Pada kesmpatan ini juga,saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah KMPh dan UPM yang mengajar saya. Walaupun mereka tidak dipanggil guru atau cikgu,tapi saya rasa mereka juga seorang guru sebenarnya kerana mereka juga ialah seorang pendidik yang menyumbang ilmu kepada kita.
Saya jadi guru olok-olok je.
Semasa tingkatan 3,cikgu sekolah saya ada melantik beberapa orang Guru Muda.Saya salah seorang daripada mereka. Guru Muda ni salah satu program kecemerlangan PMR pada masa tu. Kemudian kitaorang diberi satu tag nama Guru Muda. Tag tu berwarna biru dan berbentuk bintang. Memang menyerlah kalau dipakai. Mula-mula terima tag tu,rasa bangga juga,boleh jadi guru lah katakan walaupun hanya Guru Muda. Hehe...
Adalah juga pengalaman saya menjadi guru walaupun tak mengajar seperti guru-guru lain.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Fikirkan Boleh!!!!!!!!!!!!!
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Jiwa Kacau
kerana kehampaan,
semua benda menjadi tidak kena,
buat ini bertabur,
buat itu tak menjadi.
Aku cuba untuk menangis,
untuk menghilangkan resahan di hati,
tapi tangisan itu lebih menyeksakan aku,
aku menjadi semakin kusut,
kepalaku kepeningan,
hatiku bertambah sakit.
Friday, May 14, 2010
Aku budak berumur enam tahun..
Itulah aku.
Aku sentiasa di bawah pengawasan bapaku.
Setiap tindak tanduk aku sentiasa dibimbanginya.
Semua benda yang aku buat perlu bersamanya atau ibuku.
Kenapa?????
Adakah perangaiku masih seperti budak sekolah rendah??
Adakah aku masih belum matang???
Adakah aku tidak mampu berdikari sendiri???
Adakah kerana Abah terlalu sayangkan anaknya ini???
Adakah kerana aku seorang sahaja puteri dalam keluarga ini??
Adakah kerana anak Abah hanya dua orang sahaja???
Kenapa tiada kepercayaan Abah kepada aku???
Aku bukan seperti kawan-kawanku yang lain.
Aku sentiasa dikawal.
Kalau aku pulang lambat sedikit,mesti dah bising kat rumah.
Dari sekolah rendah lagi,aku memang susah untuk mendapat keizinan Abah untuk menyertai program lawatan sekolah. Terutamanya program yang melibatkan penginapan untuk beberapa hari.
Selepas UPSR dulu,sekolahku ada menganjurkan lawatan ke KL,tapi aku dan beberapa orang sahaja yang tak mengikuti kerana Abah aku tak mengizinkan. Beberapa orang kawanku yang tak menyertai lawatan itu bukan kerana tidak mendapat keizinan ibubapa mereka tetapi kerana sebab-sebab lain. Sedih juga masa tu,tapi nak aku tak boleh nak buat apa.
Memang aku pernah keluar dengan kawan-kawanku,tapi sebelum keluar tu memang kena banyak soal. Lepas tu,paling lewat aku kena balik ialah pukul 5. Kalu lebih dari waktu itu mesti telingaku akan letih bila tiba kat rumah nanti.
Sejak aku memasuki Matrik,barulah aku mendapat sedikit kebebasan. Itupun,kalau aku nak keluar aku hanya akan minta izin dengan ummi je,kalau aku minta dengan Abah aku mesti aku takkan dibenarkan keluar.
Sejak aku belajar kat UPM,hanya sekali je aku keluar dengan meminta izin Abah. Itupun kerana terlepas cakap. Sebenarnya aku telefon ummi untuk minta izin untuk keluar,tapi Abah aku yang angkat telefon tu, Jadi terpaksalah aku cakap. Sudah pasti jawapan yang aku terima menghampakan hati aku. Tapi pada masa itu aku keluar juga sebab aku dah berjanji dengan housemateku. Semasa keluar hari itu,aku memang berasa kurang tenang sedikit,tapi nasib baiklah tak ada apa-apa yang berlaku.
Selain keluar pada hari itu,aku hanya mendapat keizinan Ummi je,Abah aku tak pernah tahupun aku keluar. Minta maaf Abah,bukannya nak ingkar tapi anak Abah yang seorang ni memang kaki jalan.
Satu lagi ialah pasal drive kereta. Aku dah dua tahun lebih dapat lesen kereta,lesen P pun dah tamat tapi tak pernah sekalipun dapat memandu seorang diri. Tak macam orang lain,lepas dah dapat lesen boleh je nak pergi mana-mana tanpa meminta pertolongan orang lain.
Setiap kali memandu mesti ada Abah aku di sebelah. Dah beberapa kali aku minta untuk keluar memandu keseorangan,tapi dia lebih rela menghantar aku dari membiarkan aku pergi sendiri.
Macam budak-budakkan aku ni...hmmmmm...
Itulah aku.
Aku tak boleh menjadi seperti orang lain.
Namun,aku tahu Abah melakukan ini semua ada sebabya. Untuk kebaiakna aku juga. Cuma aku kadang-kadang terasa berat untuk mengikutinya.
Aku ingat lagi,semasa aku nak masuk Matrik dulu Abah demam. Nenek cakap Abah demam bukan sebab sakit tapi kerana nak berpisah dengan anak dia kerana inilah kali pertama Abah berpisah dengan aku. Aku berasa terharu sangat masa tu. Abah menghantar aku ke KMPh dalam keadaan demam. Abah memandu dari Kelantan ke Pahang dengan demam. Sedih juga aku pada waktu itu.
Aku tahu,Abah lakukan semua ini kerana dia sayangkan aku. Tapi aku minta maaf jika aku tidak mampu mengikut beberapa kehendaknya...
Akupun sayang Abah juga...
Thursday, May 13, 2010
Adamaya
Suka sangat kat Amani. Anak sapo tu????
Comel betul lah Amani . Dah lah bijak,petah bercakap pulak tu. Kalau leh jumpa Amani,rasa nak cubit-cubit je pipi dia...hehehe
Hari ni Slot Adamaya dah habis. Penuh dengan tangisan je episod hari ni. Sampai saya pun terasa nak menangis juga. haha...
Cerita tu memang best. Penuh dengan pengajaran.
Kasih sayang.
Tanggungjawab.
Hakikat.
Ketaatan.
Sabar.
Pengorbanan.
Kuat mengahadapi cabaran.
Terfikir pula,ada ke lelaki macam Adam di dunia ni???
hehehe...kalau ada saya nak!!! gurau je,kalau betul pun tak pa gak...huahua
Kalau betul-betul ada,bertuahnya isteri dia. Dapat suami begitu setia walaupun tahu isterinya seorang yang curang. Tambah pula,begitu sabar setiap kali menghadapi saat-saat genting. Contohnya,ketika Maya ditangkap basah oleh pegawai agama,boleh Adam tenang je membawa balik Maya tanpa memarahi Maya pun. Aduiih...baiknya Adam...
Perkara paling saya suka dalam cerita ni ialah kesetiaan seorang suami kepada isteri dia walaupun cintanya tak berbalas pada awal-awal tu. Kesetian ini lah yang mampu menyatukan mereka semula. Kalaulah Adam tak setia,tentu dah lama mereka berceraikan?
Hakikat. Setiap benda yang berlaku dalam hidup ini ada hikmahnya. Pada saya Dani perlulah terima hakikat hidup yang Maya tu dah jadi isteri orang. Jadi tak boleh lah nak kacau-kacau Maya lagi.
Tanggungjawab pada anak. Anak ialah anugerah Allah. Kesian kat anak-anak Dani. Kenapalah dia tak boleh sayangkan anak-anak dia seperti Adam sayangkan Amani?
Terimalah apa yang kita ada sebelum semuanya hilang. Akhir cerita tu kesian pula tengok kat Dani. Semua dia hilang. Maya hilang. Anak-anak hilang. Isteri dah tak da. Kawanpun dah lari. Akhirnya airmata je yang dia ada. jadi,bersyukurlah apa yang kita ada,kerana itu adalah yang terbaik untuk kita.
Lagi satu,watak yang suka ialah Mika. Kelakar dan Macho! Walaupun tahu Sarah nak kahwin dengan orang lain,boleh dia buat lawak lagi dengan Sarah.
Kembara Mencari Cinta
Nak cari novel ni. Nak baca jugak! Mesti best kan????
Tapi kat mana nak beli? sebelum ni tak ada jumpa pun...
Kesimpulannya,cerita ni memang best...
Semenjak kau hadir dalam Hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu Hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama Cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan Bahagia
Hingga aku terasa Indah
Maaf jika ku tidak Sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
Wednesday, May 12, 2010
RoKoK
Soalan yang selalu timbul di benak fikiran saya apabila saya melihat orang merokok. Saya pelik kenapa manusia sanggup menghabiskan duit setiap hari untuk membeli rokok. Sedap sangat ke merokok sampai tak boleh nak tinggal sehari pun?
Jujur saya kata saya memang tak boleh duduk sebelah orang merokok. Saya akan jadi pening. Sampai nak muntah pun ada.
Kalau saya terjumpa perokok secara tiba-tiba,saya akan menutup mulut dan hidung saya secara tiba-tiba juga. Saya memang tak boleh tahan dengan asap dan bau rokok.
Kalau saya tahu orang tu akan merokok,awal-awal lagi saya akan larikan diri.
Saya pernah duduk sebelah perokok dalam bas yang ada penghawa dingin ketika balik kampung. Memang saya tak boleh tahan. Dia menghisap rokok semasa bas berhenti rehat. Apabila dia naik bas balik,saya dapat bau rokok .Memang kuat baunya. Saya mula dah rasa pening masa tu. Dahlah perjalanan saya tu jauh,sampai rasa nak muntah pun ada. Tapi tahan je lah dulu. Lepas tu ,saya tak tahan lagi,terpaksalah saya cari plastik sebab nak muntah.
Saya pelik melihat senario merokok zaman sekarang sebenarnya.
Pada hakikatnya,merokok amat sinonim dengan lelaki. Tapi,sejak akhir-akhir ini,sudah ramai perokok perempuan yang muncul.
Saya dah banyak kali melihat perempuan merokok di khalayak ramai. Tanpa sedikitpun segan silu. Pelik.
Mereka tak malu ke orang ramai tengok mereka merokok?
Mereka tak malu ke pada lelaki yang tak merokok?
Kalau ada lelaki merokok sebab nak nampak macho,kalau perempuan merokok sebab apa pulak? Takkan perempuanpun nak macho juga?
Kes kedua : Seorang wanita yang dipaksa oleh seorang lelaki supaya merokok. Pada mulanya,lelaki itu sedang menunggu wanita tu pergi membeli barang di sebuah kedai sambil merokok. Selepas wanita tu keluar dari kedai,lelaki tu memberi wanita tu batang rokok yang dia hisap. Mula-mula wanita itu meolak,tapi dimarahi oleh lelaki itu. Lepas tu lelaki tu meletakkan batang rokok itu kat mulut wanita tu. Wanita tu pun terpaksalah menghisap rokok tu. Kesian betul saya lihat.
Kes ketiga : Wanita warga emas menghisap rokok. Dah banyak kali dah saya lihat wanita warga emas macam ni menghisap rokok. Ada seorang warga emas itu ialah penjual kuih. Sambil dia menjual kuih,dia menghisap rokok tanpa memikirkan keadan kuih dihadapan dia tu. Sudah tentu kuih tu dah terkena asap rokok dia tu. Seorang lagi ni pula sedang membeli barang di sebuah kedai. Pada masa tu juga dia sedang merokok. Ramai juga orang kat situ. Tapi yang saya lihat hanya dia sahaja yang merokok,lelaki-lelaki lain pun tak merokok pada waktu.
Adakah semuanya ahli keluarganya perokok?
Macam mana mereka boleh terjebak untuk merokok di usia tua macam ni?
Adakah dari muda lagi?
Kalau dari muda macam manalah keadaan anak-anak yang dia kandung?
Walaupun ramai orang tahu tentang keburukan merokok terhadap kesihatan,namun gajala merokok masih juga berlaku. Usaha juga telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti mempamerkan gambar-gambar penyakit yang boleh mereka hadapi disebabkan oleh merokok. Namun,usaha ini bagaikan memberi hiasan pada kotak rokok sahaja apabila tidak diendahkan oleh orang ramai. Masih tiada kesedaran pada perokok.
Nikotin ialah sejenis bahan kimia yang akan bertindak pada tisu-tisu saraf,otot dan kelenjar yang mampu menyebabkan bahan-bahan kimia semula jadi lain bebas dan mempengaruhi sistem otak dan merencat reseptor badan. Kesannya mereka akan berasa khayal dan `ringan` pada permulaan ransangan otak dan seterusnya menyebabkan tolerans terhadap muntah,pening dan mual berlaku. Tolerans inilah yang mendororng mereka kepada ketagihan rokok dan nikotin.
Saya pernah mendengar komen dari seseorang yang mengatakan :
`macam manalah kempen tu nak berjaya,cuba tengok gambar kat poster Tak Nak! tu.`
`Itu kempen tak nak rokok bengkok.`
`Memang lah orang tak nak hisap rokok bengkok.`
Aduiih...nak tergelak juga saya mendengarnya.
Tapi apa-apapun ,ini ialah kempen Tak Nak Merokok! yang patut kita sokong untuk mengurangkan gejala merokok di negara kita.
Akhir sekali,saya berharap semua perokok berusaha untuk berhenti merokok kerana kesan rokok banyak memberi keburukan kepada kita daripada kebaikan. Sayangilah diri kita dan orang di sekeliling kita.
Amalkan gaya hidup sihat!!!!!!
Tuesday, May 11, 2010
MaaF....
Hehehe...macam hari raya pulakkan!!!!
Takdalah,,ni bukan post hari raya,tapi post biasa-biasa aje...
Sebenarnya,tadi saya terbaca komen di satu blog tentang penggunaan bahasa yang digunakan oleh pelajar medik dalam tulisan mereka. Ada yang memberi pendapat kebanyakan pelajar medik tidak peka kepada penulisan dan tidak memberi penekanan kepada tatabahasa dan penggunaan ayat yang betul.
Saya tak tahu sejauh mana kebenarannya.
Apa-apun, saya ingin memohon maaf kepada pembaca blog saya jika saya menggunakan perkataan yang salah ataupun ayat yang tak sesuai dalam tulisan-tulisan saya ini.
heheh...kadang-kadang ada jugak saya tulis dalam bahasa rojak,ayat lintang pukang dan perkataan yang tak sesuai. Ikut sedap mulut je...so sorry...
Kebanyakan entri blog saya ni saya tulis pada waktu terluang dan saya keluarkan apa yang saya fikir pada masa tu. Nak isi masa lapang lah katakan!!! hehe..
Jadi banyak entri saya dalam bahasa yang sempoi dan tak ikut cara penulisan sebenar. Harap-harap semua yang singgah kat blog saya ni boleh faham lah ek...
Satu lagi,saya akan guna kata ganti nama diri saya `saya` atau `aku`. Ikut kesesuaian entri dan mood saya pada masa itu.
Syukran saya ucapkan kepada sesiapa yang sudi meluangkan masa membaca entri saya di blog ini...
GooGleKu tera Uzbekistan
Tapi malam ni,saya cuba nak guna laptop kesayangan saya tu. Rindu gak nak guna laptop tu walaupun ia tak sihat.
Mula-mula nak bukak tu tak da masalah pun. Masa nak buka Mozilla pun OK je. Lepas tu,saya pun cari lah maklumat yang saya nak kat Google. Carian keluar dengan senangnya. Saya pun baca lah kat skrin tu nak cari carian yang saya nak,tapi satu pun tak faham. Tak tahu bahasa apa yang keluar. Bahasa Inggeris bukan! Bahasa Melayu pun bukan! Bahasa Arab lagi la bukan!
Aduiihhh...bahasa apa ni???
Lepas tu saya pun ada nampak kaa situ ada tulis `in uzbekisztan`.
Bahasa Uzbekistan ke???
Sejak bila la saya pandai cakap Bahasa Uzbekistan ni????
Rasanya tak pernah pun saya tukar setting Google sebelum ni.
Pelik bin Ajaib!!!!!
Laptop ni dah kena penyakit Alzheimer ke???
atau penyakit Parkinson?
Sampai bahasa sendiri pun boleh lupa....
Apa-apapun saya sayang laptop tu. Maklumlah,itulah laptop pertama saya. Susah weih nak dapatkan laptop tu dulu.
CaKaP TaK SeRuPa BiKiN
Cakap sesuka hati!!!!!
Kat mulut lain,dalam hati lak lain!!!!
Dulu cakap lain,hari ni pulak lain!!!!!!!!!!
Buat sakit hati orang lain aje!!!!!
Ko ingat aku ada amnesia ke???
Boleh nak lupa apa yang ko cakap hari tu??????
Aku ingat satu-satu lagi la weih !!!!!!!
Masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ni apa yang ko cakap beberapa minggu dulu!!!!!!!!!!!!!
Lain kali kalau ko rasa ko tak boleh nak tepat kata-kata ko tu,baik ko ta payah cakap dengan aku!!!!!!!!!!!!!
Aku benci pada manusia yang tak boleh pegang janji!!!!!!!
Dan pada manusia yang suka memaksa!!!!!!!!!!
Ko jangan nak pentingkan diri ko aje!!!!!!
Pikir diri ko aje!!!!!!!!!
Tolong pikir kat orang lain pulak!!!!!!!!!
Aku bukannya tak wat keje aku,,aku wat weih!!!!!!!
Kena adil lah weih!!!!!!!!!!!!!!!
Monday, May 10, 2010
Jasa Bonda
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
Sunday, May 9, 2010
selamat hari ibu ummi!!!!!!!!
Ucapan ikhlas untuk bonda tersayang,Noraziza Binti A.Rahman.
Ummi. Dialah seorang ibu. Seorang isteri. Seorang perempuan. Jasa ummi amat besar nilainya dan tak boleh ditandingi dengan dengan apa-apapun walaupun segunung emas. Tak termampu rasanya untuk saya membalas segala pengorbananmu yang dicurahkan kepadaku selama ini.
Banyak pengorbanan ummi telah dilaburkan kepada saya. Setiap kali saya menangis,dialah orang yang paling setia mendengarnya. Walaupun saya tahu tangisan itu akan menambahkan lagi kegusaran hidupnya,tapi saya tiada pilihan kerana hanya ummi lah yang mampu menjadi pendengar setia. Dialah pengubat hati saya apabila saya dilanda pelbagai kerumitan.
Dari saya kecil hingga besar,tidak pernah ummi mengabaikan saya. Dia akan berusaha juga untuk memenuhkan pintaan saya walaupun kadang-kadang dirinya mendapati kesukaran. Setiap kemahuan saya dipenuhi. Terima kasih ummi.
Jika dulu,saya sentiasa hidup disamping ummi,lebih kurang di bawah ketiak ibu lah. Tak pernah berpisah kecuali semasa ummi pergi menunaikan haji bersama abah. Pada masa itu,rasa rindu kepada seorang ibu amat nipis kerana tiap-tiap hari saya akan melihat muka ummi. Tiada rasa kehilangan menyebabkan tiada masa untuk menanam rasa rindu.
Tapi sejak tiga tahun lepas, saya mula merasa hidup sendirian di negeri orang apabila menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Pada saat pertama untuk berpisah sudah ada rasa kesedihan. Kesedihan seorang anak kepada ibu dan bapa seperti anak kecil ditinggalkan ibubapa mereka. Rasanya dah jatuh air mata saya kot. Tapi cuba disorokkan air mata itu. Saya melihat setiap gerak geri mereka sehinggalah kereta yang mereka naiki hilang dari pandangan saya. Itulah sejarah pertama yang tercipta apabila saya mula berjauhan dengan ibubapa dan keluarga. Rasa sedih,sayang dan pilu tiba-tiba datang memuncak.
Saya sentiasa alpa dalam hidup ini. Sepanjang kehidupan saya sebagai seorang anak,banyak silap dan salah yang saya lakukan dan mungkin akan mengguris hati ummi dan abah. Banyak benda yang saya ingkar dalam hidup. Ada kata yang tidak diikuti. Ada suara ummi yang tidak diendahkan. Ada perintah ummi yanag tidak dipatuh. Kak minta maaf ummi!!!!!!!!!!!!
Ummi. Keranamu aku dilahirkan. Diberi peluang untuk mengenal dunia. Mengenal erti lumrah kehidupan.
Aku dikandungmu selama sembilan bulan,
Aku dilahirkan dalam kegentingan,
Aku dicorakkan dari sehelai kain putih,
Aku dibelai seperti sutera lembut,
Aku dijaga bagai seorang puteri,
Aku disuap dengan tangan sucimu,
Aku diajar mengenal Alif Ba Ta,
Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Saya sayang ummi saya.
Saya cinta ummi saya .
Saya rindu ummi saya.
Kau segala-galanya ummi!!!!!!!!!!
Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu
Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x
Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x
Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x
My Mother
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother